Thursday 3 January 2013

Sahabat


Kawan baik? korang ada kawan baik? pada aku kalau aku sebut orang tu kawan baik aku bermaksud dialah sahabat, dialah best friend, dialah segalanya buat aku. Tak kira jantina apa, asalkan dia memahami aku, sentiasa ada saat aku susah senang memang aku angkat dia jadi sahabat aku. 

Aku memang sukar difahami, mungki orang beremosi macam aku sukar untuk didekati. Tak hairan aku susah nak dapat sahabat. Sampailah satu saat, aku terjumpa satu artikel yang sungguh bagus untuk dikongsi, aku lantas memohon izin tuan punya artikal untuk aku share dia laman blog aku sendiri. Dari berutus email kami jadi rapat. Mungkin kah dia sahabat?

"ehem...lambat bangun ye?" aku terkejut disapa dari belakang. Ternyata Shamsul baru tiba dari tandas selepas aku mengatakan hampir sampai tadi. Puas dia menelefon mengejutkan aku bangun pagi tadi sedangkan dia dah tercegat di restoran menanti aku.

"Sori berlori, i tak sedar." aku hanya tergelak kecil sambil mengenyit mata ke arahnya membalas pandangan tajam yang aku tahu sengaja dibuat-buat olehnya.

"U ni kalau tak manja dengan i tak boleh ke? bangun pun nak dikejutkan. Berapa u bayar gaji untuk i jadi PA u ha?" Syamsul dah mula membebel. Bengang mungkin dengan sikap acuh tak acuh aku selama ini. "Jangan lah marah pakcik. Awak kan bff saya, kenalah jaga saya juga.Nanti saya dah kahwin awak tak perlu lah susah-susah nak kejut saya lagi." aku menjawab kendur. Mula bernada merajuk memancing perasaan Syamsul.

"Tengok...nak nangis pula? u ni kalau masih cuai dan lintang pukang macam ni silap-silap sampai tua tak kahwin tau. Kalau ada laki silap-silap i pula yang kejut u laki bini bangun pagi." Syamsul tergelak-gelak membasuh aku akibat aku lewat pagi ni.

Aku mula terdiam. Terasa juga dengan bidas yang Syamsul lempaskan tadi. Kalau selama ini aku rasa selesa semua benda di urus Syamsul yang aku gelar PA tak bergaji aku merangkap best friend aku kononnya bagaimana jika Syamsul ada gf atau berkahwin nanti? siapa nak ingatkan aku semua benda ini?

"u.." aku memandang tepat matanya, air mata mula bergenang. Hanya tuhan yang tahu betapa aku memerlukan sahabat ku seorang ini dalam hidup aku. Biarlah apa orang sekeliling mentafsir hubungan kami janji kami selesa dan tahu batas kami.

"Ha...sedih la tu. I bukan nak bebelkan u, i risau buatnya u ada suami nanti macam mana?" Syamsul mula berkerut. Kehairanan melihat mukaku yang hampir menangis. "Wei,kenapa ni?" di ketuk sedikit hidungku dengan pen di tangannya.

"U, jangan la tinggalkan i, kan u dah janji nak jadi sahabat i sampai bila-bila?" aku mula meraih simpati. Walau aku dan syamsul berkawan rapat kadang kala aku sentap juga dengan ayat pedas Syamsul tu. Berbeza dengan kekasih hatiku Sofi yang bercakap sentiasa beralas. Tapi apa yang pelik rajukku dengan Syamsul tak pernah berpanjangan. Selesa bergurau kasar meluah pendapat dan bertukar fikiran.

"I tak tinggalkan u la. Kita kan bff, esok u kahwen i akan macam ni juga. Tapi bayar gaji lebih la kan sebab i kena urus laki u sekali kan?" pecah gelak Syamsul di ruang makan restoran ini. Aku menyapu sisa air mata selepas menyambut tisu yang Syamsul hulurkan.

Sahabat dan kekasih....dua insan berbeza. Namun aku lebih selesa luang banyak waktu dengan Syamsul. Dia lebih memahami. Dia lebih tahu apa kesukaan ku, dia lebih mengerti apa minatku. Banyak kali Sofi ke rumah Syamsul semata- mata nak minta idea memujukku yang sedang merajuk. 

Dalam hati kecilku berdoa, walaupun siapa jodohku andai bukan Sofi nanti...biarlah orang nya dapat menerima Syamsul dalam hidup aku. Syamsul antara insan yang teratas dalam carta hatiku. Tanpa Syamsul terasa pincang kehidupanku. Tak boleh aku meneruskan hidup tanpa bff kesayangan ku ini. Sungguh....walau apa pun terjadi aku tak sanggup kehilangan dia. Biar putus cinta jangan putus sahabat, itu janji kami sejak mula bersahabat. Tapi....mengapa sampai kini Syamsul tak pernah ada teman wanita? adakah dia terlalu sibuk menjagaku hingga terlupa akan kebahagiaannya?