Thursday 11 April 2013

Cinta Di Angin Lalu Part-4

Part-1
Part-2
Part-3

Dah tengah hari baru kami sampai di Kuala Terengganu. Tak sangka Aidid jadi pemandu pelancong buat diriku sepanjang aku bercuti di sini. Ditemani jejaka kacak ni kadang kala aku senang dan terhibur tapi selalu juga resah dek panahan matanya yang bersinar itu. Seperti ada maksud tersirat ingin di sampaikan kepadaku namun aku tak mengerti apakah yang cuba cahaya itu sampaikan. 

"Hurm..nak ke mana ni?" Aidid memecahkan kesunyian, hampir separuh dari perjalanan aku tidur di dalam kereta. Kesian Aidid terpaksa memandu berseorangan sedangkan aku lena diulit mimpi-mimpi indah bersama Eqbal? Eqbal! arghh letih aku. Sungguh meletihkan. Dah la Eqbal muncul tanpa isyarat, tak aku sangka akan bertemu dengannya secara tiba-tiba, ini siap masuk ke dalam mimpi ku lagi. Kejamnya Eqbal...masuk mimpi aku tak bagi salam... aku tersenyum sendirian. Bukan senyum apa, senyum sebab dapat coklat dari Eqbal seperti selalu..seperti dulu-dulu. Hurm...lamanya tak makan coklat, lamanya tak dilayan bagaikan puteri oleh Eqbal seperti dulu.

"Haip..apa ni senyum sorang-sorang. Mimpi kan I ke tadi masa tido ni?" Aidid mengusik. Mungkin dia ternampak aku tersenyum seorang diri melayan khayalan yang tak bertepi.

"Erk..eh tak la. I mimpikan Ady Putra tadi. U kenal kan pelakon kacak lagi bergaya berlesung pipit tu. Aha...dia lamar i dalam mimpi. Tu yang i senyum tak henti-henti tu." aku cuba berseloroh. Aidid mula mencebik, mungkin geli mendengar angan-anganku dilamar Ady Putra. Aku hanya tergelak nakal. Seronok mempermainkan Aidid. Terasa mempermainkan Aidid menjadi hobi baru yang sangat menarik sejak akhir-akhir ini. Sungguh aku bahagia bersama lelaki ini. Bahagia?

"Cepat la cakap, nak ke mana dulu ni. Pasar payang or Taman Tamadun Islam? " Aidid memberi idea. 

"Taman Tamadun Islam...saya teringin nak ke sana. Pernah nampak dalam tv. Nampak menarik!" 

Dalam 10 minit kemudian Aidid sudah memberhentikan kereta betul-betul di hadapan taman momonumen ini. Yeay! akhirnya sampai juga aku di sini ditemani insan yang baik hati ni. 

"Zue, u tolong belikan i air dulu. I nak beli tiket." Aidid menghulurkan duit dan berlalu pergi. Aku dah tercengang bagai budak 5 tahun dapat duit sepuloh ringgit. Bukan jakun sebab dapat duit tapi...perlu ke dia bagi aku duit untuk air seringgit dua? arghh stress aku dengan mamat skema ni.

Harga tiket RM15 untuk seorang..ternyata tidak berapa ramai pengunjung yang hadir pada hari ini bersama rombongan encik Aidid kita ni..hehe. Dalam taman tamadun ni terdapat banyak monumenyang menarik di seluruh dunia. Ada terdapat juga masjid al haram, masjid al- aqsa, Taj-mahal dan banyak lagi yang menarik di dalam ni. Dalam sesetengah masjid sia ada galery yang berhawa dingin. Lega juga dapat menumpang menyejukkan badan...haha. Siyes keji perangai aku kan? Aidid cuma mampu menggeleng kepala menghadap perangai keanak-anakan aku. Nasib la kau Aidid..layankan sajala...nanti tak jumpa aku lagi sure dia rindu perangai buruk aku ni. Aku tergelak dalam hati melihat Aidid yang setia bersama payungnya yang digunakan untuk memayungkan aku. Asik merungut panas akhirnya Aidid berlari semula ke kereta mencari payung untuk memayungkan aku.

"You, kita naik basikal nak? aduh..tak larat la nak jalan kaki!" aku teruja nak mengayuh basikal. Kaki dah lenguh berjalan, nampak basikal terasa bersemangat semula. 

"Naik basikal apanya dengan tou yang berskirt bagai tu?" Aidid kehairanan. "Lorhh saya pakai skirt labuh, takda tersingkapnya pun kalau setakat kayuh basikal ni. Awak akan terasa bangga mengayuh basikal di sebelah saya yang ala-ala gadis korea berskirt kembang ni nanti tau." Aku mengusik Aidid. Segera aku bayar RM10 untuk basikal aku dan Aidid. Tak sempat berfikir lagi aku dah buatkan keputusan untuk Aidid. 

"Awak ni tak tanya saya setuju ke tak terus bayar je kan?" muka Aidid mula menunjukkan riak cemberut. Erkk marah ke?

"Awak tercegat situ fikir punya la lama. Jom la,please... "aku seakan merayu dan mula buat muka secomel mungkin untuk memujuk Aidid semula.

"Yela..yela, dah tu payung ni macam mana?" Aidid menunjukkan payung yang masih dipegangnya. Nak tergelak juga aku tengok muka Aidid, dengan payung lagi, air yang di tangannya masih berbaki separuh lagi. Segera aku capai payung dan air di tangannya. Aku sedut sampai habis air lebihnya tadi dan berlari tersu membuang cawan plastik tadi ke dalam tong sampah. Aku lajukan langkah menuju ke arah pengawal yang menjaga di pintu tiket dan meminta dia menjagakan payung 'kesayangan' Aidid tadi. Dari jauh aku nampak Aidid tersenyum lebar. Mungkin agak terkejut dengan reaksi spontan aku yang menghabiskan airnya dan menumpangkan payung bagi memudahkan dia mengayuh basikal.

"Kalau i haus mengayuh basikal awak ganti semula air tadi tau." Aidid seakan mengugut sambil mengecil kan matanya. Ciss nak ugut aku, mata dah sepet lagi nak sepetkan lagi. Ingat kacak sangat ke buat muka macam tu ha? Ops memang kacak pun, hampir saja aku angau dibuatnya.

"Eleyh, setakata air tu 10 cawan pun saya boleh belikan nanti. Jom!" aku mula mengayuh laju, aku tinnggalkan Aidid yang masih tercegat di situ. Ternyata berskirt kembang agak sukar untuk aku mengayuh laju. Terasa berat skirt dipenuhi angin. Kembang semacam la pulak. Kami berkayuh dan berhenti di setiap tempat sambil bergambar. Ada juga sekeping dua gambar kami bersama. Ermm mungkin akan jadi kenangan apabila aku mulai rindu dengan jejaka ni nanti.Aku mengajak Aidid berhenti berehat sebentar. Peluh mula memrcik di dahiku, pandangan mula gelap. Aku kehabisan tenaga, dengan panas yang teramat sangat , perut lapar, aku rasa dah mula nak pitam. Denyutan jantungku dah macam ultraman kekurangan tenaga, bip bip bip.

"Eqbal?" aku terjerit sedikit apabila Eqbal betul-betul berada di depanku sambil menghulurkan kinder bueno coklat kegemaranku yang sering dia hadiahkan saban minggu suatu ketika dulu jika dia keluar ke bandar. 

"Nak pitam ke? sakan sangat mengayuh basikal sampai habis tenaga. Makan coklat ni dulu." Eqbal terus berlalu pergi. Aidid terpaku dan merenungku tajam. Sukar untuk aku tafsirkan renungannya. Aku yang masih terkejut dengan kahadiran mengejut Eqbal terus duduk dan menekup wajahku. Kepalaku mula berdenyut dan pandangan semakin kabur. 

"Siapa dia, Eqbal tu kekasih awak?" perlahan saja suara Aidid seakan berbisik di cuping telingaku. Aku menggeleng laju. Bibir terkunci, ye, Eqbal bukan kekasihku, bukan juga bekas kekasihku. Namun itulah wajah yang aku rindukan saban hari. Itulah insan yang aku sering dambakan saat aku kesedihan. Aku sangat rindukan lelaki itu. Aku rindukan senyumannya, aku rindukan lesung pipitnya, aku rindukan mata bundarnya, aku rindukan kata-kata semangatnya. Aku rindukan kerutan dahinya yang sentiasa risaukan kesihatanku. Aku rindukan semuanya, dia hilang saat aku menolak kehadirannya, kini dia muncul lagi saat aku benar-benar memerlukan kehadirannya. Saat aku jatuh tersungkur di dalam kegelapan yang pekat dan berlumpur.

Melihat aku tidak berniat untuk bercerita Aidid berlaku pergi. Aku hanya menghantar langkahnya dengan pandangan mata yang semakin mula berkaca dengan air mata. Aku sendiri tidak pasti adakah itu air mata untuk pertemuan semula dengan Eqbal atau kerana aku pitam.  Aidid berlari anak mendapatkanku dengan membawa sebotol air mineral. 

"Minum ni, kenapa tak cakap dengan saya nak pitam?" Aidid membuka botol air untukuku dan menyuakan ke bibirku.

"Saya tak boleh letih, memang cepat nak pitam." aku membalas ringkas sambil menghadiahkan senyuman buatnya. Tak mampu melafaskan terima kasih. Hanya dengan kerlipan mata saja aku mampu lahirkan ucapan itu. Dia terlalu baik! Sungguh, aku terlah mula jatuh hati dengannya. Coklat pemberian Eqbal aku buka dan aku patahkan sedikit untuk Aidid. Ku suap terus ke mulutnya. Seakan terpaksa dia mengunyah dalam kepayahan. Mungkin kerana ia pemberian Eqbal atau juga mungkin dia tidak menyukai coklat. Arghh lantak la. Apa yang aku tahu aku ingin setiap detik menyuapi mulut Aidid dengan penuh kasih sayang. Walau dia tidak mungkin tahu apa yang bersarang di hatiku, namun tak salah jika aku melayaninya dengan sepenuh kasih sayang yang aku mampu berikan.

"Dia ikut kita? siapa Eqbal?" sekali lagi soalan itu keluar dari mulut Aidid.

"Saya rasa memang dia ikut kita. Dia Eqbal...kami terpisah tujuh tahun yang lalu. Dia sahabat baik saya sejak saya dari part 1 lagi. Kami sangat rapat, dia sentiasa menjadi tempat untuk saya meluah rasa sedih dan gembira. Tempat saya berkongsi suka duka sepanjang tiga tahun berada di bumi asing itu. Eqbal menjaga saya umpama menjaga nyawanya sendiri. Eqbal tahu saya akan pitam jika penat. Dalam begnya sentiasa ada coklat dan gula-gula kegemaran saya. Jika saya mula pitam dia akan memberikan saya coklat untuk bekalkan tenaga buat saya. Semua rakan menganggap kami berdua bercinta padahal tidak sebenarnya. Eqbal umpama payung yang sentiasa memayungi saya. Walau saya hampir tidak boleh hidup tanpanya tetapi tidak pernah sekali kata-kata sayang terlafaz dari bibirnya.Saya sedar, mungkin hubungan kami sekadar sahabat sejati. Tidak akan pernah lebih dari itu. Sampailah suatu ketika di saat kami sedang sibuk menghadapi final exam saya didatangi seorang senior lelaki yang saya tidak berapa kenal. Senior part 7 tu sebenarnya sebaya kami cuma dia repeat beberapa paper yang dia tidak ambil akibat kemalangan."

"Apa jadi selepas tu?" Aidid mencelah. Nampak seperti dia sangat berminat ingin mengetahui siapa Eqbal dalam hidupku. Aku senyum dan kembali bercerita hinggalah mengapa Eqbal hilang terus dalam hidupku.

"Mungkin dia ada perasaan terhadap awak, sebab tu dia membawa diri selepas awak terima lelaki tu" Aidid cuba membuat andaian. 

"Masalahnya, saya ni perempuan. Tiga tahun kami akrab, susah senang bersama. Mustahil tiada rasa sayang bersarang di hati saya. Tapi takkan saya nak luahkan perasaan saya terlebih dahulu? " aku merenung mata Aidid minta difahami. Aku benar-benar terluka. Amat terluka dengan kehadiran Eqbal. Aku marah apabila Eqbal menghilangkan diri. Dia mungkir janji. Dia selalu berjanji akan menjagaku dengan nyawanya walau aku telah punyai suami suatu ketika nanti. Kata-kata yang membuatkan aku yakin dia tidak menaruh sebarang perasaan terhadapku, kata-kata yang membuatkan aku pedih kerana aku amat berharap dia juga menyintaiku seperti mana perasaan aku terhadapnya. Tetapi Eqbal hilang selepas hari terakhir peperiksaan tanpa pesan. Puas aku hubunginya tetapi masih tidak berjaya. Semua rakan menyalahkan aku kerana menerima Salehuddin dalam hidupku.Mereka tidak tahu selama ini aku dan Eqbal bukan bercinta, dan kehadiran Salehuddin telah meragut pergi Eqbal dari hidupku. 

"Maafkan saya..." Aidid menunduk cuba memahami perasaan ku. "Ermm tapi mana kekasih awak Salehudin tu?" Aidid bertanya lagi, terus mengorek rahsia di taman hatiku. 

"Dia dah mati..." Aku tersenyum hambar.

"Sakit?" Aidid nampak terkejut. "Tak, dia dah mati dari hati saya. Dia memutuskan pertunangan kami 5 bulan lalu. Sepatutnya bulan kami akan bernikah, tetapi dia memutuskan hubungan kami kerana salah faham yang berlaku di antara kami. Berlaku pertengkaran dan malam itu juga dia memutuskan ikatan pertunangan kami tanpa mahu mendengar penjelasan dari saya. Apa yang saya sangat kesalkan dia langsung tak mahu dengar penjelasan saya walaupun itu hanyalah salah faham yang bukan salah saya." Air mata mula membasahi pipi. Entah mengapa aku rasa lega dapat meluahkan rasa bersama Aidid. Ini kali pertama aku menangis sejak perpisahan itu. Semua hairan mengapa aku tak menangis selepas semua ini berlaku. Bukan aku tak sedih tetapi aku sangat terhiris dengan perlakuan Salehudin hingga tiada air mata mampu aku hadiahkan buat perpisahan kami.

"Awak okey? maafkan saya buat awak sedih. Tapi saya sangat hairan mengapa Eqbal ikut kita dan sentiasa mengekori kita."Aidid cuba memujuk ku.

"Jangan risau, Eqbal tak bermaksud mengganggu. Secara kebetulan dia terjumpa kita di pantai tadi. Mungkin dia teruja bertemu saya kembali dan terus mengekori kita hingga ke sini. Dia sahabat saya, mungkin dia ingin bercerita perlbagai perkara yang berlaku sejak tujuh tahun kami terpisah. SAya harap awak tak kisah dengan kehadiran Eqbal." Aku cuba meyakinkan Aidid.

Aku harap aku dapat bertemu dengan Eqbal lagi. Aku harap aku punya masa yang panjang untuk berbual tentang segalanya bersama Eqbal. Masih ingatkah lelalaki itu akan makanan kegemaranku? masih ingatkah dia tentang minuman kegemaranku yang sentiasa dibelikan kepadaku tiap malam saat kami study bersama di taman depan library bersama along dan kak lela?

"Awak..saya nak ke masjid kristal sekejap, kita zohor di sana dan solat jamak sekali ye?" Aku bangun dan dan Aidid terus mengekori langkahku menuju ke arah basikal kami. Kami habiskan meronda beberapa tempat yang belum kami lawati bagaikan terlupa dengan kehadiran Eqbal sebentar tadi. Eqbal terus lenyap. Bayangnya terus tidak kelihatan, yang ada hanya bayangnya dalam fikiranku,sungguh aku amat merindui sahabatku ini. Eqbal!!!

Kami menuju ke masjid kristal. Cantik..desis hatiku. Selesai solat dan merakam memrapa keping gambar Aidid membawa aku ke pasar payang. Ternyata bukan aku seorang yang shopping sakan, Aidid tidak kurang hebatnya. 

"Esok nak balik mana?" aku bertanya secara tiba-tiba sambil memerhati Aidid memilih tudung bawal. Agak hairan kerana Aidid sanggup membeli tudung bawal sampai melebihi seratus ringgit. Mungkin untuk seseorang yang istimewa, aku sendiri tak sanggup berhabis wang sebanyak itu untuk sehelai tudung walau aku peminat tudung bawal.

"Balik Perak, saya orang sana. Nak habiskan cuti sebelum mula kerja minggu depan." aku cuma menggangguk mendengar jawapannya. Orang Perak rupanya...aku menyimpul senyuman dibibir.

"Nak ikut balik Perak ke, boleh je. Mesti mak abah i suka jika i bawa pulang menantu secantik Rita Rudaini." Aidid menyoalku. Riak wajah serius macam betul saja apa yang diungkapkan tadi.

"ye? owh boleh je. Tapi kena lamar i dengan seromantik mungkin la dulu kan?  baru la i boleh terima u..haha" aku terus tinggalkan Aidid yang terpaku dengan jawapanku tadi. Padan muka! nak sangat usik aku kata menantu la apa la.. sekali aku jawab suruh lamar terus terkunci mulut jadi tugu negara kat depan kedai tudung tu. Aidid...Aidid! 

"Zulaikha!" berlari-lari Aidid mengejarku. Aku sibuk memilih sutera.  Sudah lama tak mempunyai baju sutera. Mungkin inilah masanya untuk sambar sepasang dua. Aku pilih warna ungu dan hijau. Aku belek-belek di cermin sambil memandang ke arah Aidid berharap dia memberi sedikit pandangan dan pendapat. 

"I suka purple ni, cantik." Aidid memberi pendapat.

"Ye, saya pun rasa cantik. Sama warna dengan tudung mahal yang awak beli tadi kan?" aku memperli. Terletus gelak Aidid. "Mahal?" Aidid mengulang ayat mahal tersebut.

"Mahal la tu, sampai RM130. Walau saya peminat tudung bawal tak sanggup nak berhabis sebanyak tu untuk sehelai tudung tau?" aku berterus terang.

"Mahal sikit tak mengapa. Buka selalu pun nak bagi pada insan istimewa. Dah la ini pemberian pertama." Aidid menjawab yakin. Aku mencebik dan terus berpaling. Terasa panas mukaku mendengar jawapan Aidid. Terasa bahang cemburu meresapi setiap urat sarafku. Terasa hembusan nafasku panas dengan api cemburu. Sudah dimiliki rupanya hati jejaka kacak ini. Hurm...melepas la aku, kesiannya aku. Baru nak terjatuh hati dah patah riuk hati ku. "Keciwa..." aku menghulur sutera ungu kepada penjual tersebut.

"Keciwa? siapa yang kecewa. Kecewa apa?" Aidid kehairanan. La..dia dengar rupanya. Huhhu. Kecewa sebab hatimu dah berpunya la encik Aidid! jerit ku dalam hati.

"Awak ni suka cakap dalam hati kan? awak ingat saya tak mampu baca apa yang awak cakap dalam hati tu ke?" Aidid seakan mengugut. Aku renung matanya sedalam mungkin. Aku selami, aku kocak isi hati lelaki ini. Tak mampu aku baca apa yang cuba dia sampaikan. Laju saja aku keluar dari panahan matanya. Tak mampu aku lama-lama berbalas renungan yang aku tahu akan membuat aku merana nanti. Ye, merana kerana takkan mampu memilikinya. Segera aku bayar baju suteraku dan kami beriringan menuruni anak tangga menuju ke arah kereta. 

"Nak air tebu?" Aidid bertanya. Aku hanya mengangguk dan menyambut kunci kereta yang dihulur kepadaku. Dari riak wajahnya aku tahu dia meminta aku menunggu saja di dalam kereta. Sungguh, aku amat letih! 

"You...belikan i 100 plus boleh?" Aku sedikit menjerit memandangkan agak jauh aku telah melangkah menuju ke arah kereta. 

Kelihatan Aidid menggangguk. Segera aku hidupkan enjin kereta dan memasang penghawa dingin. Panasnya....aku mengeluh sendirian.Aku cuba mencium pakaianku. Risau dengan keadaan yang berpeluh tu membuat bauku busuk. Ish dah la berdampingan dengan mamat kacak, habisla jatuh saham aku kalau dia bau aku busuk macam kambing. Aku mula merungut di dalam hati.

"Tak busuk pun, tak payah la cium-cium badan tu. Kuat lagi bau perfume body shop awak tu." kelihatan senyum nakal Aidid. Boleh tahan nakal Aidid ni, boleh je dia intai aku cium-cium tubuhku dalam diam? grrr. Syukurlah perfume madagascam vanilla flower yang aku sambar di body shop haritu benar-benar tahan lama dan tak berubah bau. Kalau tak..mau-mau aku bau kambing dengan peluh yang dah mula melekit ni.

"Awak intai saya ? mana awak tau saya guna body shop?" Aku serang Aidid dengan soalan bertubi-tubi. 100 plus yang dihulur  aku sambut.Dah siap dibuka pun penutup tin untukku. Kalau nak suruh aku buka sendiri tin tu memang terlia-kial la jawabnya.

"I kan peminat u, mestilah i tau u pakai perfume apa. U kan cik rita i..." menggoda betul nada mamat ni. Saja nak goda aku lah tu. Aku sepak laju-laju tau la. 

"Hei, jangan nak goda i okey, nanti kalau i dah tergoda u lari pula. Ha...tak pasal-pasal i merana makan hati nanti." aku seakan mengugut, tersenyum lebar Aidid mendengar ayat pedasku.

"Gadis secantik Rita rudaini yang jatuh hati, tak cukup tilam , pelabuhan klang i tadahkan." Aidid menjawab perlahan sambil mengundurkan kereta. Aku dah cukup letih nak menjawab 'gurauan' Aidid.

Kami solat maghrib di masjid terapung sebelum bergerak pulang. Sepanjang perjalanan aku dan Aidid bertukar cerita mengenai kehidupan peribadi dan latar belakang kami.

"Hospital Putrajaya?" Aidid mengangguk menguntum senyum.

"Dekat dengan you kan?" Aidid bertanya dengan mata bersinar." Dekat,sangat dekat. Wah, i boleh jumpa you selalu lah lepas ni." aku teruja bila mendengar Aidid akan posting dekat dengan tempat tinggalku. 

Kami singgah makan di restoran masakan kampung. Setelah itu kami meneruskan perjalanan pulang. Pelagai perkara kami bualkan. Sungguh aku amat terhibur dengan celoteh Aidid. 

"Zue, tolong ambilkan plastik hitam tadi boleh tak?" Aidid meminta aku mengambilkan barangnya. 

"Apa isinya, yang mana?" aku cuba mencari-cari di dalam kepekatan malam . Dah aku rabun, suruh aku cari barang la pulak..

Aidid memasang lampu membantu memberi cahaya untuk aku terus mencari.

"Tudung yang i beli tadi tu" Aidid menjawab ringkas. Peliknya...tak sabar nak tengok tudung tu pulak? tau la belikan untuk orang istimewa. Kutukku di dalam hati.

Aku ligat mencari, terlalu barang yang dibungkus menggunakan plastik hitam menyukarkan aku mencari. Akhirnya terjumpa juga tudung mahal untuk buah hati si Aidid ni.

"Nah! " aku menghulurkan kepadanya.

Zue, tudung ni i belikan untuk u sebenarnya. Sebab tu i beriya sangat nak u beli sutera ungu tadi. Biar sepadan dengan tudung ni." Aidid menyerahkan tudung tersebut kepadaku.

Mak aii tudung mahal ni untuk aku? "Err..saja buat kejutan untuk i la ni?" aku terkejut, aduhh mamat ni sweet nya. Dajh la senyuman pun sweet, perangai pun sweet. Kalau jadi kekasih aku mau kena kencing manis nanti dibuatnya.

"Suka?" Aidid bertanya lagi. Aku membelek tudung tersebut. Sarat dengan sulaman biji-biji kristal yang sangat cantik. Macam tak sesuai untuk aku saja. "Sebenarnya terlalu mahal harga tudung ni di sini. Orang kata di indonesia harganya baru sekitar RM40 saja." aku meluahkan pandanganku.

"Owh, ye ke? takpalah nanti kita ke sana kita beli banyak-banyak ye?" Aidid seakan berjanji. KITA? KITA bermaksud aku dan dia kan? hurm... aku malas nak fikir kata-kata Aidid. Biarlah!


Kami sampai di hotel hampir jam 10 malam. Letih tapi amat menyeronokkan. Tak sangka esok aku akan berpisah dengan Aidid. Dia dah nak pulang dah...tinggal lah aku sehari lagi menghabiskan cuti di sini. 

"Terus nak tidur atau ada nak ke mana-mana lagi? " Aidid bertanya.

"Lepas mandi ingat nak ke pantai menikmati keindahan malam bersama nyanyian ombak." Aku menjawab jujur. Memang itu perancangan aku sejak dari pagi tadi.

"Boleh saya join sama?" Aidid meminta persetujuanku. "Pantai tu bukan milik saya, jom la..tak ala saya boring nanti. Dan...terasa selamat jika awak temankan saya." Aku laju terus bersetuju.


"Ops, akak awak tak kisah ke tak balik?" aku bertanya lagi.

"I dah text dia bagi tau tak balik tidur rumah makwe...hahaha." laju saja Aidid menjawab.

Lepas membersihkan tubuh aku terus menemui Aidid yang setia menanti di lobi hotel. Kami susuri pantai mencari port untuk kami lepak bersama.

Aidid mengumpul dahan-dahan yang kayu dan membuat unggun api. Ternyata itu idea yang amat baik memandangkan angin malam amat sejuk di saat malam bertukar ke awal pagi. Kami berbual dan terus berbual. Bercerita dan terus bercerita. Ketawa dan terus ketawa. Bagaikan tiada esok, kami terus mengejar menggunakan tiap saat yang ada sepenuhnya untuk mengenali hati budi masing-masing.

Cahaya neon dari hotel membantu menerangi kami. Tak sedar jam di tangan menunjukkan jam 5 pagi. 

"You..dah pukul 5? jam i ni betul ke?" aku bagai tidak percaya bahawa dah pukul 5 pagi saat itu. 

"Betul la tu...kalau u dengan i memang la u rasa tak pernah puas walau duduk seharian."Aidid mengusikku lagi. Terasa berbahang mukaku menahan malu. Aku menawarkan bilikku untuk Aidid menumpang solat subuh. Aku duduk menanti di balkoni sementara Aidid bersolat.Takkan dia nak pulang ke rumah time subuh begini pula...

Selesai solat Aidid pulang dan kami merancang bersarapan sama sebentar lagi. Walau terasa sedikit mengantuk kami masih bertenanga menghabiskan tiap saat bersama selagi mampu. Bagaikan tiada esok, bagaikan takut dengan perpisahan...aku bagaikan tak mahu dia pergi. Aku bagaikan tak merelakan dia pulang dan meninggalkan aku.

Bersambung...

No comments: