Friday 19 April 2013

Sisa-Sisa Cinta Part2

Part 1

Aku capai telefon bimbitu dan menghantar email kepada Shariman. Aku memesan agar dia tidak lupa membawa segala dokumen penting dan butang baju melayu yang aku belikan tempoh hari. Baju melayunya aku dah simpan siap-siap. Hanya email menjadi penghubung aku dan Shariman tatkala dia berada di rumah. Risau plan kami gagal, kami terpaksa merancang dengan lebih teliti. 

Beberapa minit kemudian email ku berbalas. Syukurlah semuanya berjalan lancar. Esok pagi kami akan bergerak menuju ke destinasi yang kami rancang, esok juga akan merupakan tarikh keramat antara aku dan Shariman. Penyatuan dua hati yang telah lama terpisah akibat kekejaman manusia yang penuh tamak haloba. Benar kata Shariman, mereka boleh ikat jasad nya dari menghubungiku tetapi mereka tidak boleh ikat hatinya dari terus menyintaiku sepanjang hidupnya. 

"Sha, kenapa ni?" panggilan Husna telah mengejutkan aku dari lamunan. 

"Takda apa Husna, aku terkenang kan isteri Shariman, dia berusaha bersungguh-sungguh halang cinta kami, tapi esok kami akan bersatu juga akhirnya. Aku pun tak sangka cinta Shariman masih bersisa lagi kepadaku." aku tersenyum kelat. 

"Bersisa? kau pula masih cintakan Shariman?" Husna seakan hairan aku gunakan perkataan sisa. Aku tatap wajah sahabat baikku itu. sukar untuk aku jelaskan kepadanya. Sukar untuk aku gambarkan perasaanku terhadap Shariman. Dulu memang benar Shariman adalah tujuan hidupku. Tapi setelah email terakhir yang dikirim minta aku melupakannya, aku terus membunuh cintaku kepadanya. Dia telah membuang aku dan Aisyah. Satu kesilapan yang tak mungkin mampu aku maafkan. Namun demi Aisyah aku terima Syariman semula. Bukan sekadar Aisyah, tetapi aku mahu isterinya tahu aku bukan seperti yang dia selalu maki dahulu. Diam aku diam berubi. Dulu dia bebas memaki aku sepuas hatinya tanpa belas, kini giliran aku bangun dan menuntuk hak aku kembali. Esok Shariman akan menjadi hak aku, hak Aisyah. Mampu lagi kah perempuan itu hendak memaki aku seperti dahulu? kita lihat...

"Sha, kau ni kenapa? aku takut tengok kau senyum sorang-sorang. Kau rancang apa Sha?" Husna menggenggam erat jemariku. 

"Aku tak rancang apa-apa. Aku cuma nak hak aku. Syariman hak aku esok, dan aku nak lihat bagaimana reaksi bini dia bila tau aku berjaya dapatkan Shariman. Dia dah puas kutuk aku, maki aku. Kini...tiba masanya aku nak balas balik dengan cara yang cukup bermaruah." Aku terangkan perasaanku kepada Husna. Terasa puas dapat membalas kejahatan isteri Shariman dengan cara aku yang tersendiri. 

"Kau berdendam? kau tau kan bini Shariman tu ala-ala meroyan, gila pun tak la gila sangat, tapi agak mental la sikit. Kau layan kenapa Sha?" Husna sedikit kesal dengan tindakanku.

"Aku dendam kerana dia pijak maruah aku sebagai wanita. Aku dendam sebab Aisyah tu hidup tak berayah sebab kekejaman dia. Sepatutnya kami dah lama bernikah Husna...lama dah. Siapa yang kejam? aku atau dia?" aku tak mampu meneruskan kata-kata. Terasa pahit untuk diteruskan.

**************

Alhamdulillah....pernikahan kami berjalan dengan lancar dan mudah. Shariman telah sah menjadi suamiku. Walau aku tak mengharapkan ia menjadi suami zahir dan batin tetapi aku cukup puas dia menjadi suamiku di atas kertas. Satu kemenangan besar buatku. Kemenangan merebut kembali cintaku yang telah dihina oleh isteri Shariman, satu kemenangan mendapatkan kembali ayah Aisyah, dan satu kemenangan apabila Shariman menjilat semula cinta yang dia ludah dahulu. Shariman boleh lupa, tapi aku takkan lupa betapai sinisnya kata-katanya meminta aku melepaskan cinta kami dulu.

Aku harap kebencian aku terhadap Shariman tidak memudaratkan pernikahan ini. Mungkin aku tidak benci, mungkin aku hanya terpukul akibat ditinggalkan Shariman. Namun...demi Aisyah aku kuat sehinggalah akhirnya aku rasa aku telah menang. Dengan pergerakan isterinya kini memudahkan urusan pernikahan kami. Syukurlah.

bersambung....



No comments: