Wednesday 28 November 2012

Kenangan Aku Dan Atuk,Angsa Menyudu Dan Opera Cina


Assalamualaikum....

Bismillahirrahmanirrahim....

Aku tak niat nak menulis cerpen hari ni. Eh tulis ke taip? bukan taip ke? bak kata aan memang la orang kata tulis tak kata taip(write)..huhu. Baeklah aan, awak betul, weeee. Eh apa pulak tetiba aku mengalah bagi aan menang? aha.

Okey, aku tak niat nak sambung cerpen aku tu kali ni. Bagi aku bernafas sedut udara segar untuk sambung cerpen tu. Lagi pun aku sentap bila ada yang marah ia bersambung. Aku bersungguh buat blog ni sebab aku memang nak buat cerpen bersiri korang tau tak? ye la...aku cuma berpeluang tulis kat blog yang itu satu cerpen sekali je, korang bayangkan aku tergedik-gedik tak tau nak buat cerpen kat mana dah lepas tu...haha.

Cerita pasal angsa menyudu. Eh korang kenal angsa tak? 

Okey korang dah tau angsa tu apa kan? dulu kan...masa aku kecik-kecik aku selalu duduk 2-3 hari kat rumah atuk aku kat segamat tu. Arwah atuk aku tu sayang sangat kat aku kot, selalu sangat ambik aku beberapa hari bawa aku ke sana sini. Aku syak arwah atuk aku bangga nak tayang cucu dia yang comel lagi gebus macam aku ni kat kawan dia kat warung Tukirin tu kot?

Berbalik pasal cerita angsa. Atuk aku ada pelihara banyak itik dan angsa. Aku tak kisah bab itik. Tapi aku cukup kisah bab angsa. Rumah arwah atuk dan nenek aku bilik mandi dan tandas di luar, korang pun...macam tak biasa, ye lah rumah atuk aku kan rumah kampung. Ohoho...memang kenangan masa tu. Nama pun 'kampung kenangan'. Masa tu muksu aku sibuk nak cuci baju masa tu sedang kan aku beramah mesra dengan anak angsa yang comel. Tak la anak sangat, angsa tu tahap remaja 15 tahun yang tengah tergedik-gedik camtu gayanya. Elok-elok je aku main lari sana sini masa tu, ye lah aku kan baru umur 3-4 tahun masa tu. Muksu minta aku 'berboleng' sebab nak cuci baju yang aku pakai tu. Hoh? berboleng? korang tau ke berboleng tu apa? psst...berbogel hokey!  aku dengan keterpaksaan menyerahkan baju dan seluar fido dido aku untuk muksu cuci. Ala...zaman korang ada baju fido dido ke? aku taksub baju tu zaman tu tau!

Sedang aku memakai suit putih melepak(berbogel la tu) tu...ha..jangan cuba bayangkan! sebab memang aku putih macam anak cina tau masa aku kecik dulu. Sekarang je kelam macam anak peranakan..kah kah kah. Aku tak tau apa yang angsa tu fikir, mereka berjemaah mengejar aku yang sedang memakai suit putih itu. Ohhoho...aku ketakutan. Aku lari keliling rumah masih dikejar angsa tu. Muksu gelak-gelak sedangkan aku dah menangis. Akhirnya muksu terpaksa dukung aku bawa masuk bilik mandi sebab dia tahu angsa tu bertekad nak menyudu aku. Eh..kenapa pangggil menyudu ek? nanti aku kaji! grrr

Sejak kejadian tu aku anti dengan angsa. Dah la berak berterabur, pengotor main kat longkang, jahat nak gigit aku. Aku tak pasti bahagian mana dia nak gigit tapi aku memang cuak giler. Aktiviti petang pastilah atuk bawa aku bersiar-siar dengan honda dia tu. Aku tertenggek dalam bakul dengan girang sekali sebab aku tau atuk akan bawa aku ke pekan batu anam untuk minum-minum. Atuk suka bawa aku minum kedai tukirin dan belanja minum oren bodoh. Eh tau oren bodoh?


ha...tu dia gambar oren bodoh yang aku sebut tadi. Air dia tak la bergas sangat macam oren F&N tu. Atuk selalu belikan aku air tu, sementara arwah atuk minum air kopi o kegemaran dia..sobs...aku jadi pilu bila sebut kopi o. Dulu arwah atuk minum kopi murah je, cap tupai ke apa. Semenjak dua menjak aku ada rezeki lebih ni aku rajin minum kopi agak mahal sikit, arabica ke...walau murah la jugak aku kisar sendiri tapi aku agak rasanya lebih enak berbanding kopi arwah atuk. Kalau lah aku boleh putar masa ingin aku kongsi  minum kopi ni dengan arwah atuk. Pasti dia lebih sayang kan aku kan?

aku tak tau apa aku nak cuba ceritakan kat korang. Apa yang aku tahu kenangan lalu benar-benar buat aku rindukan arwah atuk. Kenapa dulu aku rasa kadang kala arwah atuk pilih kasih? sedangkan kalau aku duduk kenang satu persatu aku nampak sangat betapa arwah atuk sayangkan aku tak bertepi. Dah tiada orangnya baru nak rindu? itulah kita kan? Selalu alpa..leka. Sambung cerita, lepas arwah atuk bawa aku minum-minum, dia belikan aku apam balik.


Ha...ni kegemaran aku, aku sorang boleh makan 4 keping tau! tengok badan la kan! zaman arwah atuk belikan dulu murah je, RM1 dapat 7 keping tau.Aku suka kalau banyak jagung dan mewah dengan marjerin. Perghh ragup dan berminyak muncung aku ni...ahaha

Lepas dapat apam balik kesukaan aku tu atuk bawa aku ke padang. Aku blur, buat apa atuk bawa aku duduk di kalangan cina di kerusi merah ni? ada pentas yang bertutup dan ada cina-cina make up tebal. 


Tetiba bunyi muzik yang kuat dan mulalah opera cina. Oooo aku baru tau itu opera cina. Langsung tak paham apa cina tu persembahkan. Aku pelik kenapa arwah atuk bawa aku menonton sama. Tapi ia jadi satu kenangan indah yang aku rasa aku tak dapat kutip di mana-mana kenangan menonton opera cina lebih 30 minit tu. Balik awal pun sebab aku merayu ajak atuk balik...huhu

Allah lebih sayangkan arwah atuk, setelah 3 tahun lebih arwah atu terlantar sakit akhirnya Allah jemput dia semula. Aku yakin Allah beri kesempatan yang cukup panjang untuk aku mengenali arwah atuk. Betapa aku rindukan arwah atuk, betapa aku cuba menyeka air mata ni jatuh tetapi aku rasa ia tetap tergedik-gedik nak jatuh juga....kenapa aku menangis? entah..rindu tak berpenghujung. Aku rindukan arwah atuk, al-fatihah....aku sentiasa mendoakan arwah atuk aman di sana. Moga arwah atuk ditempatkan di kalangan umat islam yang soleh.  

Betapa besarnya rindu kita mereka yang dah pergi takkan kembali, apa yang ada hanyalah kenangan indah yang kita cipta di belakang hari untuk kita selak satu demi satu buat pengubat duka merindu. Aku berharap aku juga seperti arwah atuk, dapat mengembirakan tiap insan di dunia ini agar bila aku tiada lagi di muka bumi ini aku akan dirindui juga. 


Tuesday 27 November 2012

Cerpen: Bila Benci Bertukar RinduEp-2

Episod 1

"Mek, ni air ni. Sori deh, makan dulu tadi. Perut dok nyanyi dari tadi...ni saya ada bungkus nasi goreng kapung tuk mek." abang Din hulurkan makanan dengan air yang aku pesan. "Berapa ringgit ni abang Din?" aku terkial-kial menyeluk poket dengan tangan kiri sementara tangan kanan masih memegang air yang senior singa aku belanja tadi.

"Toksah bayar lah mek, ambe belanje arini." abang Din berlalu sambil tersenyum manis. Perghh cair...pertama kali cair dapat senyuman ikhlas dari si kulit hitam manis. Arghh agak menghairankan. Bagaimana aku tercair dengan senyuman itu? mungkin kerana ia sangat ikhlas atau.....ia ada agenda lain. Ye la, bagi air free siap ada nasi goreng kampung lagi tu. Tapi, aku benci orang panggil aku mek! siyes telinga aku agak geli mendengar orang panggil aku mek. Ello, aku orang johor okey!

"Abang Din! terima kasih deh." aku menjerit ucapkan terima kasih. Abang din cuma berpaling dan menaikkan ibu jarinya.
"Wah, murah rezeki awak hari ni, tadi saya belanja air horlick, ni dapat lagi air yang sama. Memang suka air ni ye?" abang senior bertanya. 
"Erm..memang air kesukaan saya pun, dan kebetulan nasi goreng kampung ni pun kegemaran saya. Aku menjawab ringkas.

"Makan?" pelawa ku antara ikhlas dan tidak sambil menyuap. Bersahaja makan depan jejaka kacak tu tanpa rasa segan. Pergh terbaik la kau Lyz. Buat-buat brutal depan jejaka kacak terpaksa aku lakukan demi mengawal debaran dada yang datang berirama jazz ni dada ku ini. Jazz la sangat Lyz...hahaha.

"Sila-sila, abang dah makan tadi sebelum belikan air ni.Tau nama abang tak?" dia menyoal lagi. "Err tak tau, saya kan budak baru... " aku menjawab sambil mengeyit mata. "Abang ni biro agama, dalam kursus kita orang panggil ustaz. Tiap part ada ustaz kan. Nama abang Azman Khairuddin. Panggil Azman saja." senior garang ni ustaz rupanya. Err ustaz perlu garang ke, ingat KG je perlu garang. Tiap ketua part kami dipanggil KG. Apa makna KG? ketua group? Keling Giler? ahaha...aku pun tak kaji lagi. Tapi ustaz tu aku tau biasanya baik je, dan ada ustazah. Aku lah ustazahnya. Entah kenapa mereka lantik aku jadi ustazah. aku syak sebab aku paling pendiam dan nampak baik kot? kah kah kah...baik ke muka kau Lyz? nampak baik okey! nampak baik bukan bermakna baik pun. ehehe

"Ustaz pun garang?" aku bertanya dengan muka blur? hahahaha...tak kira la ustaz ke siapa. Masa roll call semua senior garang kan?masa kat kolej ke, dekat library atau cafe tak garang kan? sebab tu junior boleh main mata lagi kan?" abang garang memperli...
"Uhuk uhuk...tersembur nasi goreng kampung dari mulutku. Sakitnya dada dan tekak. Dah la pedas, tersedak pula. Hidung dan mata sampai berair dibuatnya. 

"Minum air, abang tak niat nak perli pun. Terasa ke? ada selalu main mata dengan senior di library ye?" hahahahahaha...panjang sungguh tawa abang Azman. Dia perasan aku selalu curi pandang dia? huhuhu..malu!Air ku sedut perlahan. Berharap pedih tekak ni cepat menghilang. Air mata yang tersisa aku sapu dengan sapu tangan yang abang Azman hulurkan tadi. Arghhhh cair, dia hanya memerhatikan aku dengan senyuman nipisnya. Tolongggggggggggggggggggggggggggggg...ni dah ke berat. Jangan cari nahas berpacaran dengan senior sendiri Lyz. Ingat, mata senior semua tertumpu ke arah kau! Senior part 5, part 4, part 3...semua memandang kau macam harimau nak baham si kancil. Senior siswi pula bagai nak siat-siat kulit kau Lyz, berani kau duduk bersembang dengan senior kacak ni. Cermin muka Lyz, cermin muka kau.

"Dah, dah...jangan asik nak bertenet bawah pokok togey tu. Jom mula kerja, rehat dah habis ni." encik Hamzah memanggil aku dan untuk memulakan semula praktikal kami selepas  waktu rehat tamat. Err pokok togey? sinis sungguh lawak encik Hamzah. Lelaki ni mungkin berumur akhir 30-an. Nampak tegas tapi cepat mesra. Mungkin dia peramah dan anggap kami bagai anak-anaknya di sini. Setiap langkah kami di pesan supaya mementingkan aspek keselamatan." Jumpa lagi Lyz, nampak abang jangan la tak asik curi pandang, tegur je la..." abang Azman berlalu sambil mengenyitkan mata kirinya. Ahaha....aku terpukul. Nampaknya aktiviti menskodeng senior kacak yang aku lakukan beberapa kali haritu telah menjerat diri sendiri. Entah-entah tadi kena denda teruk sebab dia perasan siapa aku? huhu...malas nak fikir. Sendiri buat salah, padan muka kau Lyz.

******
Minggu ni berjalan begitu pantas. Entah kenapa banyak sekali aktiviti wajib yang kami pelajar part 1 perlu hadiri. "Shima, orang jual apa ye ramai-ramai tu?" aku menuding jari ke arah sekelompok manusia yang mengerumuni meja di bawah block I. "Oooo tu mereka buat dedication. Kalau kau ada rasa nak bagi siapa-siapa hadiah boleh la. Tapi kau kena tau dia block mana, bilik mana. Biasanya kalau siapa dapat banyak hadiah tu dikira retis la kat sini." Shima menerangkan serba sedikit. Hurm..menarik, tapi aku nak bagi siapa? tak minat langsung nak bagi orang hadiah bagai ni. Beli keropok lekor panas kat cafe makngah lagi bagus. Kenyang perut kau Lyz...hati aku berkata-kata.

"Nak singgah tengok tak?" shima bertanya lagi.
"Aku tak rasa nak bagi sesiapa pun..." aku menarik tangan Shima berlalu pergi. Aku nampak kelibat abang Azman di sana. Sibuk memilih hadiah. Hurm...boleh tahan romeo juga abang Azman ni. Ada mata air rupanya. Sentap pula aku rasa, ye la...siapalah gadis bertuah yang abang Azman puja tu ye. Eh, bagi hadiah perlu ke ada perasaan? "Wei, ajak singgah tak nak. Tapi dok toleh lagi." Shima memukul aku dengan fail di tangannya. Aku terkekek-kekek tergelak. Memang aku tertoleh-toleh nak tengok hadiah apalah yang senior kacak ku pilih.

Tuk tuk tuk
Special delivery!!!!!!!!!!!!!

Dua orang gadis datang menyerbu bilik kami. Aku dan kak Lela berpandangan. "Untuk siapa?" kak Lela bertanya." Ada orang nama Lyz Atikah DPIM part 1 di sini tak?" salah seorang dari mereka membelek kertas di tangan. " Haa..ada, ni yang comel ni la orangnya." kak Lela menunjukkan aku ke arah mereka. "Siapa pengirimnya?" aku tergagap bertanya.
"Maaf cik, dia tulis AK saja." mereka menjawab.


Selesai menanda tangan kertas yang dihulur aku menyambut kotak yang diberi. Mau pitam aku tengok hadiah yang ada. "Wah, dapat 7 pasu kaktus berbagai jenis." kak Lela menjerit teruja. Aku mati kata-kata. Siapa pengirimnya? AK...adakah Azman Kairuddin? abang senior yang kacak tu? abang yang garang tu? huhu...tiba-tiba rasa meluat. Dah la dendaaku sampai separuh mati. Garang macam nak telan orang.

"Lyz, siapa bagi?" aku hanya mengangkat bahu tak mampu menjawab soalan kak Lela. Aku susun pasu comel tersebut berdepan dengan meja study ku. Cantik, pasu pelbagai warna. Kaktus pelbagai rupa. Aku gembira walau aku tak tau siapa yang mengirimnya. 

*****
Mujur dapat kaktus. Kalau balik kampung aku tak la risau pokok aku mati tak bersiram. Namun aku sentiasa menjaga baik pasu kaktus ni. Cantik, siapakah pemberinya? 

"Lyz, ada hadiah ni!" Linda roomate aku menyerahkan hadiah kepadaku. "Untuk aku? aku bertanya meminta kepastian. Setahu aku minggu orang sibuk bagi hadiah tu dah habis. "Ye la, untuk kau la...peminat mana pulak tu?" Linda terkekek-kekek gelakkan aku. 
"Coklat tu...untung la ada peminat kan kak Lela?" Linda sedikit mengejek. 
"Ala.. okey apa dapat coklat. Boleh makan sama-sama dengan korang. Dapat tiga kotak pulak tu, pelbagai rasa. Okey la kan?" aku meredakan perasaan Linda. Mungkin dia sedikit iri dari minggu lalu aku dapat hadiah. Selain tujuh pasu kaktus dari AK, aku dapat 5 hadiah kecil yang lain. Minggu ni dapat coklat pula. Memang la Linda cemburu kot.

"Linda...itu rezeki. Aku pun tak sangka la. Kau ni pun." aku menjawab lemah. Mungkin dia bergurau tapi aku sedikit kurang senang dengan sikap Linda tadi. 
"Lyz, kak Lela nak turun makan, nak ikut?" kak Lela segera menyarung tudung dan mencapai cardigannya.
"Jap, nak join. Duit dah menipis, makan kat dewan makan je la minggu ni...hihi." aku segera menjawab dan menyarung tudung juga. Malas nak melayan perangai Linda yang semakin aneh. Lagi pun Linda berlainan kursus dengan kami. Dia budak perkayuan. Linda ni banyak tahun lebih tua dariku, tapi aku tak tahu berapa umur sebenar dia. Dia jarang lepak dengan kami di bilik ni. Biasanya dia akan pulang lewat malam untuk tidur saja. Masa dihabiskan bersama kawan baiknya di bilik hujung level tu.

*****
Kelas matematik berjalan lancar. Alhamdulillah aku mudah faham cik Hidayah mengajar. Dia ni peramah dan layan kami macam kawan-kawan saja. Cuma dia lebih rajin layan soalan dari pelajar lelaki. Biasanya kalau siswa tu dia lebih kerap panggil abang Din membantu dia memadam papan putih atau membantu edar nota atau apa saja. Kalau aku dan abang Din plan nak pergi minum sesudah kelas pasti dia meminta bantuan abang Din menghantar buku atau sebagainya. Mungkin sikap abang Din yang peramah tu berjaya mencuri perhatiannya.

Sejak abang Din belanja aku nasi goreng tempoh hari, aku dan dia semakin akrab. Dia kerap juga ajak aku dan kak Lela minum bersama. Orang peramah, banyak pula perkara yang kami sembangkan. Pertama kali aku senang mendekati orang kelantan. Ye la, aku bukan faham sangat dengan bahasa mereka ni. Tapi sebab aku rapat dengan kak Lela, apa tak faham kak Lela tukang translate kan kepadaku.

"Lyz, esok khamis. Jangan lewat lagi roll call esok ." abang Din mengingatkan.
"Ha la...boleh je dah bangun menung lagi. Lepas tu lewat kena denda sampai pengsan. Dah pengsan boleh pula lepak dengan senior tu sembang berjam. Kalau kita, tak nak tengok dah muka orang yang denda kita tu. Kan judin?" kak Lela menghantam aku. Aku hilang kata-kata...hanya senyum tersenyum tawar. Esok khamis, harap-harap esok aku tak kena denda sebab lewat lagi. Kecut perutku...huhu.

Adakah esok Azman Khairuddin akan buli aku lagi? aku berdebar-debar. Esok penyerahan pelajar part 1 kepada pelajar part 5. Part 5 ni dikira supervisor dalam kursus kami. Adakah mereka sama garang macam part 6? err aku berdebar-debar.

bersambung....


Cerpen:Bila Benci Bertukar Rindu Ep1

Kring!!!!!
Jam loceng aku dah berbunyi. Arghh malasnya nak bangun dari katil ni. Sejuk dan rasa lenguh- lenguh. Terasa nak sambung tidur sampai cerah. Agak-agak pagi ni senior yang botak tu turun tak? err...aku malas nak tengok muka dia yang macam jin tu!

"Lyz, tak bangun lagi?" suara kak Lela menamatkan khayalan aku. Kak Lela berlalu bersama tuala mandinya. Segera aku terjun dari katil dan membontoti kak Lela. Dasar penakut, nak mandi seawal 5.20 pagi seorang diri bukan satu perkara mudah buat aku yang penakut ni.

"Kak Lela, dah siap mandi panggil tau, jangan tinggal saya sorang-sorang pula!" aku sempat berpesan agar kak Lela tak tinggalkan aku sendirian. Pernah suatu ketika dulu seorang siswi nampak kelibat wanita berambut panjang di dalam tandas ketika mandi awal pagi sebelum subuh. Sejak tu kami tak berani nak mandi awal pagi sendirian, lebih-lebih lagi aku yang penakut ni.

"Dah tau penakut bangun pagi liat, mandi meleceh. Rasa-rasa nak kena denda dengan KG part 6 ke?" kak Lela dah mula membebel, segera aku sudahkan mandi dan berlari mengejar langkah kak Lela yang sudah meninggalkan aku. 

"Lyz, akak rasa kita tak sempat nak sarapan kat bawah, makan roti je lah ye?"kak Lela bagi cadangan. Nak roll call pukul 6 pagi tapi masih ada di bilik time gini. 
"Takpa kak, asal jangan kena lari keliling bangunan AE sudah la. Saya tak sanggup kena denda dengan senior part six yang garang macam harimau belang tu." aku melepaskan amarah di dada. Sejak orientasi lagi senior asik cari pasal dengan aku. Unity? huh, aku tak rasa tang mana unity kalau asik herdik dan buli aku macam aku ni pesalah jenayah berat. Inikah cara pelajar perladangan di layan? aku blur

Kami segara memasukkan roti untuk bekalan kami dan mencapai kasut untuk menghadapi roll call yang 'indah' di pagi khamis. Indah la sangat kan Lyz? menghadap muka senior yang macam warden penjara yang bersedia mencari silap saja untuk buat serang hendap. 

"Lyz, lari jom...dah tak sempat ni. Dah dekat pukul 6 ni." kak Lela mengajak aku berlari menuju kawan-kawan yang dah siap berbaris di hadapan senior. 
"Kak, saya tak larat nak lari, akak lari lah. Takpa kalau saya seorang yang kena denda. Akak pergi cepat kak!" aku melajukan langkah dan terus berharap agar sempat sampai ke sana. 
"Tapi nanti Lyz kena denda?" kak Lela mungkin berasa kasihan terhadapku, tapi mana mungkin aku biarkan kak Lela sama-sama kena denda bersama aku.
"Pergi lah..tinggalkan saya. Saya okey." Aku berikan senyuman ikhlas buat kak Lela dan akhirnya laju saja kak Lela berlari meninggal kan aku.

"Wei.... lenggok bukan main. Cat walk ke apa ni? datang ladang lenggang kangkong!. Teringin sangat nak rasa kena denda?" satu suara menjerit ke arah ku. Suara senior part 6. Bukan aku tak mahu lari cuma aku memang tak kuat untuk lari. Aku melajukan langkah. Semakin laju ku hayun tapak kaki ini semakin deras ombakan dadaku. Bagai paluan gendang dum dam dum dam! arghhh aku rasa bagai nak pitam. Perut ku mula rasa sakit di sebelah kiri. Pedih!

"10, 9, 8, 7, 6, 5...." mereka mengira...aku teruskan berlari. Masih berlari walau aku tahu aku tak sempat sampai tepat pada waktunya. 

"Oi, tak payah la masuk barisan kalau dah lambat. Berdiri sini la...aku nak tengok puas-puas muka kau yang cantik tu. Jalan macam model. Perghhh cair siot tengok muka kau pag- pagi ni." senior semakin galak perli aku. Sah, aku lah jadi bahan dendaan mereka hari ini. Bencinya......

"Maafkan saya..." aku bersuara.
"Apa? maaf? aku nak denda korang satu part lari 5 pusingan keliling bangunan AE ni boleh? sebab kau sorang, semua part kau kena denda ok tak?" dia semakin galak mengenakan aku. Wah, sekarang melibatkan semua kawan-kawan part aku pula. Kedengaran keluhan sahabat aku semua. Mana adil aku yang lambat semua di denda. Unity? aku tak sanggup mengheret mereka sama. Aku perlu bertanggung jawab atas kesilapan aku.

"Tapi abang, saya sorang yang lewat. Tak adil la buat mereka." aku membantah sambil melihat wajah-wajah sahabatku yang menunduk hampa. Ye, hampa kerana aku bakal mengheret mereka sama jalani dendaan yang meletihkan itu.

"Okey, tak mau ajak kawan berjogging sama ye? mulaianya hati kau kan?" Seniorku mengejek lagi. Aku hanya menggangguk lemah. Semua mata menumpu ke arah aku. Lemas dalam renungan yang menikam. Mata yang menikam sangat tajam bagai tembus ke dasar hati. Pandangan penuh kebencian. Unity? owh di mana unitynya...aku masih kabur tentang kalimah unity dalam bidang pengajian kami. "Tak mau kena denda sama-sama takpa. Tapi aku nak denda kau lari keliling AE ni 10 pusingan. Cepat!"

"Err 10 pusingan? " aku terkedu. "Kau nak aku tambah lagi ke?" aku hanya menggeleng laju dan memulakan larian. "Lari!!!! aku tak suruh kau jogging. aku suruh lari." herdikan demi herdikan singgah ke gegendang telingaku." Ku lajukan langkah...satu pusingan demi satu pusingan....perutku terasa semakin sakit. Bagai ditusuk pisau tajam semakin pedih. 

Habis 5 pusingan aku perlahankan langkah. Terasa kaki semakin berat. Dunia berputar laju. Semakin laju, nafasku terasa sesak. Pandangan semakin kabur. Aku perlu tamatkan segera agar dapat melegakan kesakitan ini. Kalau lah dapat aku memohon diringankan bebanan denda ini...huhu. "Cepat, kalau tak aku tambah lagi dua pusingan !"sergahan yang mampu buat lamunan aku terhenti. Nampak kelibat ketua kursus, puan Habsah. Dia hanya melihat dari jauh. Kenapa puan Habsah tak hentikan pembulian ke atas ku? arghh benci! 

"Abang, saya dah tak larat..." rayu ku sewaktu melintasi mereka dipusingan ke tujuh. "Banyak la tak larat kau! laju lagi!" hanya itu yang aku sempat dengar. Bagai ada bunyi berdesing di kedua telingaku. Pandangan semakin kabur.Peluh memercik di dahi. Kaki semakin berat dan....aku rebah akhirnya. Aku tak mampu meneruskan dendaan dari mereka. Tak punya cukup kudrat untuk aku sudahi dendaan ini. 

"Lyz, Lyz" kedengaran suara Shima. Aku membuka mata. Semua siswi ada di depanku. Ada yang mengipas, ada yang memicit lenganku, manakala ada sesetengah siswi yang senior membantu memicit kepalaku.

"Lain kali kalau rasa nak pitam bagi tau lah, jangan paksa diri. Sekarang siapa yang susah, siapa yang sakit? " suara kak Eton menasihatiku. Err maik pula kak Eton, bukan dia ke yang macam tarzan perempuan asik menjerit sama macam siswa dia juga?

"Saya dah cakap tadi saya tak larat...." aku menjawab lemah. "Erm.. Lyz, awak dengar ni. DPIM bukan macam kursus lain. Kita kena kuat mental juga. Kena tegas, kalau tak kuat, tak larat bagi tahu. Jangan asik nak menangis saja. Kalau asik menangis bila kena denda memang lah ramai yang suka ragging awak. Paham tak?" kak Eton berceramah."Yang lain pergi keluar. Seorang je tinggal sini jaga Lyz." kak Eton memberi arahan dan semua sahabatku keluar membontoti langkah kak Eton.

"Shima...aku pengsan ye?" aku berpaling ke arah Shima." Ha la...kalau dah tak sedarkan diri tu bukan pengsan ke? kau tak sihat ke?" Shima menyoal. "Sihat, cuma aku memang tak boleh lari atau buat kerja berat sangat." aku menerangkan kepada Shima. "jom la keluar, aku dah okey kot." aku mengajak Shima keluar berbaris bersama rakan lain. Terasa semua mata memandang ke arah aku...pemes seyhh! Dah la semua budak part 2- part 6 dah ada. Segan tahap gaban. Siapa yang pikul aku masuk surau tadi..err! siapa ye?

Selepas briefing dari encik Hamzah penyelia ladang, kami di beri tugasan untuk membersihkan kawasan nursery. Cantiknya semua bunga yang ada di sana. Aku ditempatkan satu kumpulan dengan kak lela, along, angah, dan tiga orang siswa lain. Belum sempat aku hafal nama siswa bertiga tu. Sempat berkenalan dengan ketiga-tiga siswa kami, namanya Ezam, Fahmi dan Judin. Judin paling bising dalam group kami. Sebaya kak Lela dan dari kelas yang sama dari pre -sain dulu. Peramah, lucu orangnya dan baik hati. Alhamdulillah kami mesra sebagai satu pasukan. 

"Dah time rehat, tak pergi cafe beli makanan?" sapa abang Din. Err takpalah abang Din, malas nak menapak jauh-jauh tu."jawab aku selamber. "Takpa, mari lah kirim, nak beli apa ye?" abang Din menawarkan diri. "Kirim horlicks air saja lah abang Din, saya tak selere nak makan." aku menyeluk poket dan memberikan duit. "Eh, nanti bayar kemudian ye..."dia berlalu pergi. 

"Assalamualaikum...sorang je?" senior yang denda aku tadi datang, dia nak suruh aku habiskan lagi tiga pusingan ke? huhu...
"Waalaikummussalam, kawan lain pergi rehat. ada yang tengok-tengok bunga." jawabku ringkas tanpa memandang muka dia. Benci, marah dan sakit hati ditambah kecut perut dengan dia yang garang tu buat aku tak mampu angkat muka.
"Kenapa tak pandang muka abang?" dia bertanya lagi.
"Err, abang nak apa? " tanya aku mendatar.

"Abang datang nak minta maaf pasal tadi. Rasanya abang dah keterlaluan denda awak. Tak patut suruh 10 pusingan kot...abang nak awak bantah dan tegas walau pada mulanya abang gembira ada sifat tanggungjawab bila awak tak mahu libatkan kawan kena denda sama. Tapi, awak bersetuju dengan 10 pusingan buat abang hairan juga."dia menerangkan...

"Takpalah abang, saya ni memang tak kuat lari pun. Saya tak larat. Benda dah jadi."aku tak berpaling langsung memandang wajah kacak jejaka disebelah ku itu. Ye, walau dia sangat garang tapi wajahnya yang kacak dan manis tu selalu aku curi pandang andai punya kesempatan. Beberapa hari lepas aku nampak dia di library. Dapat lah aku curi pandang beberapa minit. Tak sempat aku melarikan anak mata, dia dah perasan aku mencuri pandang ke arahnya. Laju-laju aku mendapatkan Suria di meja kami selepas itu.

Kali ke dua aku jumpa senior aku yang garang ni di cafe lecturer. Masa minum pagi waktu kelas matematik cik Hidayah batal. Dia minum dengan senior yang tinggi botak tu. aku tak tau nama dia apa, sempat lagi aku intai dia celah novel yang aku baca. Perghh cair, dengan mata hazel dia, berbibir merah, rambut yang beralun kemas. Kacak! bisa menggoyangkan hati aku yang cukup kukuh ni. Tapi....bila jumpa di ladang garang kemain. Benci betul aku dibuatnya. Kalau dia cool macam kat library atau cafe tu kan okey? hehe.

"Ehem, berangan apa tu, teringat pakwe di libary ke atau pakwe di cafe?" suara itu menyentapkan seleuruh lamunanku. Adussss...mana dia tau aku terbayangkan dia? argh, benci. Dia yang denda aku sampai aku pengsan. Jahat! Muka kacak tapi hati jahat nak buat apa ..."Abang minta maaf pasal tadi...maafkan tak?" dia bertanya lagi.
"Saya maafkan, saya pergi jumpa kawan kejap ye?" aku bingkas bangun mengatur langkah ke pondok bawah pokok markisa tu. Encik Hamzah dan siswi lain berkumpul di sana. Meriah sungguh nampaknya.

"Jangan lah pergi, borak la dengan abang kat sini. Nah, minum air ni. Tak tau awak suka tak horlick, main beli saja tadi." aku sambut air yang dia beri. Memang tekak dah perit, haus dan perut pun dah lapar. Abang Din dari tadi tak muncul. Ke mana dia menghilang pergi buat air atau beli air agaknya?"Terima kasih..." hanya itu mampu aku lafaskan . Segan berbual dengan senior kacak lagi garang di sebelahku. Terasa macam watak dalam novel saja, gadis comot bercengkerama dengan jejaka kacak di bawah pohon ara...ekeke. Jangan berangan la Lyz, orang kacak macam dia mana lah nak pandang gadis comot macam kau tu. sila sedar diri.

bersambung....





Monday 19 November 2012

Cerpen-Sahabat Atau Kekasih?

"Awak boleh drive?" Izham bertanya, aku hanya menggangguk. Huh...lama aku tak pegang stereng kereta sebenarnya. First date dengan Izham ni pun aku naik teksi.

"Awak ada kereta?" Izham bertanya lagi, aku menggeleng. Sebenarnya bukan niat untuk menyembunyikan kebenaran tetapi mungkin belum masanya untuk memberi tahu semuanya tentang aku. Sejak berkawan dengan Izham tak pernah lagi aku guna kereta yang papa berikan tu. Sejak kenal dengan Izham aku tak pernah pakai handbag kesukaan ku. Aku tak mahu semua yang ada menghancurkan hubungan yang baru bermula.Aku tak rela semua yang aku ada menjarakkan hubungan kami yang baru berputik ini.

Siapa Izham aku pun tak ambil peduli. Yang aku tahu dia penjawab awam, umur, kesukaan, pakai kereta apa semua aku tak pernah bertanya. Begitu juga dengan aku, apa yang penting...kami serasi dan bersahabat sejak berbulan lamanya. Cuma, sejak akhir-akhir ini Izham memujukku untuk bertemu. Aku terpaksa akur. Ye, persahabatan sekadar alam maya mungkin buat Izham tertanya-tanya siapa diri aku yang sebenarnya. Namun aku tak pernah curiga siapa dia kerana dia sentiasa jadi sahabat terbaik buat diriku.

Aku lebih selesa menyembunyikan diri buat permulaan hubungan ini kerana aku resah, risau dan tenggelam dalam beberapa persoalan diri. Aku...ye, aku bahagia punyai sahabat sebaik Izham. Tapi aku keliru. Aku dapat rasakan aku tidak menyayangi Izham sekadar sahabat. Ada setitis sinar cinta mula menyerap dalam diriku. Kerana itulah aku sedaya upaya cuba mengelak dari bertentang mata dengan Izham. Risau perasaan ini makin kuat tumbuh dalam hati dan akhirnya aku kecewa sendiri.

"Awak selalu ke sini?" aku memecah kesunyian. 
"Tak la kerap mana pun, cuma ke sini untuk lepak-lepak tengok tasik je."Izham berikan aku senyuman yang paling manis, arghh..cair!

Aku serba tak kena, kalau selama ni berbual di corong telefon akulah si mulut laser, akulah nenek kebayan yang asik membebel, akulah pembuli nombor satu tapi bila berdepan aku jadi kelu. Sah! aku dilamun cinta. Dengan sahabat baikku? owh tidak! aku tak rela.

"Awak tak sihat ke? kenapa macam ada yang tak kena. Elo, mana pergi lawak bodoh awak selama ni? mana pergi mulut becok awak?" Izham mengetuk-ngetuk lututku dengan botol air mineralnya.

"Er...saya segan la jumpa awak, hihihi"Akhirnya aku mengaku juga. Memang nampak bodoh tapi memang aku tak mampu nak duduk lama berdepan dengan Izham. Telan air liur pun aku boleh dengar bunyinya. Degup jantung sendiri pun aku dengar rentaknya, mau pitam jadinya berdepan dengan Izham.

"Lawak la awak ni Hanim, dengan saya pun nak segan. Kenal dah lama, borak tiap hari, tup-tup jumpa jadi segan macam gadis melayu terakhir ni apasal."berderai tawa Izham dan aku hanya terkulat-kulat seorang diri. Apasalah aku rasa sangat teruk?

Rasa teruk tu akibat aku celaru meletak perasaan. Antara rasa cinta dan sayang terhadap sahabat. Ya aku yang salah dalam hal ini, sebaiknya aku patah semula kepada perjanjian kami untuk setia jadi sahabat antara satu sama lain ke akhir hayat. antara sahabat dan kekasih, aku pilih Izham sebagai sahabat aku ke akhir nyawa, kerana sahabat tidak mungkin meninggalkan aku, tetapi kekasih akan beralih kasih atas kekurangan diri ini...

Kasihku buat sahabat tak bertepi, tak bersyarat...namun kasihku buat kekasih pastinya punya beberapa syarat tertentu. Pasti Izham menemui insan yang lebih hebat sebagai kekasih suatu hari nanti, tapi sahabat yang sebaik aku mungkin sukar untuk Izham miliki....


Wednesday 14 November 2012

Cerpen- Kekasih Lama

Cuaca cerah hari ni, terasa sungguh indah mentari pagi yang tersenyum girang. Segirang perasaan ku juga. Entah mengapa hati menjerit-jerit gembira tanpa alasan munasabah. Alhamdulillah Allah kurniakan keceriaan dalam hidupku walau berjuta alasan untuk murung muncul silih berganti.

tut tut tuttt iphone 4S ku berbunyi.
"Elo sayang, pagi ni jom sarapan di kampung tengah nak?" suara Yuan kedengaran.
"Kampung tengah? wahh soto! nak. Jap lagi datang ambil ye?" aku terus bersetuju. 
"Pukul 8.15 saya abang sampai" 
Lama sungguh aku dan Yuan tak bersarapan sama. Kami teramat sibuk dengan urusan kerja sampai kan tak sempat bersua muka. Apa khabar agaknya tunangku itu? makin menggebu atau semakin kurus ye? senyuman meleret terus mati tatkala terlihat jam. Ada 10 minit saja untuk bersiap sebelum Yuan sampai.

Berselera sungguh kamu bersarapan pagi ni, dengan tempe goreng berempah cicah sambal kicap, soto yang best, satay paru...sungguh membuka selera. Tanpa segan silu aku telan semua yang Yuan ambilkan untukku. Gemukkan tunang Yuan kalau makan macam ni tiap hari...hihihi. 
"Sayang, banyaknya makan? berselera sebab tengok muka abang ye?" Yuan mengusik
"Err tak la, Atie rindu nak makan soto best kat sini. Lama dah tak datang sini kan?" aku menjawab tersipu-sipu. Malunya buat perangai kuat makan depan tunang sendiri. Lagaknya macam dah seminggu tak makan. 
"Eleh, ye lah tu....padahal sebab makan depan abang, tu yang berselera tu kan?" meleret senyum Yuan tak berpenghujung. Aku dah muat muka kelat...segan!

Selepas siap bersarapan kami beli barangan basah di Giant. Ramai sungguh orang hari ni. Entah kenapa tiba-tiba Yuan merangkul bahuku. Terkedu, jarang sekali tunangku menyentuh aku walau berlapik. Hurm, aku mendongak meminta jawapan, namun dia hanya tersenyum manis. 

Beberapa langkah kemudian...

"Abang, tu Taufiq!" aku menuding ke arah pasangan bahagia yang mengendong baby comel tidak jauh dari kami.
"ooo..." Yuan hanya mengangguk. Memang Yuan kenal bekas kekasihku Taufiq. Seawal perkenalan dengannya aku telah berterus terang tentang hubungan aku yang lalu bersama Taufiq yang juga aku merupakan anak angkat kepada ibunya. Sewaktu Taufiq berkahwin dulu pun aku datang bersama Yuan.

"Assalamualaikum" sapa Yuan bersalaman dengan Taufiq.
"Waalaikumsalam...eh Atie.."Taufiq tersenyum memandang kami. Tidak pula disebut nama Yuan, mungkin Taufiq tak ingat nama Yuan memandangkan ini pertemuan kedua mereka selepas majlis perkahwinan Taufiq dulu.

Aku bersalaman dengan kak Yus isteri Taufiq, kak Yus merupakan senior aku dulu. Wajah kelat kak Yus buat aku tak senang duduk, sesekali perbualan jadi hambar memandangkan Yuan tak begitu mesra dengan Taufiq dan aku pun tak begitu mesra dengan kak Yus. 
"U tinggal mana sekarang?"aku bertanyakan kepada Taufiq
"I tinggal KL, wive dengan anak tinggal kampung dengan mertua i, ye lah...dia mengajar sini kan? Taufiq bercerita.
"Baby dah berapa bulan ni" aku mendukung baby comel Taufiq, persis wajah ayahnya...aku cukup tersentuh
"Enam bulan, mirip i kan?" Taufiq bertanya dan aku hanya mengangguk laju mengiyakan. Mungkin Taufiq dapat mengagak apa yang bermain difikiranku tadi.

Satu bab ke dua bab kami berbual, bertanya khabar mak angkatku mak jiah dan pelbagai cerita lain juga. Terubat rindu lama sungguh kami tak berbual sebegitu. Sama-sama bergenang air mata, mungkin kami terlalu teruja bertemu semula atau hanya perasaan pilu menerjah jiwa.

Ya, bagi diriku memang aku sangat pilu. Walau aku muncul bersama tunang tersayang, namun jauh di lubuk hatiku sangat terluka melihat kebahagiaan Taufiq bersama anak dan isterinya. Yuan? entah bila hilangnya. Apa yang pasti Yuan dan kak Yus hilang dalam pandangan mata. Entah bagaimana boleh kami lupakan insan tersayang saat itu. Kami tenggelam dalam dunia sendiri. Walau tak menyetuh isu masa lampau namun jelas kami gugup berbual sama. Entah mengapa, resah gelisah menyelubungi diri. Sungguh, aku benar-benar sayu atas pertemuan ini. Aku dapat menangkap linangan air mata Taufiq. Jelas...masih tersisa kenangan lalu yang masih kami simpan.

"Atie, i nak u bahagia" ucap Taufiq tatkala aku melalngkah pergi. Tak mampu aku meluahkan kata, hanya kelipan mata yang berlinangan air mata mampu aku hadiahkan buatnya sebelum perpisahan berlaku tanpa rela.

Dia cuma kekasih lama yang punya kehidupan baru begitu juga diriku. Moga ini pertemuan terakhir kami sehingga kami benar-benar bersedia menerima hakikat bahawa jodoh kami bukan bersama. Pedih tapi itulah hakikatnya!




Cerpen-Ustaz Dah Kahwin

Twitter dah jadi kegilaan aku sekarang ni, entah kenapa sejak seminggu ni rajin pula bertegur sapa dengan mamat ni. Kalau orang lain lebih gemar berfacebook tapi aku lebih selesa ada twitter saja yang pada aku ia lebih privacy lebih-lebih lagi aku privatekan tweet aku.

Aku cuma kerap meluahkan perasaan atau apa saja pendapat aku di twitter. Tapi, sejak akhir-akhir ni...aku dan mamat ni kerap pula bertegur sapa. Err segan la, nampak dia macam gila-gila. Student mungkin? Nak tau? minat kami sama dalam bidang penulisan, buat kami sering berkongsi pendapat. Sejak dia pakai pamerkan wajah dia aku lebih berani berinteraksi dengan lebih kerap, ye la...prinsip aku kan tak mahu rapat sangat dengan mereka yang hadir tanpa wajah, dulu dia pakai gambar topeng apa ntah..huhu. Sekarang ni hadir dengan wajah dan seruling....lalala, cair tak? cair tak? weeee

Mamat ni blogger rupanya...

"Ustad dah kawen sebab tu pakai dua cincin, satu makwe ustad bagi, satu tu isteri ustad bagi." lebih kurang begitulah ayat yang mamat tu taip di laman blognya hasil gosip pelajar-pelajar kesayangan dia. Err aku baru je nak feeling-feeling, dah kahwin rupanya mamat tu. Nampak giler-giler rupanya ustaz? adoiii aku termalu sendiri. Ustaz beb! memang tak setara dan tak sekufu dengan aku yang ntah apa-apa ni(jalan seret bantal) hew hew hew!

Aku: "ustad dah kawen sebab tu ada dua cincin" aku saja korek lubang ulang ayat murid dia, padahal hati ni remuk, kecamuk dan berantakan korang tau tak? sob sob sob

Dia: "La...tu gosip budak-budak tu je la awak, mana ada saya kahwin pun. Saya memang suka pakai cincin, satu jari manis tangan kanan, satu tangan kiri. Dua-dua saya beli sendiri, saya memang suka pakai cincin. Harap awak jelas.

Err aku termalu sendiri, muka merah tak perlu pakai blusher dah, memang macam sizuka(makwe nobita dalam cerita doremon) dah pun. Dah la selama ni ingat mamat ni student, tup-tup tau dia ustaz, ha...bukan setakat ustaz tau, cikgu bahasa inggeris. Ko ada pakwe gituw? ahak...gediks! memang malu tahap gaban, terasa sangat tak layak berkawan dengan dia. Siapalah diriku, hanya penanam anggur...ekeke, penanggur terhormat katanya.

Aku rasa nak lempang-lempang mulut aku yang bukan main hebat tanya status orang, tak malu ke? canai mulut jadi lempeng baru tau! selamat la mamat tu asyik sangat dengan movie dia toy story tu sampai tak ambil pusing apa aku tanya dia. Fokus kot dengan movie, kalau dia tak buat apa memang aku pitam sebab teramat malu. Walau bukan berdepan cuma di alam maya tapi malu beb!

*****
Sekadar di alam maya, aku dan mamat ni semakin akrab, ops...ustaz. Aku dan ustaz bertukar cerita dari satu bab ke satu bab. Alhamdulillah ustaz salah satu kegembiraan buat kehidupanku. Allah mengirim dia dalam keadaan aku yang kacau bilau. Kemerosotan tahap kesihatan yang membuatkan ood aku ke laut bertukar menjadi ceria dengan hadirnya ustaz.

Aku tak henti tersenyum, kami tergelak dan terus tergelak bila berbicara. Adakah ini tandanya hati batu aku dah mula cair dengan sifat ceria ustaz ni? owh no no no...aku lebih rela kami bersahabat ke akhir nyawa dari punya ikatan kasih. Kenapa? biarlah ia jadi rahsia hatiku. Apa yang ku fikir kini, aku tak mahu kehilangan sahabat sehebat dia. Walau aku tidak hebat,tapi aku berbangga dapat sahabat sebaik ustaz. Walau ustaz punya dah kahwin suatu hari nanti, harapnya persahabatan kami kekal ke akhir nyawa....amin.

Antara persahabatan dan percintaan, mana lebih membahagiakan? aku pilih persahabatan kerana aku mahu ustaz tetap berada di sisiku walau apa halangan dan dugaan tiba. 

p/s:Sahabat boleh menjadi kekasih  tetapi kekasih mungkin juga bukan sahabat yang baik.


Sekapur Sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah hajat hati ingin mempunyai blog sendiri telah berjaya akhirnya syukur syukur. Tak sangka saya dah ada blog okey! yes, i dah jadi blogger....hoyeii goyang montot! elo, liz, sila matang sikit okey, baru buat entri pengenalan dah over sangat, ekeke.

Terima kasih buat sahabat saya An, yang beri galakan, sumber ilham dan jadi kawan gaduh juga sehingga terhasilnya blog ini. Sebenarnya nak memiliki blog pun sebab An ada blog, nak tolong taip kat blog dia yang jarang berupdate tu segan pula, so....jeng jeng jeng! termuncullah blog ini.

Moga blog ini mampu menjadi salah satu kegembiraan buat diri saya dalam menjadikan ia satu landasan untuk saya taipkan apa saja yang terlintas di minda...

Salam sayang,
Liz