Monday 22 April 2013

Cinta Di Angin Lalu Part-5

Part-1
Part-2
Part-3
Part-4

"Hai...dah lama ke? " Aidid menegur. "Lama la...lapar dah i tunggu u tau." Aku buat nada merajuk. Saja ingin mengenakan Aidid. 

"Janji pukul 8.15pagi kan? ke...u yang tak sabar-sabar nak jumpa i ?" Aidid merenung jam di lengan kirinya. Laju aku merenung jam di lengan. Muka terasa panas...aku meneguk kopi dengan selamber cuba meredakan gelodak di hati. Aidid tergelak nakal berjaya mengenakan aku. Baru pukul 8.05 pagi aku dah kata tunggu Aidid lama, mau tak gelak sakan mamat tu. Memang terkena la jawabnya.

" ehem...tadi kata rindu kat i, sampai datang awal sebab tak sabar nak jumpa. Ni i depan mata buat sombong la pulak?" Aidid tak habis lagi mengusik aku.

"I tak tengok jam masa turun tadi, patut la rasa lama sangat tunggu u. Tak perasan i turun awal rupanya tadi." Aku cuba membela diri, malas pula nak tengok senyum nakal Aidid yang menyangka aku merindui dirinya sebab tu aku turun awal ke cafe.

"Ye la princess...jangan la merajuk. I tau la u tak rindu i. Dah muak agaknya sejak dari semalam dengan i,  semalaman di pantai, ni jumpa lagi. Kejap lagi kita berpisah baru mata u lega tanpa kehadiran i agaknya kot?" walau suaranya ceria terdengar sedikit sayu di hujung ayatnya. Aku segera mendongak ke wajahnya. Tak mampu menafikan kata-katanya. Apa yang aku rasa adalah perit. Tekakku terasa perit menelan liurku sendiri. Memikirkan kami akan berpisah tidak lama lagi buat aku rasa serba tak kena.

"Aidid...." hanya sepatah itu yang terkeluar.

"Erm?" Aidid setia menanti, teh di teguk perlahan. Menanti sesuatu dari mulutku yang aku sendiri tak pasti apa kah ia. Namun wajahnya kelihatan tenang menanti tiap ayat yang bakal keluar dari mulutku.

"Err nanti bila u dah start kerja kita boleh jumpa lagi kan? I tau kerja u busy, tapi...kita ada peluang untuk jumpa lagi macam ni kan?" Aku cuba mencari kepastian. Sebenarnya amat takut andai perkenalan kami hanya di sini dan tidak bersambung setelah masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. 

"Hei...nape ni? kan i dah cerita pada zue yang i dapat kerja di hospital Putrajaya. Dekat dengan rumah Zue kan? nanti kita pasti akan boleh jumpa. Kebetulan dah dekat, pasti ada peluang untuk kita jumpa selalu dan beraktiviti bersama nanti." Aidid memujuk. Terasa lega dengan janji Aidid. Walau baru berkenalan namun aku rasa amat selesa bersama Aidid. Hampir setiap masa kami bersama, mustahil aku dapat melupakan detik indah itu sekelip mata.

"Jom, ambik makanan." aku terus meninggalkan Aidid. Tak sanggup rasanya membiarkan wajahku diteroka sepuasnya oleh lelaki kacak itu. Silap-silap nanti habis rahsia hatiku diselongkar olehnya. Matanya menikam tajam, menyelongkar setiap inci wajahku sehingga ia melemaskan hatiku.

Kami makan dan terus berbual bagaikan tiada perlisahan yang akan berlaku. Sememangnya tiada perpisahan kerana kami baru bermula, bukan dipenghujung perhubungan. Aidid akan gerak pulang ke kampungnya petang nanti dan aku pula akan pulang mungkin esok pagi atau lusa. Terasa ingin berehat sepuasnya di sini. Berada di kawasan kampung amat menenangkan. Aku takkan melupakan percutian indah ini seumur hidupku. Tapi...tanpa Aidid, mampu kah aku bercuti sendirian? walau pada asalnya memang aku ingin bercuti sendiri, selepas kehadiran Aidid aku seakan tidak pandai berdikari. Semuanya aku harapkan Aidid.

"Hai...awak ni bercuti ke atau bulan madu?" terdengar sapaan dari belakang. Segera aku menoleh dan mencari suara yang amat aku kenali itu.

"Eq...bulan madu apanya? Saya kenal Aidid di sini. Bukannya kami merancang bercuti bsersama pun, saya baru saja kenal dia." Aku cuba membela diri. Pandangan sinis Eqbal cukup membakar tangkai hatiku. Entah apa yang dia fikirkan antara aku dan Aidid. Dia tahu kami sepanjang malam di pantai?

"Owh, ingatkan berbulan madu. Ke KT bersama, balik terus lepak di pantai sepanjang malam. Sarapan bersama...segalanya bersama. Sebilik juga solat subuh?" Eqbal tergelak kuat. Nampak sangat gelaknya sengaja dibuat-buat. 

"Eqbal, Aidid cuma tumpang solat subuh. Saya tak masuk bilik pun semasa Aidid solat subuh. Apa yang cuba awak buktikan?" Aku semakin terbakar. Lemang kijal bersama serunding daging yang aku ambil masih aku tatang di tangan kananku. Aidid hanya memerhati dari jauh. Mungkin tidak mahu masuk campur atau sudah bosan dengan perilaku Eqbal yang sentiasa mengekori kami.

"Zulaikha...bertahun saya cuba menjejaki awak. Kini saya dah jumpa insan yang saya cari-cari. Tapi hati saya terluka melihat gadis sebaik awak boleh membiarkan lelaki itu masuk ke bilik awak. Awak bukan gadis yang macam ni kan Zue?" terdengar suara Eqbal seperti merintih sedih.

Aku hanya merenung Eqbal dengan penuh makna. Mengharap dia mengerti bahawa ia hanya salah faham pada pandangan mata kasarnya. Aku sungguh terluka dengan pendapat dan pandangan Eqbal. Sanggup dia menuduh aku seperti itu. Aku dan Aidid tak pernah buat sesuatu yang tidak elok. Aidid sentiasa menjaga jarak dan batas di antara kami. Mengapa perlu Eqbal hukum aku dengan sebegitu rupa?

"Zulaikha....saya rindukan awak. Saya rindukan segalanya, saya harap kita ada peluang untuk bercakap. Ada banyak perkara ingin saya ceritakan kepada awak." Eqbal merayu..aku rasa air mataku semakin memberat. 

"Kita jumpa petang nanti di tepi pantai, ni kad saya nanti awak call saya bagitahu nak turun pukul berapa." segera aku hulur kad namaku kepada Eqbal dan terus mendapatkan Aidid yang sedia menunggu lama. Tak ingin aku bazirkan masa begitu saja sedangkan aku sudah berjanji dengan Aidid bukannya Eqbal pagi ni.

"Amboi...jumpa kekasih terus tak ingat i?" Aidid tersenyum-senyum sambil menyuap nasi dagangnya.

"Jangan nak perli saya, saya cuma berbual kosong saja." aku membalas ringkas dengan senyuman yang aku sendiri tidak mengerti adakah ia ikhlas atau tidak. Kami berbual dan terus berbual. Selesai sarapan kami terus menuju ke tepi pantai. Bertukar cerita dari satu topik ke satu topik buat aku semakin menyenangi Aidid. Moga permulaan kerjayanya sebagai seorang doktor akan berjalan dengan lancar. Aku pula seperti biasa....setia menjadi penganggur dan penulis bebas sejak dari dulu lagi. Orang tak boleh terima arahan macam aku ni memang patut kerja sendiri kot...

Aidid bercerita tentang kerjayanya, aku kagum dengan dirinya. Dengan semua doktor sebenarnya. Pada aku mereka ni banyak berkorban demi insan lain. Tiada kehidupan. Kerja, kerja dan kerja. Kalau la aku dapat suami doktor, mau makan hati kot? jangan harap la nak dating selalu. Kerja macam Pali sahabatku yang asik turun site tu pun susah nak dapat kekasih. Kalau macam Aidid ni rasanya wanita yang memahami dan berdikari saja boleh tahan kot. Kalau aku? awal-awal aku angkat bendera putih. Ampun...tak sanggup aku!

"Zue, saya takda ni jaga diri elok-elok ye. Nanti bila free saya akan call tanya khabar. Jaga diri elok-elok, awak tu seorang diri, perempuan pula tu." berjela pesanan yang Aidid berikan.

"Awak pun sama, jaga diri. Jangan bawak kereta laju-laju. Dah la kereta pinjam." aku mengusik lagi. 

"Ye la...memang la kereta pinjam, belum kerja manalah i ada duit nak beli kereta." Aidid tergelak bila aku mengatakan keretanya kereta pinjam. Kereta yang Aidid gunakan tu kereta abang iparnya. Dia akan pulang ke kampung dengan menaiki bas.

Walau pun sedikit sayu dengan perpisahan ini namun aku bersyukur perkenalan kami berjalan dengan baik. Aidid sangat menghormatiku sebagai seorang wanita, tiap kata-katanya menghiburkan hati. Memberi semangat dan dia sentiasa berfikiran positif walau kadang kala aku sedikit melenting dalam sesuatu hal yang dia bangkitkan.

*******************

Selesai solat zuhor aku hanya berehat di bilik. Masih terasa kehadiran Aidid. Masih terbayang wajahnya, gelaknya dan tiap usikannya. Terasa macam dah gila bayang pula aku dengan mamat skema ni. Jangan zue...jangan buat pasal jatuh hati pada doktor muda tu. Hati ku berpesan berkali-kali. Aku  harap aku tak jatuh hati dengan Aidid. 

Terasa berdebar- debar untuk bertemu Eqbal petang nanti. Bertahun-tahun kami terpisah, tak sangka kami bertemu semula. Wajahnya masih tenang seperti dulu. Lesung pipitnya sentiasa manis pada mataku. Redup matanya sentiasa mendebarkan hati setiap insan yang memandang. Mampukah aku bersahaja apabila kami bertemu nanti? hurm....




No comments: