Tuesday 9 April 2013

Cinta Di Angin Lalu Part-3

Cinta Di Angin Lalu Part-1
Cinta Di Angin Lalu Part -2

Tet teet.. terdengar bunyi sms masuk. Siapa pula yang mesej aku sesubuh hari ni? aku tertanya-tanya.

"Assalamualaikum Zue, masih sakit lagi? gastrik dah reda?" mesej dari Aidid rupanya. 

"Dah ok dah, cuma masih rasa pedih sikit-sikit saja." aku segera membalas agar Aidid tidak diburu kerisauan. Selepas siap mandi dan lengkap berpakaian aku bersantai di balkoni menikmati keindahan pantai pada pagi ini. Suasana pagi yang masih samar-samar amat menenangkan fikiran. Kelihatan beberapa bot kecil sudah turun jauh berada di tengah laut membelah ombak mencari rezeki demi sesuap nasi buat keluarga.

Suasana yang mendamaikan membuat aku terleka hingga tak perasan jam telah melewati 8.15 pagi. Segera aku sambar beg tanganku dan keluar menuju ke coffee house untuk bersarapan. Aapa agaknya menu special yang dihidangkan di hotel ini ya? pastinya makanan tradisi Terengganu yang enak. 

Mata meliar mencari tempat kosong, walau kelihatan banyak tempat kosong tetapi semuanya agak terbuka dan agak jauh dari meja makanan. Tak larat la aku nak berulang alik ambil makanan jauh-jauh nanti. Sejak subuh tadi aku dah merencana nak makan semua benda yang menarik yang dihidangkan di sini. Bila lagi kalau bukan sekarang aku nak menjamah makanan orang ganu ni kan?

"Zulaikha!" kedengaran namaku di sebut. Erm? siapa pula yang kenal aku di sini ya?

Kelihatan Aidid melambai mesra mengajak aku duduk sekali di mejanya. Pelik juga, bukan kah dia bercuti di rumah kakaknya, tapi mengapa dia bersarapan di sini?

"Uik peliknya? sarapan sini?" aku kehairanan. Sangat terkejut terjumpa Aidid di sini sebenarnya.

"Terkejut ke...jangan la buat muka macam nampak hantu tu Zue, saya saja datang sini nak menikmati segala menu orang terengganu. Kalau di hotel kan mereka akan hidang segala makanan tradisi mereka. Lagi pun, saya tau pasti awak akan turun sarapan di sini. Saja nak habiskan masa bersama awak sebelum saya pulang esok petang." Aidid rancak menerangkan. Aku hanya tergelak kecil sambil menggeleng kepala. Ternyata Aidid ni suka membuat sesuatu yang aku tak jangka. Sweetnya mamat ni. Desis hatiku.

"Duduk la...kenapa tercegat je ni?" suara Aidid menghentikan lamunanku. Segera aku tarik kerusi dan pelayan restoran bertanyakan sama ada aku mahu kopi atau teh. Pastinya aku memilih kopi seperti biasa. Dalam sehari aku mampu meminum 3-4 cawan kopi. Itulah kebiasaannya.

"Peminat kopi?" Aidid bertanya. Aku hanya menggangguk. Kelihatan dia meneguk jus orennya sehingga habis. Euww masamnya aku berkata dalam hati. Aku paling tak suka minum jus oren tiap kali ke hotel. Dah la masam macam tak bergula, pahit pula tu. Macam dikisar bersama bijinya sekali. Memang aku tak mampu telan jus oren di hotel.

"Saya pergi ambil makanan dulu ye?" aku melangkah meninggalkan Aidid yang macam patung bernyawa di depanku. Entah apa yang tak kena dengan make up aku pagi ni matanya bagai tak berkelip memandangku. Seingat aku aku hanya make up nipis saja pagi tadi seperti biasa. Entah apa yang sememehnya aku pun tak tau. Segera langkah aku atur ke meja makanan yang sarat dengan pelnagai juadah. 

Segera aku ambil 4-5 potong honey dew, salad dan 3-4 potong tembikai merah. Aku cedok sedikit sos thousand island seperti biasa. Aku capai pinggan dan mengambil sedikit nasi dagang bersama kari ikan tongkol. Sekadar menjamah aku cuma mengambil dalam 2-3 sudu sahaja, aku mengambil pula pulut kuning bersama sambil bilis yang nampak sungguh menyelerakan di pinggan yang sama. Kuantiti yang sedikit juga, aku perlu makan sikit-sikit agar aku dapat menjamah semua makanan yang kelihatan sangat menarik terhidang di sini. Sebelum duduk aku sempat mengambil dua potong kecil lemang kijal yang nampak sungguh enak bersama serunding daging yang sungguh menarik. Perutku dah tersenyum riang, tekak ku dan menyanyi minta di suap. Dengan penuh ayu aku susun langkah duduk berdepan dengan Aidid. Terpaksa kontrol ayu supaya Aidid tak sentap dengan gaya sempoi aku ni..hehehe. 

"La...ingat kan ambik penuh sepinggan, rupanya ciput je u ambik?" tergelak besar Aidid tengok jumlah makanan yang aku ambil. Ciput katanya, dia tak tau aku plan nak makan semua benda yang terhidang tu..hehehe.

"Elo...i nak makan semua tu jap lagi. Kalau i ambil menimbun nanti mana muat nak letak dalam perut ni?" aku tergelak kecil sambil menepuk-nepuk perutku perlahan sambil mengangkat keningku. Aidid hanya mampu tergelak saja dan terus berlalu mencedok makanan. Aku nampak dia mengambil laksa penang. Fuhh menarik laksa penang tu, tapi..mampu ke aku habiskan semangkuk tu?

"Sedap laksa penang ni, awak perlu cuba." Aidid nampak berselera menjamah laksa penengnya. Bau laksa penang tu saja dah mengganggu emosiku untuk terus menyuap nasi dagangku. 

"Sedap eh, tapi banyak sangat la. Sure i tak boleh habis nanti." aku menjawab lemah. Aku nak makan banyak lagi makanan yang ada. Kalau aku telan laksa semangkuk memang tersandar lah jawabnya lepas ni. 

"La..takut tak habis ke? nah rasa saya punya sajalah." Aidid segera menghulur mangkuk laksanya kepadaku. Aku tergamam memandang tepat ke wajah kacak itu. Berkongsi makanan dengannya? Alamak segannya...

"Err kenapa? tak sudi kongsi lebih makanan saya? geli?" Suara Aidid sedikit rendah. Mungkin terasa hati melihat aku teragak-agak menjamah laksa penang kepunyaannya.

"Bukan tak sudi, bukan geli la...tapi terkejut. Terharu..tak sangka awak sudi nak bagi saya rasa laksa awak." Aku laju menyuap laksa ke mulutku. Ternyata memang benar kata Aidid. Laksa tersebut memang sedap. Kuahnya pekat dan cukup masam masinnya, tak sedap telah 5 suap aku menyudu laksa kepunyaan Aidid. Konon nak rasa sedikit tak sedar boleh suap banyak pula laksa orang...hehe.

"oit...banyaknya awak makan laksa saya, hahaha" Aidid segera merampas mangkuk laksa kepunyaannya. Aku pegang kuat mangkuk laksa tanda tanda tak merelakan dia merampas kembali laksa tersebut. Mulut aku muncungkan sedepa tanda merajuk. 

"Elo cik adik, nak laksa pergi ambik sendiri la..dah la bagi jamah, nak memunya pulak?" Aidid memerli. aku buat bodoh sambil menghirup dengan penuh asyik kuah laksa tersebut. 

"Awak ambik lain la..saya malas nak ambik yang baru nanti tak habis." aku jawab acuh tak acuh sambil khusyuk menyudu laksa tanpa menghiraukannya yang nampak tak puas hati akibat aku tak mahu memulangkan laksanya.

"Ish nakalnya budak perempuan depan saya ni" Aidid bangun mengambil laksa yang baru sambil menjeling aku konon buat muka marah. Hahaha aku buat tak peduli sambil tekun menyudu. Dia telah mula menyuap laksa dari mangkuk barunya. 

"Yang baru lebih sedap, dah la banyak, panas lagi pula tu" Aidid cuba memancing minatku. Aku hanya tersenyum nakal sambil mencebik. 

"Saya tak heran...dah kenyang pun. Dah la saya nak try makanan lain pula." aku melambai pelayan restoran memberi isyarat minta menambah kopiku dan aku berlalu mengambil pula pisang rebus, keledek rebus dan ubi rebus bersama sedikit pulut kukus yang dihidang bersama kelapa parut. Ada ikan kering juga untuk di makan bersama hidangan tersebut. Ermm sangat menarik. Terliur aku dibuatnya. 

"Wahh, apa ni? nak sikit!" Aidid segera mencuit pisang rebus bersama kelapa parut dari piringku tanpa meminta izin. 

"Haip jangan ambik banyak-banyak, nanti saya tak cukup." Aku memberi amaran dalam senyuman. Saja mengusik jejaka di hadapanku itu. Semakin aku tegah semakin rancank jarinya menjamah pulut dan keledek rebus pula. Alamatnya aku kena pergi tambah lagi la jawabnya bila makan berkongsi macam ni. Bukan nak kata kenyang, puas pun tidak. Dah la aku ambil sedikit. 

"Awak ni...kalau saya tau awak nak makan sama saya ambik banyak sikit tadi. Dah tak cukup tau.Jap eh, saya tambah sikit lagi." Aku bengun ingin menambah sedikit lagi menu tersebut. 

"Zue, ambik banyak sikit, saya suka !" Aidid sedikit melaung memandangkan aku telah jauh melangkah. Selamber je dia jerit, ish buat malu je. Rungutku dalam hati. Walau aksi selamber Aidid sedikit menimbulkan rasa malu tetapi aku cukup senang dengannya. Tak terasa baru kenal dengannya, dia sangat peramah dan buat aku cepat selesa berada bersamanya.

Setimbun aku ambik pulut dan keledek rebus bersama pisang rebus dan kelapa untuk kamai berdua. Kami berbual sambil makan bersama. Siap berebut lagi aku nak pisang dia pun nak pisang, haish boleh tahan nakal juga Aidid ni. Ingatkan skema sangat...haha.

Pelbagai kuih muih kami rasa, sekejap Aidid ambil, sekejap aku yang ambil. Semuanya kami kongsi bersama dengan alasan tak mau membazir dan takut tak habis. Tanpa aku sedari Aidid lah lelaki pertama yang aku sanggup kongsi makanan. Seingat aku kali terakhir aku kongsi makanan dan minuman sejak aku tamat pengajian dulu. Kursus kami memang dididik perlu rapat macam adik beradik sesama kami dan senior junior. Kami dah terbiasa berkongsi makanan terutama sewaktu praktikal di ladang pada setiap hari khamis. Masuk hutan keluar hutan berkongsi makanan dan suka duka itulah kehidupan kami sepanjang kursus dulu. Setelah lama aku tinggalkan zaman itu terkenang kembali saat aku berebut makanan dengan Aidid. Tersenyum aku mengenangkan saat manis bersama rakan-rakanku yang lalu. Apa khabar mereka semua? Lama aku membawa diri tanpa menghubungi mereka sejak aku putus hubungan dengan Solehuddin. Mungkin aku segan, bercinta bagai nak rak satu kampus tau pasal kami tapi akhirnya putus di tengah jalan. Tiada jodoh...apa lah yang ingin aku kesalkan.

" Minum pun mengelamun?" Aidid mencuit hidungku. Glurp..segannya! aku tersenyum pahit. 

Kami berlalu pergi setelah masing-masing kekenyangan.

"Kuat juga awak makan ye?" Aidid bersuara. "Hei..tengok orang la..haha"Aku menjawab sedikit riak saja nak mengusiknya.

"Tak sangka kuat makan, badan keding. Ada membela ke?" Aidid mengusik lagi.

"Haah ada ..." aku menjawab setelah memecah gelak. Masih tak mau kalah.

Kami berjalan menyusuri pantai. Sesekali ombak manja menyentuh kakiku. Sengaja aku tidak berselipar ingin merasa sentuhan indah air laut pagi itu. Beberapa orang gadis yang berada tidak jauh dari kami begitu asyik menoleh-noleh ke arah kami. Hurm..tengok lelaki kacak sikit saja dah tertoleh-toleh, dasar perempuan miang! desis hatiku. 

"Miangnya perempuan tu asik pandang awak." aku menyuarakan kepada Aidid

"Wah, tak sangka ada peminat rupanya saya ni." Aidid tersenyum bangga.

" Tu namanya miang, hormat la sikit. Kan awak berjalan dengan saya, mungkin juga saya isteri awak atau buah hati awak. Perlu ke mereka tertoleh-toleh sampai begitu sekali?" Aku  menjawab dengan nada sedikit meninggi. Cuba menunjukkan rasa tidak selesa dengan aksi gadis-gadis tersebut yang aku rasa kurang sopan di mataku.

"Buah hati?" bertuahnya saya kalau dapat buah hati secantik Rita Rudaini ni!" Aidid menjawab dengan sedikit teruja.

"Awak, saya kata mungkin juga tu bermaksud jika kita tengok lelaki dan wanita jalan sama mungkin juga mereka pasangan kekasih atau suami isteri. Jadi pada saya kurang sopan la mereka cuba menoleh ke arah awak banyak kali macam tu." aku cuba menjelaskan kepada Aidid supaya dia tidak salah faham.

"Saya faham maksud awak, tapi betul apa saya kata, kalau la saya dapat buah hati secantik awak yang macam Rita rudaini ni alangkah indahnya hidup saya. Awak tu lawa, bukan nak kata lelaki tertoleh-toleh tapi siap snap gambar awak lagi tu. Cuba awak bertenang dan tengok sebelah kanan awak, lelaki yang pakai baju oren di bawah pokok duduk di bangku tu. Dia dari tadi asik snap gambar awak kalau awak tak sedar. Nampak tak ramai yang mengagumi kecantikan awak persis model ni? Tu lelaki yang tiga orang di gerai makan tu pun dari tadi asik memandang ke arah awak pun awak tak sedar kan? " segera mataku menangkap lelaki yang sedang asik menangkap gambarku. Berderau darahku apabila mendapati memang benar apa yang Aidid perkatakan.

"Jom.." aku mengajak Aidid menuju ke arah lelaki yang sedang asyik mengambil gambarku." laju langkah aku atur menyebabkan Aidid terpaksa berlari anak mengejar langkahku.

"Assalamualaikum..." aku memberi salam. Lelaki tersebut sedikit terkejut. 

"Waalaikummussalam cik, ye?" dia berpura-pura bertanya pula. Hati aku dah panas. Tiada tanda bersalah dari riak wajahnya.

"Maaf ye, boleh saya pinjam camera encik? encik snap gambar saya ke?" aku cuba berlagak tenang walau hati dah membara marah. Padaku kurang baik tindakannya mengambil gambarku tanpa izin.

"Err ye saya memang ambil gambar cik tadi. Tapi...tak salah kan? saya suka tengok wajah cik dan saya tak berniat buruk pun." Lelaki tersebut menjelaskan. Masih lagi tidak kelihatan riak bersalah di wajahnya.

"Encik..yang encik snap tu gambar saya, saya mohon jasa baik encik delete saja gambar saya. Saya ni orang biasa. Saya bukan artis atau model yang encik boleh ambil gambar saya sesuka hati. Takkan saya nak biar encik simpan gambar saya sedangkan saya tak kenal encik." nadaku masih merendah walau sedikit berbisa .Aidid sekadar menjadi pendengar saja perbalahan antara aku dan lelaki tersebut. Hatiku menjadi semakin geram dengan riak wajah lelaki tersebut yang langsung tak terkesan dengan permintaanku. 

Aku masih menanti lelaki itu memohon maaf dan mendelete gambarku tapi ternyata hampa. Darahku telah mendidih dan aku mula rasa terbakar dengan kemarahan yang aku cuba kawal dari tadi.

"Encik masih tak mahu delete gambar saya?" suaraku sudah mula sedikit meninggi. Dari kerlingan mata aku nampak Aidid sedikit terkejut melihat aku telah mula naik angin.

"Tak delete kot...dah lama tak jumpa sekali jumpa takkan nak delete wajah yang kita rindu sekian lama. 7 tahun merindu sekali jumpa mustahil nak delete macam tu saja." mendatar dan bersahaja saja suara lelaki ni.

"Tak mau delete? 7 tahun? apa ni? saya tak faham la encik. Saya rasa ni kali pertama kita jumpa kan?" segera aku amati wajah lekai itu, bercermin mata, rambutnya paras bahu aku amati sedalam-dalamnya. Terasa nafasku sesak apabila dia membuka cermin matanya. Menggigil serta merta tubuhku dan lidah kelu tak mampu berkata-kata.

Dia?...dia kah yang berada di hadapanku? 

"Zue..awak okey?" suara Aidid menyedarkan aku dari pukauan itu. Dia masih lagi merenunggu dengan renungan tajam. Renungan yang sama seperti 9 tahun lalu, sama dan tak pernah berubah. Senyuman sumbing yang dia berikan masih menampakkan lesung pipit pemanis wajahnya yang mampu membuat aku igau siang dan malam saat itu. Tapi...mengapa perlu dia hadir? mengapa kini? mengapa saat ini? saat pintu hatiku mula diketuk oleh Aidid. Saat hatiku yang keras mula basah dengan sentuhan kasih Aidid. 

"Aidid..saya nak pulang dulu. apa-apa saya call awak nanti ye?" aku atur langkah menuju ke hotel dengan laju. Biarlah apa yang Aidid nak fikir, aku tak mampu nak jelaskan padanya saat ini. Aku rasa keliru, celaru dan sangat serabut. Mengapa dia muncul??? hairan..tiada titis jernih menitis di pipiku seperti beberapa tahun lalu. Mungkin tiada lagi air mata buat lelaki itu. 

"Zulaikha...tunggu!" Aidid mengejar langkahku. Aku terpaksa memperlahankan langkah. Tidak wajar membiar Aidid diburu tanda tanya dan aku terus berlalu tanpa memberi sebarang penjelasan kepadanya. 

"Awak, saya tak faham apa yang berlaku. Saya tak tau siapa dia dalam hidup awak yang lalu. Tapi saya yakin dia amat bermakna buat diri awak mungkin kini atau mungkin dulu. Itu saya tak pasti. Ermm sebenarnya saya plan dari tadi lagi nak ajak awak tengok masjid kristal di Kuala Terengganu. Awak nak pergi?

Tidak adil untuk aku mengabaikan kehadiran Aidid begitu saja akibat peristiwa ini. Aku bersetuju mengikut Aidid dan kami merancang akan bergerak setengah jam dari sekarang. Aku dan Aidid berpisah sementara dia pulang ke rumah kakaknya ingin mengambil beberapa barang dan aku pula pulang ke hotel mengambil barang penting milikku serta merancang ingin menukar pakaian memandangkan tubuhku sedikit melekit setelah dipanah mentari sepanjang di pesisiran pantai tadi.

Segala yang berlaku bagaikan mimpi, datang tanpa dirancang dan pergi tanpa aku minta. Mungkin sukar untuk aku lalui detik-detik esok tanpa aku mengetahui apa mengakhirannya. Apakah kesudahan cerita aku dan Aidid yang aku sendiri belum mengetahui sepenuhnya siapakah dirinya. Lebih merumitkan aku tidak menjangka dia muncul tanpa memberi petanda. Tiba-tiba hadir di depan mata sehingga aku sendiri sukar mengecam siapa dirinya. Apakah niat dia muncul semula? kebetulan atau memang telah dirancang rapi? Sungguh memang aku serabut. Namun apa yang aku mahukan adalah menenangkan fikiran memandangkan aku telah bersetuju mengikuti destinasi yang Aidid rancangkan tadi. Walau pun jauh sehingga sejam lebih hentak ke kuala terengganu tetapi tidak salah untuk melihat suasana di sana pada pendapatku.

bersambung....

\

1 comment:

maszull said...

assalamualaikum....kom baca cerpen ni..;)