Tuesday 2 April 2013

Cerpen Bersiri: Sisa-Sisa Cinta

"Shariman?" Husna terjerit akibat terlalu terkejut dengan perkhabaran yang diterima dari sahabat baiknya itu. Segaris senyuman yang cukup manis sedia terhias di bibir mungil Sha untuk soalan tersebut.

Sha tahu sahabat baiknya pasti menentang habis-habisan keputusan yang dibuatnya itu tetapi dia perlu melakukan semua ini demi misinya tersendiri. Bukan semata-mata berkaitan perasaan tetapi ia perlu memikirkan beberapa perkara lain juga. Walau pun keputusan itu nampak mendadak tetapi telah lama dia memikirkan jalan kesudahan kelemelut yang dilaluinya semala ini.

"Husna, kau tak gembira ke Aisyah bakal hidup bersama ayahnya nanti. Kau pun sayangkan anak aku jugak kan?" Sha cuba memancing perasaan Husna.

"Sha, aku rasa kau memang dah gila. Tiga tahun Shariman tinggalkan kau yang sedang mabuk teruk akibat dia yang hamilakan kau, lepas tu dia langsung tak tanya khabar berita tentang kau dan anaknya ini. Sedang-sedap dia hidup bahagia dengan bini dia yang perangai meroyan tu dengan baby mereka yang sebaya anak kau ni Sha. Hei, buka mata kau Sha! Shariman tak sayangkan kau, cintanya tak iklas terhadap kau. Dia tinggalkan kau saat kau hamilkan anaknya sedangkan dia menantang bagai minyak yang penuh isterinya tu tanpa memikirkan tanggungjawabnya terhadap kau dan baby Aisyah. Aku hanya mendiamkan diri dan mampu mengukir senyuman mendengar nasihat Husna. Aku tahu dia sangat hampa dengan keputusan yang aku lakukan ini. Keluarga ku juga pasti melenting bila tahu aku bakal bernikah dengan lelaki tak berguna itu menurut kata ayah.

Ya, kesilapan dan kebodohan aku buta dalam cintakan Shariman menyebabkan aku menggadai maruah melakukan dosa besar itu sehingga mengandungkan Aisyah. Teringat lagi bagaimana kerasnya suara Shariman memarahi aku kerana mengandung. Katanya jika aku tahu waktu itu aku subur kenapa tidak meminta dia memakai sebarang perlindungan. Kata-kata kejam yang dia lafazkan saat -saat akhir perpisahan kami. Sedangkan saat dia mengatahui aku lewat uzur bulan itu dia melonjak gembira. Kami merancang untuk bernikah secepat mungkin dan dia akan menceraikan isterinya. Tak sangka rupanya isterinya juga hamil dan mengkhabarkan berita itu beberapa ketika sebelum dia memberitahu intuk menceraikan isterinya. Permainan apakah ini? ya ini lah perjalanan hidup yang telah aku lalui. Dibuang oleh Shariman dengan kandungan yang membembesar sungguh memberi impak besar terhadap diriku.

Berhari-hari aku merayu dan meminta belas kasihan agar mengasihani aku. Hanya kata nista yang aku terima dari Shariman ketika itu. Katanya aku cuma memerangkapnya dan tidak cukup dengan itu isterinya tidak putus-putus mengganggu kehidupan aku walau pun saat itu aku dan Shariman tidak berhubung lagi. Isterinya berpura-pura baik dan lembut di depan Shariman tetapi kata nista dan makiannya menghancurkan hatiku. Setiap bait kata-kata yang dihamburkan amat mencengkam hati. Akhirnya aku mengalah dan melepaskan cintaku buat Sahriman apabila Shariman mengatakan dia tidak menyintaiku, itu semua adalah nafsu dan bukan cinta. Dia sudah tidak mahu mengetahui tentang aku dan bayi ini lagi. Saat itu aku mengalami alahan teruk dan pendaran serius di awal kehamilan Aisyah.

Shariman lalui kehidupan bahagia bersama anak dan isterinya yang juga hamil dua-tiga  minggu lebih awal usia kandunganku. Demi Aisyah aku bangkit hadapi semua dugaan yang amat berat untuk aku lalui. Hamil tanpa suami bukan perkara mudah untuk aku lalui lebih-lebih lagi untuk berhadapan dengan keluarga sendiri. Husna banyak membantuku untuk bangkit semula dari kesedihan. Seminggu aku menangis dan terus menangis. Aku tak solat, tak makan malah tekakku tak boleh menerima sebarang makan walau pun air. Terasa sangat perit untuk menelan air. Aku tak larat berdiri, tiada tenaga untuk aku berdiri dan mengurus hidupku. 

Aku tak berani solat, aku rasakan diriku sangat kotor dan tak layak menyembah Allah. Aku jadi sangat teruk, menanti saat-saat kematian mungkin. Husna berkali-kali menangis meratapi keadaan aku. Selepas seminggu aku sudah tidak menangis lagi. Tekanan perasaan akibat perpisahan itu ditambah pula sms dari isteri Shariman yang tak putus-putus mengganggu ku amat menyeksa jiwa. Aku jadi rentan dengan semua kesakitan ini. Air mataku telah kering. Apa yang ada adalah dendam ku terhadap kezaliman Shariman meninggalkan aku dalam kepayahan ini bersama kandungan yang sangat lemah. Entah kan bertahan atau tidak kandunganku ini? hati meratap sayu.

Aku akhirnya bangkit semula apabila merasakan gerakan lembut di dalam rahimku. Air mataku yang telah kering hampir dua bulan itu menitis kembali. Aku mula ingat Allah, aku minta Husna papah aku untuk berwuduk dan aku solat taubat sambil duduk. Husna menjaga setiap keperluan makan minumku serta membantu aku melakukan ibadah hampir seminggu lamanya. Alhamdulillah Allah masih menyayangi aku yang hina dan penuh dosa ini. Aku semakin sihat dan mampu berdiri dan mengurus kehidupan aku kembali. Kehadiran Husna bagaikan memberi satu nyawa lagi buatku. 

Aisyah lahir dengan sihat tiga minggu awal dari tarikh jangkaannya. Ketubanku pecah ketika aku sedang membasuh keretaku pada pagi itu. Sejak aku punyai semangat untuk hidup aku tak pernah duduk diam. Aku sentiasa melakukan pekerjaan tanpa henti untuk melupakan Shariman. Muntahil untuk aku membenci dia, walaupun itu yang selayaknya aku lakukan untuk Shariman yang kejam terhadap aku dan Aisyah. Tidak sedih kah dia apabila terkenangkan makanan yang aku selalu rengek idamkan untuk aku jamah apabila dia makan di tempat-tempat tersebut? Kejamnya hati Shariman terhadap kami.

Aisyah lahir dengan berat cuma 2.75kg. Bayiku persis wajahku kata ibu. Berkulit putih, hidung mancung, bibir mungil...malah apabila ku tatap sedikit pun tidak mengikut wajah Shariman. Mungkin Allah tidak mahu aku terus mengingati lelaki kejam itu. Jika Aisyah miripnya pasti aku akan terus mengingati dan berharap dia menjenguk kami. Husnalah ibu kedua buat Aisyah, Feroz sahabatku lah ayah angkat yang memastikan segala kelengkapan Aisyah lahir sempurna. Alhamdulillah Aisyah dah petah bercakap, dah dua tahun lebih pun usia si comelku ini. Tak sangka kemalangan kecil tempoh hari menemukan aku kembali dengan Shariman. Bagai pusuk dicita ulam yang datang Shariman ternyata tidak melepaskan aku begitu saja terutama selepas terpandangkan Aisyah yang aku pimpin bersama ketika itu. Gerak hatinya kuat mengatakan itu anaknya.

"Sha?" Shariman terkelu saat aku keluar memeriksan keretaku yang dilanggarnya 

"Ya saya" aku menjawab sedikit formal, kaku dan kelu saat itu. Bagai ternampak hantu lagakku saat itu. Dada berombak, air mata berlinangan. Segera aku pujuk hatiku agar tenang dengan beristighfar banyak-banyak.

"Ni...anak...." kata-kata Shariman terputus di situ, mungkin ingin bertanyakan anak kami. Tetapi merasakan dirinya tidak layak mengaku Aisyah anaknya sedangkan dulu dia pernah mengatakan tidak pernah ingin tahu sama ada kandunganku selamat atau anak ini lahir sekali pun. 

"Owh...ini anak saya, Aisyah." aku segera menjawab sambil tersenyum. Segera aku memohon diri setelah Shariman meminta aku menghantar kereta ke bengkel kawannya dan dia akan membayar semua kosnya nanti. Terkejut dengan pertemuan itu tetapi aku dapat rasakan ada kelainan hatiku tatkala menatap Shariman. Aku rasa sangat benci menatap dirinya. Aku benci melihat dia menyentuh Aisyah. Adakah ini dendam? daripada renungan matanya aku melihat pandangannya masih sama terhadapku, pandangan penuh cinta. Adakah pandangan itu penuh kepalsuan?

Ternyata pertemuan itu mendekatkan aku dengan Shariman semula. Mungkin ia memudahkan misi yang aku impikan. Kehadiran Shariman yang mengharapkan hubungan kami terjalin semula adalah satu bonus besar buatku. Ya...dulu aku kalah, aku kalah dengan segala makian dan cacian isterinya, kali ini aku akan menang besar apabila aku menjadi isteri kedua Shariman. Aku tersenyum sendiri. 

"Baby....naper senyum sorang-sorang ni?" Shariman kehairanan melaihat aku tersenyum sendiri. Panggilan Baby buatku masih kekal hingga kini, padanya mungkin tiada apa yang berubah, namun hatiku sedar cintaku padanya lesap entah ke mana. 

"Eh takda apa-apa....terkenangkan keletah Aisyah malam tadi." aku cuba berdalih. Demi Aisyah aku lakukan semua ini. Biarlah hidup Aisyah sempurna dengan adanya seorang ayah di sininya. Walaupun kehadiran Feroz sempurna memberikan kasih sayang ayah buat Aisyah namun Feroz juga punya hidupnya sendiri. Bukan tak pernah Feroz melamar aku tetapi aku merasakan diriku tidak layak untuknya. Feroz terlalu baik dan selayaknya wanita yang amat baik mendampingi dirinya.

"Baby dah sedia untuk majlis kita?" Shariman bertanyakan aku.

"InsyaAllah sudah, cuma kenduri kecil saja." jawabku sambil memberi segaris senyuman buatnya. Entah ikhlas atau pun tidak aku tak pasti senyuman yang aku berikan untuknya.


"Sayang macam tak gembira saja nak nikah dengan abang?" Soalan Shariman bagaikan satu perangkap. Mungkin dia melihat aku seperti patung tidak semesra dulu. Namun perlukah dia pertikaikan reaksiku kerana aku telah bersetuju untuk kembali bersamanya walau tahu akibatnya nanti. Pasti isterinya mengamuk sakan bila tahu kami bernikah nanti. Kami memilih bernikah di seberang agar segala urusan berjalan mudah dan cepat. Tak mahal mana pun nak bayar denda dan daftar kembali pernikahan di sini nanti. Apa yang penting pernikahan kami sah. 

Tinggal tiga hari lagi akan berlangsung pernikahan aku dan Shariman. Esok kami akan gerak ke sana. Tak ramai cuma kami dan ayah ibu serta Husna dan Aisyah saja. Feroz walau agak terkilan dengan keputusanku tetap menghormati pendirianku. Namun dia ada urusan penting tidak dapat ikut bersama dalam majlis nikahku. Dia berjanji majlis kenduri nanti dialah akan jadi orang kuat nanti katanya sambil berseloroh kepadaku. Dari gelaknya terpancar kekecewaan di hatinya, namun aku terpaksa menolak insan sebaik Feroz untuk meneruskan misi yang aku impikan selama ini.

bersambung....


No comments: