Tuesday 27 November 2012

Cerpen:Bila Benci Bertukar Rindu Ep1

Kring!!!!!
Jam loceng aku dah berbunyi. Arghh malasnya nak bangun dari katil ni. Sejuk dan rasa lenguh- lenguh. Terasa nak sambung tidur sampai cerah. Agak-agak pagi ni senior yang botak tu turun tak? err...aku malas nak tengok muka dia yang macam jin tu!

"Lyz, tak bangun lagi?" suara kak Lela menamatkan khayalan aku. Kak Lela berlalu bersama tuala mandinya. Segera aku terjun dari katil dan membontoti kak Lela. Dasar penakut, nak mandi seawal 5.20 pagi seorang diri bukan satu perkara mudah buat aku yang penakut ni.

"Kak Lela, dah siap mandi panggil tau, jangan tinggal saya sorang-sorang pula!" aku sempat berpesan agar kak Lela tak tinggalkan aku sendirian. Pernah suatu ketika dulu seorang siswi nampak kelibat wanita berambut panjang di dalam tandas ketika mandi awal pagi sebelum subuh. Sejak tu kami tak berani nak mandi awal pagi sendirian, lebih-lebih lagi aku yang penakut ni.

"Dah tau penakut bangun pagi liat, mandi meleceh. Rasa-rasa nak kena denda dengan KG part 6 ke?" kak Lela dah mula membebel, segera aku sudahkan mandi dan berlari mengejar langkah kak Lela yang sudah meninggalkan aku. 

"Lyz, akak rasa kita tak sempat nak sarapan kat bawah, makan roti je lah ye?"kak Lela bagi cadangan. Nak roll call pukul 6 pagi tapi masih ada di bilik time gini. 
"Takpa kak, asal jangan kena lari keliling bangunan AE sudah la. Saya tak sanggup kena denda dengan senior part six yang garang macam harimau belang tu." aku melepaskan amarah di dada. Sejak orientasi lagi senior asik cari pasal dengan aku. Unity? huh, aku tak rasa tang mana unity kalau asik herdik dan buli aku macam aku ni pesalah jenayah berat. Inikah cara pelajar perladangan di layan? aku blur

Kami segara memasukkan roti untuk bekalan kami dan mencapai kasut untuk menghadapi roll call yang 'indah' di pagi khamis. Indah la sangat kan Lyz? menghadap muka senior yang macam warden penjara yang bersedia mencari silap saja untuk buat serang hendap. 

"Lyz, lari jom...dah tak sempat ni. Dah dekat pukul 6 ni." kak Lela mengajak aku berlari menuju kawan-kawan yang dah siap berbaris di hadapan senior. 
"Kak, saya tak larat nak lari, akak lari lah. Takpa kalau saya seorang yang kena denda. Akak pergi cepat kak!" aku melajukan langkah dan terus berharap agar sempat sampai ke sana. 
"Tapi nanti Lyz kena denda?" kak Lela mungkin berasa kasihan terhadapku, tapi mana mungkin aku biarkan kak Lela sama-sama kena denda bersama aku.
"Pergi lah..tinggalkan saya. Saya okey." Aku berikan senyuman ikhlas buat kak Lela dan akhirnya laju saja kak Lela berlari meninggal kan aku.

"Wei.... lenggok bukan main. Cat walk ke apa ni? datang ladang lenggang kangkong!. Teringin sangat nak rasa kena denda?" satu suara menjerit ke arah ku. Suara senior part 6. Bukan aku tak mahu lari cuma aku memang tak kuat untuk lari. Aku melajukan langkah. Semakin laju ku hayun tapak kaki ini semakin deras ombakan dadaku. Bagai paluan gendang dum dam dum dam! arghhh aku rasa bagai nak pitam. Perut ku mula rasa sakit di sebelah kiri. Pedih!

"10, 9, 8, 7, 6, 5...." mereka mengira...aku teruskan berlari. Masih berlari walau aku tahu aku tak sempat sampai tepat pada waktunya. 

"Oi, tak payah la masuk barisan kalau dah lambat. Berdiri sini la...aku nak tengok puas-puas muka kau yang cantik tu. Jalan macam model. Perghhh cair siot tengok muka kau pag- pagi ni." senior semakin galak perli aku. Sah, aku lah jadi bahan dendaan mereka hari ini. Bencinya......

"Maafkan saya..." aku bersuara.
"Apa? maaf? aku nak denda korang satu part lari 5 pusingan keliling bangunan AE ni boleh? sebab kau sorang, semua part kau kena denda ok tak?" dia semakin galak mengenakan aku. Wah, sekarang melibatkan semua kawan-kawan part aku pula. Kedengaran keluhan sahabat aku semua. Mana adil aku yang lambat semua di denda. Unity? aku tak sanggup mengheret mereka sama. Aku perlu bertanggung jawab atas kesilapan aku.

"Tapi abang, saya sorang yang lewat. Tak adil la buat mereka." aku membantah sambil melihat wajah-wajah sahabatku yang menunduk hampa. Ye, hampa kerana aku bakal mengheret mereka sama jalani dendaan yang meletihkan itu.

"Okey, tak mau ajak kawan berjogging sama ye? mulaianya hati kau kan?" Seniorku mengejek lagi. Aku hanya menggangguk lemah. Semua mata menumpu ke arah aku. Lemas dalam renungan yang menikam. Mata yang menikam sangat tajam bagai tembus ke dasar hati. Pandangan penuh kebencian. Unity? owh di mana unitynya...aku masih kabur tentang kalimah unity dalam bidang pengajian kami. "Tak mau kena denda sama-sama takpa. Tapi aku nak denda kau lari keliling AE ni 10 pusingan. Cepat!"

"Err 10 pusingan? " aku terkedu. "Kau nak aku tambah lagi ke?" aku hanya menggeleng laju dan memulakan larian. "Lari!!!! aku tak suruh kau jogging. aku suruh lari." herdikan demi herdikan singgah ke gegendang telingaku." Ku lajukan langkah...satu pusingan demi satu pusingan....perutku terasa semakin sakit. Bagai ditusuk pisau tajam semakin pedih. 

Habis 5 pusingan aku perlahankan langkah. Terasa kaki semakin berat. Dunia berputar laju. Semakin laju, nafasku terasa sesak. Pandangan semakin kabur. Aku perlu tamatkan segera agar dapat melegakan kesakitan ini. Kalau lah dapat aku memohon diringankan bebanan denda ini...huhu. "Cepat, kalau tak aku tambah lagi dua pusingan !"sergahan yang mampu buat lamunan aku terhenti. Nampak kelibat ketua kursus, puan Habsah. Dia hanya melihat dari jauh. Kenapa puan Habsah tak hentikan pembulian ke atas ku? arghh benci! 

"Abang, saya dah tak larat..." rayu ku sewaktu melintasi mereka dipusingan ke tujuh. "Banyak la tak larat kau! laju lagi!" hanya itu yang aku sempat dengar. Bagai ada bunyi berdesing di kedua telingaku. Pandangan semakin kabur.Peluh memercik di dahi. Kaki semakin berat dan....aku rebah akhirnya. Aku tak mampu meneruskan dendaan dari mereka. Tak punya cukup kudrat untuk aku sudahi dendaan ini. 

"Lyz, Lyz" kedengaran suara Shima. Aku membuka mata. Semua siswi ada di depanku. Ada yang mengipas, ada yang memicit lenganku, manakala ada sesetengah siswi yang senior membantu memicit kepalaku.

"Lain kali kalau rasa nak pitam bagi tau lah, jangan paksa diri. Sekarang siapa yang susah, siapa yang sakit? " suara kak Eton menasihatiku. Err maik pula kak Eton, bukan dia ke yang macam tarzan perempuan asik menjerit sama macam siswa dia juga?

"Saya dah cakap tadi saya tak larat...." aku menjawab lemah. "Erm.. Lyz, awak dengar ni. DPIM bukan macam kursus lain. Kita kena kuat mental juga. Kena tegas, kalau tak kuat, tak larat bagi tahu. Jangan asik nak menangis saja. Kalau asik menangis bila kena denda memang lah ramai yang suka ragging awak. Paham tak?" kak Eton berceramah."Yang lain pergi keluar. Seorang je tinggal sini jaga Lyz." kak Eton memberi arahan dan semua sahabatku keluar membontoti langkah kak Eton.

"Shima...aku pengsan ye?" aku berpaling ke arah Shima." Ha la...kalau dah tak sedarkan diri tu bukan pengsan ke? kau tak sihat ke?" Shima menyoal. "Sihat, cuma aku memang tak boleh lari atau buat kerja berat sangat." aku menerangkan kepada Shima. "jom la keluar, aku dah okey kot." aku mengajak Shima keluar berbaris bersama rakan lain. Terasa semua mata memandang ke arah aku...pemes seyhh! Dah la semua budak part 2- part 6 dah ada. Segan tahap gaban. Siapa yang pikul aku masuk surau tadi..err! siapa ye?

Selepas briefing dari encik Hamzah penyelia ladang, kami di beri tugasan untuk membersihkan kawasan nursery. Cantiknya semua bunga yang ada di sana. Aku ditempatkan satu kumpulan dengan kak lela, along, angah, dan tiga orang siswa lain. Belum sempat aku hafal nama siswa bertiga tu. Sempat berkenalan dengan ketiga-tiga siswa kami, namanya Ezam, Fahmi dan Judin. Judin paling bising dalam group kami. Sebaya kak Lela dan dari kelas yang sama dari pre -sain dulu. Peramah, lucu orangnya dan baik hati. Alhamdulillah kami mesra sebagai satu pasukan. 

"Dah time rehat, tak pergi cafe beli makanan?" sapa abang Din. Err takpalah abang Din, malas nak menapak jauh-jauh tu."jawab aku selamber. "Takpa, mari lah kirim, nak beli apa ye?" abang Din menawarkan diri. "Kirim horlicks air saja lah abang Din, saya tak selere nak makan." aku menyeluk poket dan memberikan duit. "Eh, nanti bayar kemudian ye..."dia berlalu pergi. 

"Assalamualaikum...sorang je?" senior yang denda aku tadi datang, dia nak suruh aku habiskan lagi tiga pusingan ke? huhu...
"Waalaikummussalam, kawan lain pergi rehat. ada yang tengok-tengok bunga." jawabku ringkas tanpa memandang muka dia. Benci, marah dan sakit hati ditambah kecut perut dengan dia yang garang tu buat aku tak mampu angkat muka.
"Kenapa tak pandang muka abang?" dia bertanya lagi.
"Err, abang nak apa? " tanya aku mendatar.

"Abang datang nak minta maaf pasal tadi. Rasanya abang dah keterlaluan denda awak. Tak patut suruh 10 pusingan kot...abang nak awak bantah dan tegas walau pada mulanya abang gembira ada sifat tanggungjawab bila awak tak mahu libatkan kawan kena denda sama. Tapi, awak bersetuju dengan 10 pusingan buat abang hairan juga."dia menerangkan...

"Takpalah abang, saya ni memang tak kuat lari pun. Saya tak larat. Benda dah jadi."aku tak berpaling langsung memandang wajah kacak jejaka disebelah ku itu. Ye, walau dia sangat garang tapi wajahnya yang kacak dan manis tu selalu aku curi pandang andai punya kesempatan. Beberapa hari lepas aku nampak dia di library. Dapat lah aku curi pandang beberapa minit. Tak sempat aku melarikan anak mata, dia dah perasan aku mencuri pandang ke arahnya. Laju-laju aku mendapatkan Suria di meja kami selepas itu.

Kali ke dua aku jumpa senior aku yang garang ni di cafe lecturer. Masa minum pagi waktu kelas matematik cik Hidayah batal. Dia minum dengan senior yang tinggi botak tu. aku tak tau nama dia apa, sempat lagi aku intai dia celah novel yang aku baca. Perghh cair, dengan mata hazel dia, berbibir merah, rambut yang beralun kemas. Kacak! bisa menggoyangkan hati aku yang cukup kukuh ni. Tapi....bila jumpa di ladang garang kemain. Benci betul aku dibuatnya. Kalau dia cool macam kat library atau cafe tu kan okey? hehe.

"Ehem, berangan apa tu, teringat pakwe di libary ke atau pakwe di cafe?" suara itu menyentapkan seleuruh lamunanku. Adussss...mana dia tau aku terbayangkan dia? argh, benci. Dia yang denda aku sampai aku pengsan. Jahat! Muka kacak tapi hati jahat nak buat apa ..."Abang minta maaf pasal tadi...maafkan tak?" dia bertanya lagi.
"Saya maafkan, saya pergi jumpa kawan kejap ye?" aku bingkas bangun mengatur langkah ke pondok bawah pokok markisa tu. Encik Hamzah dan siswi lain berkumpul di sana. Meriah sungguh nampaknya.

"Jangan lah pergi, borak la dengan abang kat sini. Nah, minum air ni. Tak tau awak suka tak horlick, main beli saja tadi." aku sambut air yang dia beri. Memang tekak dah perit, haus dan perut pun dah lapar. Abang Din dari tadi tak muncul. Ke mana dia menghilang pergi buat air atau beli air agaknya?"Terima kasih..." hanya itu mampu aku lafaskan . Segan berbual dengan senior kacak lagi garang di sebelahku. Terasa macam watak dalam novel saja, gadis comot bercengkerama dengan jejaka kacak di bawah pohon ara...ekeke. Jangan berangan la Lyz, orang kacak macam dia mana lah nak pandang gadis comot macam kau tu. sila sedar diri.

bersambung....





1 comment:

Antara said...

sambung cepat!!!