Monday, 19 November 2012

Cerpen-Sahabat Atau Kekasih?

"Awak boleh drive?" Izham bertanya, aku hanya menggangguk. Huh...lama aku tak pegang stereng kereta sebenarnya. First date dengan Izham ni pun aku naik teksi.

"Awak ada kereta?" Izham bertanya lagi, aku menggeleng. Sebenarnya bukan niat untuk menyembunyikan kebenaran tetapi mungkin belum masanya untuk memberi tahu semuanya tentang aku. Sejak berkawan dengan Izham tak pernah lagi aku guna kereta yang papa berikan tu. Sejak kenal dengan Izham aku tak pernah pakai handbag kesukaan ku. Aku tak mahu semua yang ada menghancurkan hubungan yang baru bermula.Aku tak rela semua yang aku ada menjarakkan hubungan kami yang baru berputik ini.

Siapa Izham aku pun tak ambil peduli. Yang aku tahu dia penjawab awam, umur, kesukaan, pakai kereta apa semua aku tak pernah bertanya. Begitu juga dengan aku, apa yang penting...kami serasi dan bersahabat sejak berbulan lamanya. Cuma, sejak akhir-akhir ini Izham memujukku untuk bertemu. Aku terpaksa akur. Ye, persahabatan sekadar alam maya mungkin buat Izham tertanya-tanya siapa diri aku yang sebenarnya. Namun aku tak pernah curiga siapa dia kerana dia sentiasa jadi sahabat terbaik buat diriku.

Aku lebih selesa menyembunyikan diri buat permulaan hubungan ini kerana aku resah, risau dan tenggelam dalam beberapa persoalan diri. Aku...ye, aku bahagia punyai sahabat sebaik Izham. Tapi aku keliru. Aku dapat rasakan aku tidak menyayangi Izham sekadar sahabat. Ada setitis sinar cinta mula menyerap dalam diriku. Kerana itulah aku sedaya upaya cuba mengelak dari bertentang mata dengan Izham. Risau perasaan ini makin kuat tumbuh dalam hati dan akhirnya aku kecewa sendiri.

"Awak selalu ke sini?" aku memecah kesunyian. 
"Tak la kerap mana pun, cuma ke sini untuk lepak-lepak tengok tasik je."Izham berikan aku senyuman yang paling manis, arghh..cair!

Aku serba tak kena, kalau selama ni berbual di corong telefon akulah si mulut laser, akulah nenek kebayan yang asik membebel, akulah pembuli nombor satu tapi bila berdepan aku jadi kelu. Sah! aku dilamun cinta. Dengan sahabat baikku? owh tidak! aku tak rela.

"Awak tak sihat ke? kenapa macam ada yang tak kena. Elo, mana pergi lawak bodoh awak selama ni? mana pergi mulut becok awak?" Izham mengetuk-ngetuk lututku dengan botol air mineralnya.

"Er...saya segan la jumpa awak, hihihi"Akhirnya aku mengaku juga. Memang nampak bodoh tapi memang aku tak mampu nak duduk lama berdepan dengan Izham. Telan air liur pun aku boleh dengar bunyinya. Degup jantung sendiri pun aku dengar rentaknya, mau pitam jadinya berdepan dengan Izham.

"Lawak la awak ni Hanim, dengan saya pun nak segan. Kenal dah lama, borak tiap hari, tup-tup jumpa jadi segan macam gadis melayu terakhir ni apasal."berderai tawa Izham dan aku hanya terkulat-kulat seorang diri. Apasalah aku rasa sangat teruk?

Rasa teruk tu akibat aku celaru meletak perasaan. Antara rasa cinta dan sayang terhadap sahabat. Ya aku yang salah dalam hal ini, sebaiknya aku patah semula kepada perjanjian kami untuk setia jadi sahabat antara satu sama lain ke akhir hayat. antara sahabat dan kekasih, aku pilih Izham sebagai sahabat aku ke akhir nyawa, kerana sahabat tidak mungkin meninggalkan aku, tetapi kekasih akan beralih kasih atas kekurangan diri ini...

Kasihku buat sahabat tak bertepi, tak bersyarat...namun kasihku buat kekasih pastinya punya beberapa syarat tertentu. Pasti Izham menemui insan yang lebih hebat sebagai kekasih suatu hari nanti, tapi sahabat yang sebaik aku mungkin sukar untuk Izham miliki....


2 comments:

antara said...

mungkin boleh cuba jenguk2 ke sini --> http://mrazqi88.blogspot.com/ jugak. untuk idea, ilham, mungkin. ^^

Arryana Nasution said...

(^_^)
saya enjoy baca cerpen ni..
keep up da good work~