Tuesday 27 November 2012

Cerpen: Bila Benci Bertukar RinduEp-2

Episod 1

"Mek, ni air ni. Sori deh, makan dulu tadi. Perut dok nyanyi dari tadi...ni saya ada bungkus nasi goreng kapung tuk mek." abang Din hulurkan makanan dengan air yang aku pesan. "Berapa ringgit ni abang Din?" aku terkial-kial menyeluk poket dengan tangan kiri sementara tangan kanan masih memegang air yang senior singa aku belanja tadi.

"Toksah bayar lah mek, ambe belanje arini." abang Din berlalu sambil tersenyum manis. Perghh cair...pertama kali cair dapat senyuman ikhlas dari si kulit hitam manis. Arghh agak menghairankan. Bagaimana aku tercair dengan senyuman itu? mungkin kerana ia sangat ikhlas atau.....ia ada agenda lain. Ye la, bagi air free siap ada nasi goreng kampung lagi tu. Tapi, aku benci orang panggil aku mek! siyes telinga aku agak geli mendengar orang panggil aku mek. Ello, aku orang johor okey!

"Abang Din! terima kasih deh." aku menjerit ucapkan terima kasih. Abang din cuma berpaling dan menaikkan ibu jarinya.
"Wah, murah rezeki awak hari ni, tadi saya belanja air horlick, ni dapat lagi air yang sama. Memang suka air ni ye?" abang senior bertanya. 
"Erm..memang air kesukaan saya pun, dan kebetulan nasi goreng kampung ni pun kegemaran saya. Aku menjawab ringkas.

"Makan?" pelawa ku antara ikhlas dan tidak sambil menyuap. Bersahaja makan depan jejaka kacak tu tanpa rasa segan. Pergh terbaik la kau Lyz. Buat-buat brutal depan jejaka kacak terpaksa aku lakukan demi mengawal debaran dada yang datang berirama jazz ni dada ku ini. Jazz la sangat Lyz...hahaha.

"Sila-sila, abang dah makan tadi sebelum belikan air ni.Tau nama abang tak?" dia menyoal lagi. "Err tak tau, saya kan budak baru... " aku menjawab sambil mengeyit mata. "Abang ni biro agama, dalam kursus kita orang panggil ustaz. Tiap part ada ustaz kan. Nama abang Azman Khairuddin. Panggil Azman saja." senior garang ni ustaz rupanya. Err ustaz perlu garang ke, ingat KG je perlu garang. Tiap ketua part kami dipanggil KG. Apa makna KG? ketua group? Keling Giler? ahaha...aku pun tak kaji lagi. Tapi ustaz tu aku tau biasanya baik je, dan ada ustazah. Aku lah ustazahnya. Entah kenapa mereka lantik aku jadi ustazah. aku syak sebab aku paling pendiam dan nampak baik kot? kah kah kah...baik ke muka kau Lyz? nampak baik okey! nampak baik bukan bermakna baik pun. ehehe

"Ustaz pun garang?" aku bertanya dengan muka blur? hahahaha...tak kira la ustaz ke siapa. Masa roll call semua senior garang kan?masa kat kolej ke, dekat library atau cafe tak garang kan? sebab tu junior boleh main mata lagi kan?" abang garang memperli...
"Uhuk uhuk...tersembur nasi goreng kampung dari mulutku. Sakitnya dada dan tekak. Dah la pedas, tersedak pula. Hidung dan mata sampai berair dibuatnya. 

"Minum air, abang tak niat nak perli pun. Terasa ke? ada selalu main mata dengan senior di library ye?" hahahahahaha...panjang sungguh tawa abang Azman. Dia perasan aku selalu curi pandang dia? huhuhu..malu!Air ku sedut perlahan. Berharap pedih tekak ni cepat menghilang. Air mata yang tersisa aku sapu dengan sapu tangan yang abang Azman hulurkan tadi. Arghhhh cair, dia hanya memerhatikan aku dengan senyuman nipisnya. Tolongggggggggggggggggggggggggggggg...ni dah ke berat. Jangan cari nahas berpacaran dengan senior sendiri Lyz. Ingat, mata senior semua tertumpu ke arah kau! Senior part 5, part 4, part 3...semua memandang kau macam harimau nak baham si kancil. Senior siswi pula bagai nak siat-siat kulit kau Lyz, berani kau duduk bersembang dengan senior kacak ni. Cermin muka Lyz, cermin muka kau.

"Dah, dah...jangan asik nak bertenet bawah pokok togey tu. Jom mula kerja, rehat dah habis ni." encik Hamzah memanggil aku dan untuk memulakan semula praktikal kami selepas  waktu rehat tamat. Err pokok togey? sinis sungguh lawak encik Hamzah. Lelaki ni mungkin berumur akhir 30-an. Nampak tegas tapi cepat mesra. Mungkin dia peramah dan anggap kami bagai anak-anaknya di sini. Setiap langkah kami di pesan supaya mementingkan aspek keselamatan." Jumpa lagi Lyz, nampak abang jangan la tak asik curi pandang, tegur je la..." abang Azman berlalu sambil mengenyitkan mata kirinya. Ahaha....aku terpukul. Nampaknya aktiviti menskodeng senior kacak yang aku lakukan beberapa kali haritu telah menjerat diri sendiri. Entah-entah tadi kena denda teruk sebab dia perasan siapa aku? huhu...malas nak fikir. Sendiri buat salah, padan muka kau Lyz.

******
Minggu ni berjalan begitu pantas. Entah kenapa banyak sekali aktiviti wajib yang kami pelajar part 1 perlu hadiri. "Shima, orang jual apa ye ramai-ramai tu?" aku menuding jari ke arah sekelompok manusia yang mengerumuni meja di bawah block I. "Oooo tu mereka buat dedication. Kalau kau ada rasa nak bagi siapa-siapa hadiah boleh la. Tapi kau kena tau dia block mana, bilik mana. Biasanya kalau siapa dapat banyak hadiah tu dikira retis la kat sini." Shima menerangkan serba sedikit. Hurm..menarik, tapi aku nak bagi siapa? tak minat langsung nak bagi orang hadiah bagai ni. Beli keropok lekor panas kat cafe makngah lagi bagus. Kenyang perut kau Lyz...hati aku berkata-kata.

"Nak singgah tengok tak?" shima bertanya lagi.
"Aku tak rasa nak bagi sesiapa pun..." aku menarik tangan Shima berlalu pergi. Aku nampak kelibat abang Azman di sana. Sibuk memilih hadiah. Hurm...boleh tahan romeo juga abang Azman ni. Ada mata air rupanya. Sentap pula aku rasa, ye la...siapalah gadis bertuah yang abang Azman puja tu ye. Eh, bagi hadiah perlu ke ada perasaan? "Wei, ajak singgah tak nak. Tapi dok toleh lagi." Shima memukul aku dengan fail di tangannya. Aku terkekek-kekek tergelak. Memang aku tertoleh-toleh nak tengok hadiah apalah yang senior kacak ku pilih.

Tuk tuk tuk
Special delivery!!!!!!!!!!!!!

Dua orang gadis datang menyerbu bilik kami. Aku dan kak Lela berpandangan. "Untuk siapa?" kak Lela bertanya." Ada orang nama Lyz Atikah DPIM part 1 di sini tak?" salah seorang dari mereka membelek kertas di tangan. " Haa..ada, ni yang comel ni la orangnya." kak Lela menunjukkan aku ke arah mereka. "Siapa pengirimnya?" aku tergagap bertanya.
"Maaf cik, dia tulis AK saja." mereka menjawab.


Selesai menanda tangan kertas yang dihulur aku menyambut kotak yang diberi. Mau pitam aku tengok hadiah yang ada. "Wah, dapat 7 pasu kaktus berbagai jenis." kak Lela menjerit teruja. Aku mati kata-kata. Siapa pengirimnya? AK...adakah Azman Kairuddin? abang senior yang kacak tu? abang yang garang tu? huhu...tiba-tiba rasa meluat. Dah la dendaaku sampai separuh mati. Garang macam nak telan orang.

"Lyz, siapa bagi?" aku hanya mengangkat bahu tak mampu menjawab soalan kak Lela. Aku susun pasu comel tersebut berdepan dengan meja study ku. Cantik, pasu pelbagai warna. Kaktus pelbagai rupa. Aku gembira walau aku tak tau siapa yang mengirimnya. 

*****
Mujur dapat kaktus. Kalau balik kampung aku tak la risau pokok aku mati tak bersiram. Namun aku sentiasa menjaga baik pasu kaktus ni. Cantik, siapakah pemberinya? 

"Lyz, ada hadiah ni!" Linda roomate aku menyerahkan hadiah kepadaku. "Untuk aku? aku bertanya meminta kepastian. Setahu aku minggu orang sibuk bagi hadiah tu dah habis. "Ye la, untuk kau la...peminat mana pulak tu?" Linda terkekek-kekek gelakkan aku. 
"Coklat tu...untung la ada peminat kan kak Lela?" Linda sedikit mengejek. 
"Ala.. okey apa dapat coklat. Boleh makan sama-sama dengan korang. Dapat tiga kotak pulak tu, pelbagai rasa. Okey la kan?" aku meredakan perasaan Linda. Mungkin dia sedikit iri dari minggu lalu aku dapat hadiah. Selain tujuh pasu kaktus dari AK, aku dapat 5 hadiah kecil yang lain. Minggu ni dapat coklat pula. Memang la Linda cemburu kot.

"Linda...itu rezeki. Aku pun tak sangka la. Kau ni pun." aku menjawab lemah. Mungkin dia bergurau tapi aku sedikit kurang senang dengan sikap Linda tadi. 
"Lyz, kak Lela nak turun makan, nak ikut?" kak Lela segera menyarung tudung dan mencapai cardigannya.
"Jap, nak join. Duit dah menipis, makan kat dewan makan je la minggu ni...hihi." aku segera menjawab dan menyarung tudung juga. Malas nak melayan perangai Linda yang semakin aneh. Lagi pun Linda berlainan kursus dengan kami. Dia budak perkayuan. Linda ni banyak tahun lebih tua dariku, tapi aku tak tahu berapa umur sebenar dia. Dia jarang lepak dengan kami di bilik ni. Biasanya dia akan pulang lewat malam untuk tidur saja. Masa dihabiskan bersama kawan baiknya di bilik hujung level tu.

*****
Kelas matematik berjalan lancar. Alhamdulillah aku mudah faham cik Hidayah mengajar. Dia ni peramah dan layan kami macam kawan-kawan saja. Cuma dia lebih rajin layan soalan dari pelajar lelaki. Biasanya kalau siswa tu dia lebih kerap panggil abang Din membantu dia memadam papan putih atau membantu edar nota atau apa saja. Kalau aku dan abang Din plan nak pergi minum sesudah kelas pasti dia meminta bantuan abang Din menghantar buku atau sebagainya. Mungkin sikap abang Din yang peramah tu berjaya mencuri perhatiannya.

Sejak abang Din belanja aku nasi goreng tempoh hari, aku dan dia semakin akrab. Dia kerap juga ajak aku dan kak Lela minum bersama. Orang peramah, banyak pula perkara yang kami sembangkan. Pertama kali aku senang mendekati orang kelantan. Ye la, aku bukan faham sangat dengan bahasa mereka ni. Tapi sebab aku rapat dengan kak Lela, apa tak faham kak Lela tukang translate kan kepadaku.

"Lyz, esok khamis. Jangan lewat lagi roll call esok ." abang Din mengingatkan.
"Ha la...boleh je dah bangun menung lagi. Lepas tu lewat kena denda sampai pengsan. Dah pengsan boleh pula lepak dengan senior tu sembang berjam. Kalau kita, tak nak tengok dah muka orang yang denda kita tu. Kan judin?" kak Lela menghantam aku. Aku hilang kata-kata...hanya senyum tersenyum tawar. Esok khamis, harap-harap esok aku tak kena denda sebab lewat lagi. Kecut perutku...huhu.

Adakah esok Azman Khairuddin akan buli aku lagi? aku berdebar-debar. Esok penyerahan pelajar part 1 kepada pelajar part 5. Part 5 ni dikira supervisor dalam kursus kami. Adakah mereka sama garang macam part 6? err aku berdebar-debar.

bersambung....


2 comments:

Unknown said...

npe bersambung kak?

#takmo la ade verification ni. adik akk da la rabun haha

Unknown said...

@iffah-err sori.dah buang dah verification tu. err psl bersambung mmg sengaja tulis cerpen bersiri.xoxoxo