Thursday 4 April 2013

Cinta Di Angin Lalu-Part 1


Perpisahan yang berlaku beberapa bulan lalu amat melukakan hatiku. Namun sudah aku jangka ia akan berlaku memandangkan sikap dia yang tidak teguh pendirian dalam memperjuangkan hubungan kami. Sudah takdir tiada jodoh antara kami...aku pasrah.

Suasana amat tenang petang ini. Aku mengambil tempat duduk di bawah pokok rhu yang paling hujung sekali. Sesekali anak mata terhibur melihat seorang ayah sedang melayan anak kecilnya bermain layang-layang. Alhamdulillah percutianku di pantai dalam kampung ini amat menenangkan. Tak terfikir untuk bercuti di Kampung Paka Dungun ini pada awalnya, tapi bila Shida mencadangkan tempat ini katanya tidak ramai berkunjung ke sini walau hujung minggu aku terus saja bersetuju.

Bercuti tanpa teman memang membosankan. Namun ia juga mungkin cara terbaik untuk aku bersendirian memujuk hati yang hancur terluka. Mencari kekuatan diri untuk bangun semula.Bukan mudah tetapi aku perlu terus bangun dari menjeruk rasa dan memikirkan sesuatu yang langsung tidak menguntungkan.

"Cik Rita?" sapa seorang jejaka berbaju putih kepadaku. "Erm?" aku kehairanan...memandang tepat kewajahnya dengan penuh rasa hairan. Wajah kacak itu aku renung sedalam-dalamnya. Berkaca mata bingkai hitam, wajah mirip cina, mungkin kacukan atau mualaf mungkin. Apa yang pasti aku memang tak mengenali jejaka ini. Setahu aku cuma sahabat rapat aku geng pakcu saja yang selalu mengusik aku dengan panggilan Rita Rudeini, kononnya wajahku mirip Rita Rudaini. Walau diubah jadi Rita Rudeini aku hanya tergelak saja bila mereka mengusik. Tapi....siapakah jejaka ini?

"Maaf, assalamualaikum..." dia memberi salam. Mungkin melihat aku mematungkan diri kehairanan dengan memanggilku Cik Rita tadi buat dia rasa serba salah.

"Waalaikummussalam, siapa ni ye? err saya bukan Rita, saya Zulaikha."terangku kepada lelaki yang masih setia berdiri di hadapanku. Orangnya tidaklah tinggi mana, mungkin tinggi sedikit dariku saja anggaran 168 cm, tetapi tubuh kurusnya membuatkan dia kelihatan tinggi lampai.

Dia tersenyum manis mendengar aku menyebut nama. "Saya Aidid, maafkan saya...dai tadi saya melihat cik dari jauh. Wajah cik mirip sekali dengan wajah pelakon Rita Rudaini, sebab tu saya memanggil cik Zulaikha dengan nama cik Rita tadi. Maafkan saya ye?" dia menerangkan dengan penuh sopan. Erk! skema giler mamat ni, pakai bahasa buku, ayat tersusun macam novelis terkenal pulak...seram pula rasa nak berbual dengan mamat skema macam ni, kutuk ku di dalam hati.

"Cik Zulaikha seorang saja ke, kenapa senyum-senyum ni?" aduh, malunya...dia boleh nampak aku tersenyum sendiri. Habisla...kantoi pula nanti kalau dia tau aku kutuk dia mamat skema. Ampun!!! Tapi, sayang juga, muka kacak, senyuman manis..mata menggoda masalahnya ayat skema la pula. Kalau la gila-gila boleh aku mengurat jadi kekasih aku.Hahaha...gelak jahat dalam hati.

"Iya seorang saja, saja cuti rehatkan fikiran, encik Aidid seorang saja ke atau sedang berbulan madu?" soalan maut terus aku bagi pada abang skema ni.Hambek ko!

"Eh takla...saya seorang saja, saja jalan-jalan petang. Sebenarnya saya bercuti di rumah akak saya di sini. Tu yang jalan-jalan petang tengok ombak tu. Tak sangka terjumpa kembar Rita Rudaini pelakon pujaan hati saya pula tu." Dia tak habis-habis bergurau pasal Rita Rudaini, aku nak senyum terus tak jadi. Ketat terus urat senyum aku. Aku rasa antara aku dengan Rita lawa sangat la Rita tu, aku ni bagai langit dengan bumi kalau nak disamakan dengan pelakon cantik pujaan aku tu. Ops sama pula artis pujaan kami, tak sangka abang skema minat Rita juga..ahaha.

"Cik Zulaikha seorang kan, boleh saya duduk sama di sini? Kalau keberatan tak mengapa lah, cuma saya berhajad nak kenal lebih lagi dengan cik Zulaikha. Tapi tak elok la pula saya berdiri cik Zulaikha duduk kan? macam ada jurang pula antara kita." berkerut dahiku cuma mendengar tiap patah ayat abang skema ni. Memang bahasa buku betul la mamat ni. Agaknya mak dia cikgu bahasa melayu kot? atau ayah dia ke? 

"Duduk saja lah awak, bukan bangku saya pun ni. Saya pun tumpang duduk je kat sini."Aku menjarak sedikit ke tepi agar tidak bersentuhan bahu pula nanti bila abang skema ni duduk sebelah aku. Glurp..wanginya mamat ni. Datang pantai wangi gini, kalau dating sebaldi minyak wangi dia guna kot. Haish yang aku ni mematungkan diri kenapa? mulut tak reti nak tanya apa-apa ke Zulaikha oi, nanti orang kata kau sombong kau marah. Dari tadi asik mengutuk mamat ni skema la, ayat buku la, mandi minyak wangi la. Dup dap dup dap....aku tak boleh sebenarnya duduk sebelah mamat kacak sebenarnya..haha. Kantoi!

"Tak mengapa saya duduk berbual dengan cik Zulaikha?" Aidid mula bertanya selepas sibuk membersihkan kasutnya dari pasir yang melekat. Pelik kan...dah tau nak ke pantai pakai la selipar, pakai kasut memang la lekat pasir. Skema nya lahai mamat ni.Kutuk aku lagi dalam hati. Kutuk dalam hati ni memang syok, cakap je apa nak cakap bukan dia dengar.

"Cik Zulaikha dah habis kutuk saya?" glurp...dia dengar ke? aduhhh . Eh tak kan dia dengar aku kutuk dalam hati? 

"Mata cik Zulaikha cantik, lebih cantik dari mata Rita Rudaini. Ikhlas ni saya puji, mata cik Zulaikha hazel dan kalau pandang macam mata arab. Sesuailah dengan nama Zulaikha tu." Beriya-iya Aidid memuji aku. 

"Aidid, tadi awak kata saya kutuk awak. Bila saya kutuk awak? kenapa awak kata saya kutuk awak?" aku mula membela diri, padahal memang aku kutuk pun dia. Saja nak tau kenapa dia rasa aku kutuk dia.

"Saya tau la...mimik muka cik Zulaikha pandang saya masa saya bercakap pun saya boleh agak cik Zulaikha kutuk ayat saya kan? Bila saya bersihkan kasut saya sampai berkerut dahi cik Zulaikha." Dia ketawa bila melihat aku memuncungkan mulut secara spontan. "Mengaku lah ni kan?" pergh...terperangkap akhirnya.

"Ayat awak tu, macam ayat buku. Skema sangat la...awak santai-santai dah la borak dengan saya. Saya tak biasala cakap ayat macam buku ni. Saya ni gila-gila orangnya, tak reti nak sopan macam awak. Takpa ke?" aku berterus-terang.

"Cik Zulaikha, saya dah biasa cakap macam ni. Tak rasa pelik pun, tak mengapa la kalau cik Zulaikha nak cakap macam mana pun saya tak kisah pun. Tak jadi syarat sah untuk berkawan pun kan perbezaan yang ada tu?" Aidid cukup pintar berkata-kata. Walau ayat buku dia bagi kat aku tapi ayat nya cukup tersusun dan penuh makna. Cukup menenangkan dengan suara nya yang merendah saja bila bersuara. Senyumnya bercahaya, matanya bagai punya sejuta lampu neon di dalamnya. Boleh mati terpesona aku kalau tiap hari kena berdepan dengan mamat skema ni..eh mamat kacak ni. Ye dia sungguh sempurna di mataku, dengan jeans hitamnya, t-shirt round neck yang dipakai tidak mencacatkan penampilannya walau aku lebih suka lelaki pakai t-shirt berkolar. Mungkin sebab da pakai putih, aku terus cair. Putih kan warna kegemaranku.Rambutnya berombak, cermin mata bingkai hitamnya menambah kekacakan wajahnya. Mak aii smart giler mamat ni, siapakah dia...seorang pensyarah? doktor? peguam? ohoho...kalau kerja bagus-bagus mati dan hidup semula sepuluh kali pun aku tak berani mengurat. Bagai pipit bertemu enggang.

Ombak menghempas pantas dengan begitu lembut. Sesekali aku tergelak juga dengan lawak Aidid. Lama sungguh aku tak ketawa sejak 4 bulan lepas. Sejak peristiwa duka itu. Aididlah insan pertama yang berjaya buat aku ketawa, buat aku tersenyum. Putera mana yang tiba-tiba muncul ni? Jiwa terbuai dengan kehadirannya. Amat menghiburkan....

"Okey awak, saya pulang dulu, jauh juga rumah akak dari sini. 15 minit juga. Tapi kalau awak tak kisah boleh juga saya tumpang solat bilik awak kot?" Aidid mengusik aku. Dah mesra tak perlu dah cik Zulaikha bagai..aku suruh dia panggil aku Zue saja. 

"Berani la..kena tangkap basah pula nanti." aku menjeling tajam. Dia hanya tergelak mendengar luahan hatiku. Sebenarnya kami merancang untuk makan malam bersama selepas maghrib nanti. 

"Saya usik saja la...takpa, saya balik dulu, awak siap-siap nanti tunggu saya di lobi pukul 8 suku macam kita janji tadi ya." Aidid mengulang kembali apa yang kami janjikan dengan senyuman yang masih tersisa di bibirnya. Manisnya senyuman...agaknya mak dia dulu masa mengandung telan madu tiap hari kot sampai dapat anak semanis dia? hehehe...kutuk lagi kutuk ..dia bukan dengar.

Beriringan jalan buat aku rasa berdebar. Bagai dipalu jantungku beriringan dengan Aidid. Ternyata banyak mata yang mengerling ke arah kami. Mungkin cemburu kot sebab aku berdampingan dengan mamat kacak ni. Macam pelakon indonesia kacukan belanda...haaa kacak la kan? auw auw pitam! 

Mungkin kami nampak sedondon memandangkan aku juga bertudung bawal warna putih dan berskirt labuh bunga pink bertanah putih dan memakai peplum pink berbunga putih. Orang ingat dia kekasih aku atau orang kutuk kata aku tak layak jalan dengan mamat ni ek? aduhh rasa macam pincang pula kaki nak jalan sebelah mamat kacak ni. Sebelum ni kan pakwe aku mana ada yang super kacak. Manis tu adalah...tapi tak la taraf ala-ala model gini. Sekejap saja dah sampai pintu bilikku...Aidid beredar pulang dan aku perlu bersiap nak dating. Ops, DATING???

bersambung...


No comments: