Monday 8 April 2013

Cinta Di Angin Lalu Part-2

Cinta Di Angin Lalu Part-1

Aku bersiap untuk dinner bersama Aidid. Sesuai dengan mood bercuti di tepi pantai gaya santai menjadi pilihan hatiku. Aku mengenakan skirt labuh berwarna biru laut dipandankan dengan blouse putih yang mempunyai sedikit ropol di bahagian bahu. Aku kemaskan gaya dengan belt hitam bertakhta batu permata yang aku beli semasa aku shopping di Sogo tempoh hari. Hanya bertudung bawal tone berwarna biru laut juga.

Aku hanya memakai kasut sarung bertapak rata seperti biasa.Ringkas tapi sweet. Solekan nipis seperti biasa buat wajahku kelihatan segar dan bermaya. Ops, dah pukul lapan malam rupanya, aku segera mencapai handbag burberry putihku menuju ke lobi hotel Residence ni. Memandangkan hotel Residence Paka ni terletak betul-betul berhadapan dengan laut aku memilih bilik yang berada di tingkat atas dan betul-betul mengadap laut. Bilik ku agak ke belakang dan aku perlu memanjat tangga kayu untuk naik ke bilikku. Best kan? hurmm memang terbaik la hotel Residence Paka ni, lain kali boleh honeymoon sini pula...hehehe.

"Hai Zue" Aidid yang dari tadi menanti menyapa mesra. Aku hanya mengangguk sambil menghadiahkan senyuman paling manis buatnya. Err walau tak semanis senyuman madunya itu.hehehe.

"Kita nak makan di mana awak?" aku ligat berfikir mencari idea apa nak makan memandangkan perutku mula bernyanyi dengan rentak rap dah sekarang ni. Kepala mula pening mungkin gastrik akan tiba tanpa aku undang sekejap lagi. aku hanya membontoti langkah Aidid menuju ke keretanya. Teragak-agak juga nak masuk ke perut kereta toyota fortuner milik Aidid tu memandangkan aku memakai skirt labuh risau terselak tinggi skirt yang aku pakai tadi. Sebenarnya aku memakai legging di di dalamnya tetapi tetapi tak selesa jika Aidid ternampak skirtku terselak tinggi.

"Zue nak makan apa? yang bakar-bakar atau nak makan nasi berlauk?" Aidid mula memancing seleraku.

"Awak, sini ada kedai yang kita boleh barbeque tak? best juga kalau ada kedai macam tu." aku mula berangan nak bbq sambil dibelai angin malam.

"Ada, jom kita pergi. Saya harap Zue suka tempat ni. Tapi jauh sikit la dalam 20 minit macam tu, kita pergi ke Dungun." Aidid terus memandu dengan sederhana laju sambil cuba berbual beberapa topik denganku. 

"So, inilah Dungun?" aku bertanya lagi. "Ya, kita akan makan dekat dengan pantai area UiTM Dungun, mengadaap pantai, boleh bbq dengan harga yang murah, pilih saja apa awak nak makan semuanya dijamin segar." Aidid menerangkan kepadaku. Kereta terus menyusuri jalan di depan pasaraya Mydin dan menyusuri sekolah IMTIAZ dan terus menuju jalan tepi pantai yang sangat mendamaikan.

Aku mula teruja...membayangkan udang yang segar, ikan kembung yang masih pejal isinya..wah best! rasa teruja melebihi wanita hamil pula lagaknya. 

"Cantik Zue berpakaian malam ni, tapi tak kisah ke nanti bau asap. Kita nak barbecue kan?" Aidid menduga ku. "Ala...saya tak kisah pun, saya ni asal dapat makan sedap  bau asap pun takpa." Aku menerangkan kepadanya. Mungkin Aidid tak mengenaliku dengan lebih dekat lagi, dia tak tau aku ni jenis sempoi, bukannya jenis sopan-sopan gitu. Ermm Aidid pula yang aku tengok terlebih sopan. Sentiasa menjaga tutur kata bila bercakap denganku. Sopan sungguh anak bujang siapalah ni ye? aku hanya berkata-kata di dalam hati.

Terasa angin pantai mencium pipiku. Segar dan amat mendamaikan hati. Kaki laju ku hayun menuju ke restoran pilihan Aidid. Ternyata citarasa mamat skema ni sama denganku, bbq, pantai, angain malam yang mengasyikkan. Bab ni citarasa kami sama. Syukurlah...kalau la dia bawa aku makan di fast food...ermm inilah kali terakhir aku keluar dengannya kot. hehehe.

Setelah memesan air kami memilih segala jenis ikan, sotong dan udang untuk di bakar. Aidid banyak memilih udang, aku lebih banyak memilih beberapa jenis ikan untuk dibakar. Kolesterol aku tinggi weh, mati cepat la aku kalau asik telan udang je. Aku mengingatkan diri jangan ikut nafsu semasa memilih lauk-pauk ni.

"Awak kurang suka makan udang ke Zue?" Aidid memandangku kehairanan. Mungkin dia hairan aku hanya memilih dua ekor udang dan yang lainnya sotong dan yang lainnya ikan kerapi, kembung dan ikan ayam-ayam. Err apa ek nama ikan yang berkulit keras isi macam ayam tu? lupa pula namanya..ikan jebong ke? 

"Suka, tapi saya kena kawal makan. Kolestrol saya tinggi la awak." Aku tersenyum kelat."Erm? ye ke...keding macam ni kolestrol tinggi ke?" dia tergelak besar. 

"Keding?" aku membulatkan mata lalu turut tergelak bersamanya. "Dulu tak jaga makan..main telan je" aku menyambung sisa tawaku sambil turut sama menanti peniaga mengira harga lauk pauk kami. 

Apa yang bestnya restoran ni, lauk yang kami pilih akan mereka bersihkan dan mereka adun dengan sos khas dan kami akan bakar sendiri di ruang yang telah di sediakan. Berhadapan dengan tempat membakar tu ada banyak meja untuk pelanggan menjamu selera. Kami memilih untuk makan bersama air asam dan sambal kicap bersama beberapa ulam kampung yang semestinya segar. Aku hanya memilih ulam kacang botor dan jantung pisang rebus manakala Aidid pula memilih ulam raja dan pegaga. Sambal belacan pun ada,nampaknya bertambah dua kilo lah berat badanku malam ni. Haish....parah!

Kami bergilir-gilir membakar dan memalingkan lauk yang dibakar. Baunya saja dah menggoda tekakku, belum suap lagi tu. Wahh aku teruja. Terus terlupa aku bersama dengan insan yang baru aku kenali. Satu demi satu cerita yang keluar dari mulut Aidid memecahkan tawaku. Ternyata bukan lah skema sangat pun mamat ni. 

Kami makan dengan perlahan. Baru dua tiga suap aku dah rasa tak selesa. Perut mula rasa pedih dan memulas. Sah, memang gastrik aku dah datang. Haish, time aku dating dengan mamat encem pulak dia nak datang, jeles ke apa gastrik ni ha??

Aku hanya meratah lauk menemani Aidid yang nampak berselera makan. "Hai, dua tiga suap je ke makan nasi?" suapannya terhenti bila terlihat nasiku masih penuh. 

Aku hanya tersenyum, nak cakap gastrik terasa segan. Aku mengambil tisu lalu mengelap peluh yang mula memenuhi ruang wajahku. Dah berpeluh menahan sakit, risau pula aku pengsan depan Aidid ni nanti.

"Diet ke atau tak sedap?" Aidid masih tak puas hati memandangkan aku tak menjawab soalannya tadi.

"Err se sedap..tapi, saya gastrik la. Sakit sangat ni. Tak boleh nak makan lagi dah ni." Aku cuba menyedut minumanku perlahan. Meredakan kesakitan yang menggila dan keresahan dari panahan si pemilik mata jejaka di depanku ini.

"Laa....gastrik ke? kenapa tak bagi tau. Ada ubat tak?" Aku hanya menggeleng lemah. Sebenarnya dari petang tadi dah terasa perit perut ni tapi mana lah aku sempat nak ke pekan paka mencari ubat time maghrib tadi.

"Joms, saya dah siap ni. Kita gerak sekarang terus cari ubat ye?" Aidid kelihatan resah. Aku hanya mengangguk lemah memasuki perut kereta dan diam melayan peritnya sakit dan mengharapkan cepatlah dapat makan ubat. Tak tertanggung menahan gelodak perut ni lagi .

"Kita pergi klinik?" Aidid meminta persetujuanku. Laju saja aku menggeleng. Risau kalau ke klinik pasti doktor bagi sedas suntikan macam selalu. Eii tak maulah aku. 

"Erm? dah tu nak cari ubat macam mana kalau tak mau ke klinik?" terdengar sedikit keras nada Aidid, mungkin kesal atau marah dengan kedegilanku.

"Kita pergi farmasi saja la ye, saya cuma nak cari ubat gastrik perisa lemon yang saya biasa makan saja." aku menerangkan kepadanya. Terdengar keluhan keras mungkin dia merasakan lebih baik aku ke klinik berbanding hanya membeli ubat.

Aidid menghulur ubat yang aku pesan bersama air dan gaviscon sepaket. Aku sdikit hairan, tak pernah lagi aku makan gaviscon .

"Jangan buat muka pelik, ni air. Saya nampak muka awak dah pucat tu menahan sakit. Sila makan gaviscon tu. Sepaket memang untuk sekali makan. Selepas 10 minit awak akan rasa lega. Ubat yang awak minta tu makan di bilik saja nanti jika masih tak okey ye?" kedengaran seperti memujuk dalam paksaan saja si Aidid ni. Haish lagaknya mengalahkan doktor mamat ni. Baru kenal aku beberapa jam dah berjaya paksa aku telan ubat. 

Nak tak nak gaviscon yang telah siap digoyakkan tu aku telan juga akhirnya. Air aku teguk perlahan memandangkan tiada straw. Risau terpercik air malu lah aku depan mamat skema ni. Dia kan skema...pasti nak tengok gadis ayu kan? hehehe

Dalam perjalanan pulang ke hotel perutku mula rasa sedikit reda kesakitannya. Bagus juga gaviscon ni rupanya, tapi aku lebih minat ubat aku tu. Perisa lemon...sedap lagi dari gaviscon. hehehe. "Erm...tak mau mengopi dulu di restoran?" pelawaku tatkala turun dari keretanya.

"Boleh saja, tapi awak tak boleh minum kopi. Suka kopi ye? kopi tak elok untuk awak yang sedang gastrik tu." senyumnya mematikan senyumanku. Hoh??? tak boleh kopi? aku nak minum apa? milo? macam budak tadika saja...huhu

"Err tak boleh ke? saya tak boleh hidup tanpa kopi, eh takpa kita mengeteh saja jom!" aku rasa baik tukar kepada teh sebelum berbakul dia ceramah aku pasal kopi.

Kami minum dan terus berbual hingga tak sedar jam melewati pukul 12.45 malam. Hati masih tertanya-tanya siapakah Aidid ni? Kerja apa? anak siapa? haish malas la aku nak tau pasal dia, mamat mulut manis, senyum manis muka manis macam dia ni jadi rebutan gadis semalaya, malas pula aku sama-sama nak merebut si Aidid ni nanti kalau tiba-tiba terjatuh cinta. Bukan Zulaikha la kalau tiba-tiba minat pada mamat chinese look ni kan? aku kan suka jejaka kemelayuan yang tak berapa kacak tapi semestinya macho macam kamal adli, fizz fairuz, ady putra..hehehe

Kami segera menghabiskan minuman dan bertukar nombor telefon. Kata Aidid sebelum cutinya habis dia ingin bertemu denganku jika berkesempatan. Cuti? kerja kat mana mamat ni? pakai kereta bapak punya besar ni kereta dia ke atau kereta akak dia? hurm... "Ya Allah jika dia bukan jodohku kau jauhkan lah dia dariku". Desis hatiku, terasa ada sedikit kelainan di hatiku. Terasa seperti tercuit dengan jejaka ini. Aku tak sanggup menanggung derita akibat perpisahan lagi. Sungguh aku tak sanggup. Aku perlu elakkan diri dari bertemu dengannya lagi agar aku tak akan kecewa dan mungkin akan terluka lagi.

bersambung .....



No comments: