Wednesday 28 November 2012

Kenangan Aku Dan Atuk,Angsa Menyudu Dan Opera Cina


Assalamualaikum....

Bismillahirrahmanirrahim....

Aku tak niat nak menulis cerpen hari ni. Eh tulis ke taip? bukan taip ke? bak kata aan memang la orang kata tulis tak kata taip(write)..huhu. Baeklah aan, awak betul, weeee. Eh apa pulak tetiba aku mengalah bagi aan menang? aha.

Okey, aku tak niat nak sambung cerpen aku tu kali ni. Bagi aku bernafas sedut udara segar untuk sambung cerpen tu. Lagi pun aku sentap bila ada yang marah ia bersambung. Aku bersungguh buat blog ni sebab aku memang nak buat cerpen bersiri korang tau tak? ye la...aku cuma berpeluang tulis kat blog yang itu satu cerpen sekali je, korang bayangkan aku tergedik-gedik tak tau nak buat cerpen kat mana dah lepas tu...haha.

Cerita pasal angsa menyudu. Eh korang kenal angsa tak? 

Okey korang dah tau angsa tu apa kan? dulu kan...masa aku kecik-kecik aku selalu duduk 2-3 hari kat rumah atuk aku kat segamat tu. Arwah atuk aku tu sayang sangat kat aku kot, selalu sangat ambik aku beberapa hari bawa aku ke sana sini. Aku syak arwah atuk aku bangga nak tayang cucu dia yang comel lagi gebus macam aku ni kat kawan dia kat warung Tukirin tu kot?

Berbalik pasal cerita angsa. Atuk aku ada pelihara banyak itik dan angsa. Aku tak kisah bab itik. Tapi aku cukup kisah bab angsa. Rumah arwah atuk dan nenek aku bilik mandi dan tandas di luar, korang pun...macam tak biasa, ye lah rumah atuk aku kan rumah kampung. Ohoho...memang kenangan masa tu. Nama pun 'kampung kenangan'. Masa tu muksu aku sibuk nak cuci baju masa tu sedang kan aku beramah mesra dengan anak angsa yang comel. Tak la anak sangat, angsa tu tahap remaja 15 tahun yang tengah tergedik-gedik camtu gayanya. Elok-elok je aku main lari sana sini masa tu, ye lah aku kan baru umur 3-4 tahun masa tu. Muksu minta aku 'berboleng' sebab nak cuci baju yang aku pakai tu. Hoh? berboleng? korang tau ke berboleng tu apa? psst...berbogel hokey!  aku dengan keterpaksaan menyerahkan baju dan seluar fido dido aku untuk muksu cuci. Ala...zaman korang ada baju fido dido ke? aku taksub baju tu zaman tu tau!

Sedang aku memakai suit putih melepak(berbogel la tu) tu...ha..jangan cuba bayangkan! sebab memang aku putih macam anak cina tau masa aku kecik dulu. Sekarang je kelam macam anak peranakan..kah kah kah. Aku tak tau apa yang angsa tu fikir, mereka berjemaah mengejar aku yang sedang memakai suit putih itu. Ohhoho...aku ketakutan. Aku lari keliling rumah masih dikejar angsa tu. Muksu gelak-gelak sedangkan aku dah menangis. Akhirnya muksu terpaksa dukung aku bawa masuk bilik mandi sebab dia tahu angsa tu bertekad nak menyudu aku. Eh..kenapa pangggil menyudu ek? nanti aku kaji! grrr

Sejak kejadian tu aku anti dengan angsa. Dah la berak berterabur, pengotor main kat longkang, jahat nak gigit aku. Aku tak pasti bahagian mana dia nak gigit tapi aku memang cuak giler. Aktiviti petang pastilah atuk bawa aku bersiar-siar dengan honda dia tu. Aku tertenggek dalam bakul dengan girang sekali sebab aku tau atuk akan bawa aku ke pekan batu anam untuk minum-minum. Atuk suka bawa aku minum kedai tukirin dan belanja minum oren bodoh. Eh tau oren bodoh?


ha...tu dia gambar oren bodoh yang aku sebut tadi. Air dia tak la bergas sangat macam oren F&N tu. Atuk selalu belikan aku air tu, sementara arwah atuk minum air kopi o kegemaran dia..sobs...aku jadi pilu bila sebut kopi o. Dulu arwah atuk minum kopi murah je, cap tupai ke apa. Semenjak dua menjak aku ada rezeki lebih ni aku rajin minum kopi agak mahal sikit, arabica ke...walau murah la jugak aku kisar sendiri tapi aku agak rasanya lebih enak berbanding kopi arwah atuk. Kalau lah aku boleh putar masa ingin aku kongsi  minum kopi ni dengan arwah atuk. Pasti dia lebih sayang kan aku kan?

aku tak tau apa aku nak cuba ceritakan kat korang. Apa yang aku tahu kenangan lalu benar-benar buat aku rindukan arwah atuk. Kenapa dulu aku rasa kadang kala arwah atuk pilih kasih? sedangkan kalau aku duduk kenang satu persatu aku nampak sangat betapa arwah atuk sayangkan aku tak bertepi. Dah tiada orangnya baru nak rindu? itulah kita kan? Selalu alpa..leka. Sambung cerita, lepas arwah atuk bawa aku minum-minum, dia belikan aku apam balik.


Ha...ni kegemaran aku, aku sorang boleh makan 4 keping tau! tengok badan la kan! zaman arwah atuk belikan dulu murah je, RM1 dapat 7 keping tau.Aku suka kalau banyak jagung dan mewah dengan marjerin. Perghh ragup dan berminyak muncung aku ni...ahaha

Lepas dapat apam balik kesukaan aku tu atuk bawa aku ke padang. Aku blur, buat apa atuk bawa aku duduk di kalangan cina di kerusi merah ni? ada pentas yang bertutup dan ada cina-cina make up tebal. 


Tetiba bunyi muzik yang kuat dan mulalah opera cina. Oooo aku baru tau itu opera cina. Langsung tak paham apa cina tu persembahkan. Aku pelik kenapa arwah atuk bawa aku menonton sama. Tapi ia jadi satu kenangan indah yang aku rasa aku tak dapat kutip di mana-mana kenangan menonton opera cina lebih 30 minit tu. Balik awal pun sebab aku merayu ajak atuk balik...huhu

Allah lebih sayangkan arwah atuk, setelah 3 tahun lebih arwah atu terlantar sakit akhirnya Allah jemput dia semula. Aku yakin Allah beri kesempatan yang cukup panjang untuk aku mengenali arwah atuk. Betapa aku rindukan arwah atuk, betapa aku cuba menyeka air mata ni jatuh tetapi aku rasa ia tetap tergedik-gedik nak jatuh juga....kenapa aku menangis? entah..rindu tak berpenghujung. Aku rindukan arwah atuk, al-fatihah....aku sentiasa mendoakan arwah atuk aman di sana. Moga arwah atuk ditempatkan di kalangan umat islam yang soleh.  

Betapa besarnya rindu kita mereka yang dah pergi takkan kembali, apa yang ada hanyalah kenangan indah yang kita cipta di belakang hari untuk kita selak satu demi satu buat pengubat duka merindu. Aku berharap aku juga seperti arwah atuk, dapat mengembirakan tiap insan di dunia ini agar bila aku tiada lagi di muka bumi ini aku akan dirindui juga. 


3 comments:

Amyna said...

Al-Fatihah untuk arwah atuk LM...

Myna pun kedua² pihak Mak&ayah tak da atuk dah... tinggal nenek sorang ja itu pun sebelah Mak...

bicara mak dara said...

al fatihah.. semoga tabah menghadapi kehilangan ini.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan org2 yang beriman amin.. AL Fatihah...

TheyCallMeMrRight said...

kalau saya tau angsa tu jantan atau betina mungkin saya boleh cuba jawab bahagian mana yang menarik perhatian dia. hahaha..

rindu, memang selalu kepada yang kita sudah tiada.

dulu masa kecik-kecik, abah saya selalu jugak bawak saya pergi tengok wayang cina (baca: opera cina). biasanya selepas tahun baru cina.