Wednesday 14 November 2012

Cerpen- Kekasih Lama

Cuaca cerah hari ni, terasa sungguh indah mentari pagi yang tersenyum girang. Segirang perasaan ku juga. Entah mengapa hati menjerit-jerit gembira tanpa alasan munasabah. Alhamdulillah Allah kurniakan keceriaan dalam hidupku walau berjuta alasan untuk murung muncul silih berganti.

tut tut tuttt iphone 4S ku berbunyi.
"Elo sayang, pagi ni jom sarapan di kampung tengah nak?" suara Yuan kedengaran.
"Kampung tengah? wahh soto! nak. Jap lagi datang ambil ye?" aku terus bersetuju. 
"Pukul 8.15 saya abang sampai" 
Lama sungguh aku dan Yuan tak bersarapan sama. Kami teramat sibuk dengan urusan kerja sampai kan tak sempat bersua muka. Apa khabar agaknya tunangku itu? makin menggebu atau semakin kurus ye? senyuman meleret terus mati tatkala terlihat jam. Ada 10 minit saja untuk bersiap sebelum Yuan sampai.

Berselera sungguh kamu bersarapan pagi ni, dengan tempe goreng berempah cicah sambal kicap, soto yang best, satay paru...sungguh membuka selera. Tanpa segan silu aku telan semua yang Yuan ambilkan untukku. Gemukkan tunang Yuan kalau makan macam ni tiap hari...hihihi. 
"Sayang, banyaknya makan? berselera sebab tengok muka abang ye?" Yuan mengusik
"Err tak la, Atie rindu nak makan soto best kat sini. Lama dah tak datang sini kan?" aku menjawab tersipu-sipu. Malunya buat perangai kuat makan depan tunang sendiri. Lagaknya macam dah seminggu tak makan. 
"Eleh, ye lah tu....padahal sebab makan depan abang, tu yang berselera tu kan?" meleret senyum Yuan tak berpenghujung. Aku dah muat muka kelat...segan!

Selepas siap bersarapan kami beli barangan basah di Giant. Ramai sungguh orang hari ni. Entah kenapa tiba-tiba Yuan merangkul bahuku. Terkedu, jarang sekali tunangku menyentuh aku walau berlapik. Hurm, aku mendongak meminta jawapan, namun dia hanya tersenyum manis. 

Beberapa langkah kemudian...

"Abang, tu Taufiq!" aku menuding ke arah pasangan bahagia yang mengendong baby comel tidak jauh dari kami.
"ooo..." Yuan hanya mengangguk. Memang Yuan kenal bekas kekasihku Taufiq. Seawal perkenalan dengannya aku telah berterus terang tentang hubungan aku yang lalu bersama Taufiq yang juga aku merupakan anak angkat kepada ibunya. Sewaktu Taufiq berkahwin dulu pun aku datang bersama Yuan.

"Assalamualaikum" sapa Yuan bersalaman dengan Taufiq.
"Waalaikumsalam...eh Atie.."Taufiq tersenyum memandang kami. Tidak pula disebut nama Yuan, mungkin Taufiq tak ingat nama Yuan memandangkan ini pertemuan kedua mereka selepas majlis perkahwinan Taufiq dulu.

Aku bersalaman dengan kak Yus isteri Taufiq, kak Yus merupakan senior aku dulu. Wajah kelat kak Yus buat aku tak senang duduk, sesekali perbualan jadi hambar memandangkan Yuan tak begitu mesra dengan Taufiq dan aku pun tak begitu mesra dengan kak Yus. 
"U tinggal mana sekarang?"aku bertanyakan kepada Taufiq
"I tinggal KL, wive dengan anak tinggal kampung dengan mertua i, ye lah...dia mengajar sini kan? Taufiq bercerita.
"Baby dah berapa bulan ni" aku mendukung baby comel Taufiq, persis wajah ayahnya...aku cukup tersentuh
"Enam bulan, mirip i kan?" Taufiq bertanya dan aku hanya mengangguk laju mengiyakan. Mungkin Taufiq dapat mengagak apa yang bermain difikiranku tadi.

Satu bab ke dua bab kami berbual, bertanya khabar mak angkatku mak jiah dan pelbagai cerita lain juga. Terubat rindu lama sungguh kami tak berbual sebegitu. Sama-sama bergenang air mata, mungkin kami terlalu teruja bertemu semula atau hanya perasaan pilu menerjah jiwa.

Ya, bagi diriku memang aku sangat pilu. Walau aku muncul bersama tunang tersayang, namun jauh di lubuk hatiku sangat terluka melihat kebahagiaan Taufiq bersama anak dan isterinya. Yuan? entah bila hilangnya. Apa yang pasti Yuan dan kak Yus hilang dalam pandangan mata. Entah bagaimana boleh kami lupakan insan tersayang saat itu. Kami tenggelam dalam dunia sendiri. Walau tak menyetuh isu masa lampau namun jelas kami gugup berbual sama. Entah mengapa, resah gelisah menyelubungi diri. Sungguh, aku benar-benar sayu atas pertemuan ini. Aku dapat menangkap linangan air mata Taufiq. Jelas...masih tersisa kenangan lalu yang masih kami simpan.

"Atie, i nak u bahagia" ucap Taufiq tatkala aku melalngkah pergi. Tak mampu aku meluahkan kata, hanya kelipan mata yang berlinangan air mata mampu aku hadiahkan buatnya sebelum perpisahan berlaku tanpa rela.

Dia cuma kekasih lama yang punya kehidupan baru begitu juga diriku. Moga ini pertemuan terakhir kami sehingga kami benar-benar bersedia menerima hakikat bahawa jodoh kami bukan bersama. Pedih tapi itulah hakikatnya!




2 comments:

Unknown said...

moga bahagia u atie selamanya..

sedihnyaaaaaa... sis tangkap sayu

Unknown said...

amin..moga2 dia bahagia sis