Monday 3 December 2012

Lebam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku makin lemau...tau lemau? hurm, lemau macam biskut marie yang dah masuk angin tu. Tangan pun aku makin tak larat nak angkat dah. Apa puncanya aku sendiri kurang pasti. Apa yang aku perasan ada banyak lebam terutama peha dan lengan aku ni.

Kalau aku buat aktiviti lasak boleh la kata aku terlanggar apa-apa ke, ni bila aku elok sopan je lepas tu lebam sana sini aku mula rasa tak sedap hati. Nak angkat tangan pun macam tak larat...huhu.

Klinik? aku dah pergi semalam. Batuk  akibat makan rambutan haritu dah melarat, siap ada jangkitan kuman lagi tu. Benci betul bab ni. Bukan tak terima diri sakit, cuma aku malas nak telan ubat. Badan aku ni mana boleh makan amoxy ke ampicilin ke..mesti kena ngap antibiotik jenis ceporex. Bau dia, mau nanges ooo...buang air rasa macam pergi kilang ubat!

A'an kata aku zalimi diri sebab takmo makan ubat. Aku ni tak niat langsung nak aniaya diri sendiri. Aku ni memang jenis dari kecik susah bebenor nak makan ubat. Asal masuk je ubat mesti aku muntah. Aku siap suruh bonda ikat tangan aku untuk suap ubat. Kalau tak ikat memang aku meronta-ronta. Bonda punya lah seksa nak hidupkan aku ni dulu. Asal demam je melepek macam kain buruk. Makan ubat sampai setengah botol sebab muntah sampai 3 kali. Lepas muntah makan lagi ubat. Siyes aku fobia.

Dah la..tangan aku makin lenguh, ops..ada kaitan ke lebam dengan demam aku ni? aku tak cerita kat doktor badan aku demam. Doktor malam tadi tu lelaki, malas aku nak selak bagi dia tengok lebam aku tu...huhuhu


2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Risau pulak kakak bila baca N3 Puteri ini. Sebaiknya cuba cari ustaz yg boleh membantu. Kena percaya dik yg syaitan dan jin memang ada. Al-Quran ada menyatakan itu. Selagi belum kiamat apa juga kehendak syaitan akan terlaksana itu janji yg tak mungkin dimungkiri. Oleh itu kita kena usaha, doa dan tawakkal utk mengelak dari diganggu oleh syaitan/jin tersebut.

Cubalah, usah dibiarkan dan jgn terus melarat. Kakak doakan moga ada kesembuhan hendaknya.

Unknown said...

setuju dngan kak zakie..