Thursday 6 December 2012

Hidup


Panas terik membakar kulit. Terasa perit dipanah mentari tengah hari. Selaju mungkin aku melangkah berharap cepat sampai ke pejabat. Fail aku kepit di pelangan kanan dan handbag aku letakkan di lengan kiri seperti kebiasaan. 

Sreeettttttttttttt
"Cik, ok tak?" seorang lelaki memapah aku bangun. Ramai lagi yang datang mengelilingi aku. Pandangan aku makin kabur. Mungkin kerana sakit atau aku mula pitam selepas melihat darah membasahi kemeja putihku. "Arghh" akhirnya aku terjerit juga. Sakit dan mual. Segera aku alihkan fikiran agar aku tak muntah di situ.

"Cik, minum air ni." seorang wanita suakan aku air. aku sempat membuka mata dan melihat seorang gadis bertudung labuh sedang mengadap aku. Aku beranikan diri meminum air yang diberi. Aku yakin kan diri dia orang baik-baik dari segi keterampilan luarannya. 

"Tolong sapukan mukanya dengan air." suara lelaki tadi mengarahkan gadis tadi menyapukan air ke wajahku. "Tangan saya sakit sangat." aku mengadu. Kepala ku berdenyut kuat. Bintang kejora dah berlegar-legar di atas  kepalaku. Tangan dan kaki terasa bagai berada di puncak gunung. Dadaku terasa sempit, mata dah tak mampu aku buka. Ku cuba merapatkan mata dan ia amat menenangkan.

"Cik, buka mata cik. Jangan tidur. Kuat ye..saya bawa pergi hospital. Maafkan saya sebab tak sempat break tadi." suara lelaki tadi. Aku hanya mengangguk lemah. Cuba membuka mata, namun gagal. Kesakitan tak terbendung.

"Cik, saya risau cik pengsan. Cuba lawan, jangan tutup mata ye. Marikita ke hospital sekarang." Terasa diriku di cempung oleh tangan sasa lelaki itu. Mudah saja dia merangkul tubuh genitku. 

*****
Sah...aku di hospital. Ku renung kipas yang ligat berpusing. Jururawat yang busy ke sana sini, rengekan halus jiran di sebelah katil. Situasi yang membosankan. "Bonda.." aku memanggil bonda. Tiada kelibat bonda. Terasa tekak kehausan. Siapa nak belikan aku air?

"Bonda..." aku memanggil lagi. Walau hatiku kuat mengatakan bonda tiada namun aku masih berharap bonda berlari memelukku dan menghulurkan air.

Semua orang sibuk, tiada kelibat bonda. Tiada sesiapa yang mempedulikan aku. Jururawat yang lalu beberapa orang kulambai. Tiada respon. Mengapa mereka tak mempedulikan aku? Bonda tak tahu aku kemalangan? Mereka tak hubungi bonda?Aku cuba bangun, mencari seseorang untuk membantuku. Kaku...kaki tak mampu bergerak.

"Jangan menangis, nanti dia sedar lah tu." suara bak menenangkan bonda. Bak datang, aku senyum pada bak. Muka bak rungsing. Bonda masih menangis, mata bonda bengkak. Kesian bonda.

"Bonda, jangan la menangis. Lyz takda apa-apa. Lyz sakit sikit je. Bak, pujuk la bonda." aku  memaut lengan bonda. Tiada respon. Bonda terus menangis dan memeluk tubuhku. Bak juga tak menoleh ke arah ku. Sibuk mengusap rambutku sejak tadi.

"Bak, Lyz haus. Boleh bagi Lyz minum?" aku baru teringat tekak ni sangat dahaga. Harap bak suakan air untukku. Tiada respon juga dari bak. Hairan...mengapa bonda dan bak sedih begini sampai tak sedar panggilan dariku?

"Doktor, bagaimana dengan anak kami?" bonda menerpa ke arah doktor yang datang melawatku. Lega, mungkin aku boleh memohon pulang esok dari doktor. Cedera sikit di lengan dan kaki tak memungkinkan aku ditahan lama di sini mungkin.

"Anak encik dan puan masih tidak sedarkan diri. Gegeran yang berlaku buat dia koma setakat ini. Menurut lelaki yang membawanya ke sini tadi, dia sedar selepas kemalangan malangnya dia terus tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan." doktor menerangkan kepada bonda dan bak. Koma? aku sedar. Mengapa doktor kata aku koma. Hairan...aku letih memanggil tiada siapa yang peduli. Aku kehausan, amat haus. Akhirnya aku berusaha bangun dan meninggalkan bonda dan bak yang tak habis-habis menangis tanpa mempedulikan panggilan aku. Aku gagahi diri dan menuju ke luar. Mana tahu andai sesiapa boleh membantu aku mendapatkan seteguk minuman.

Ku hayun kaki menyusuri taman yang indah. Makin jauh makin santin taman ini. Ada sebatang sungai yang airnya sungguh jernih. Bunga tulip tumbuh meliar. Tulip? tak sangka di sini boleh ada tulip. Redup dan nyaman udara di sini. Aliran perlahan anak sungai itu membuatkan aku terfikir untuk melegakan tekak. Aku membongkok ke sungai dan menadah air di telapak tangan. Menghirup perlahan, alhamdulillah...melegakan. Aku cuba mencedok lagi air....

Bush!!!
Aku terjatuh ke dalam sungai. "Bonda!!!!!!" aku menjerit. Pastinya tiada sesiapa yang datang membantu aku. Tiada kelibat sesiapa. Aku panik."Lyz, capai tangan papa ni. Cepat, berenang ke tepi sini." papa menanti aku di tepi tebing. Papa? syukurlah papa datang selamatkan aku.

"Papa, terima kasih selamatkan Lyz,macam mana papa boleh ada di sini?" aku hairan. Dah bertahun wajah itu aku rindu.
"Ini tempat papa, Lyz buat apa di sini. Balik la, bonda dan bak tunggu Lyz." papa memujukku. "Lyz haus, cari air tak jumpa.Lyz tumpang minum di sini tadi. Papa jom balik dengan Lyz. Rindu sangat." aku peluk erat tubuh papa. Papa nampak segak berbaju putih, berseluar putih juga. Ceria wajah papa amat menenangkan jiwa.

"Lyz pergi balik ikut jalan tu. Ingat Rizman tunang Lyz? dia tunggu Lyz. Dia dah sampai nak melawat Lyz. Jangan merajuk lama-lama. Minggu depan dah nak nikah. Salah faham tu cepat-cepatlah berdamai ye sayang." papa memelukku erat, di belai rambutku mesra lalu terus memicit hidungku kuat. Sejak dulu begitulah cara papa memujukku bila aku merajuk.

"Lyz tak mau balik, bonda tak pedulikan Lyz. Lyz tak mau jumpa Rizman. Lyz dah cakap dekat Rizman biar Lyz mati saja. Biar hidup dia aman tanpa Lyz." aku mengadu kepada papa. Benar, pergaduhan tengah hari tadi dengan Rizman buat aku marah yang teramat sangat. Tergesa-gesa melintas jalan akibat terlewat masuk ke pejabat telah membuatkan aku terlibat dalam kemalangan tadi.

"Pergilah pulang, selesaikan semuanya. Lyz perlu hadapi dugaan ni dengan tabah. Fikir bonda, bak dan perjanjian Lyz dengan Rizman. Jadi bakal isteri orang kena elok perangai. Bijak selesaikan masalah. Anak papa baik kan?" papa memujuk. Aku mengagguk lemah. Ku cium tangan papa dan terus melangkah pulang. Ku toleh ke belakang, "Papa tak ikut Lyz pulang?" aku sedikit menjerit. "Tak mengapa, papa perlu di sini. Lyz pulang ye sayang...nanti papa lawat Lyz lagi." ku dengar janji papa dengan gembira. Ku susun langkah satu persatu menyusuri sungai sambil melihat cantiknya tulip sepanjang sungai ini. Akhirnya sampai juga aku ke wad tadi. Bonda masih di sini. Aku tekat memanggil bonda. Sungguh hairan bonda tak hiraukan aku yang kehausan, bak juga tak hiraukan panggilanku. Rizman dah ada juga. Menangiskah lelaki ini? masih ada sisa sayangnya buat aku?

"Bonda..." aku memanggil bonda. Tersekat suaraku mungkin kerana banyak terminum air ketika jatuh ke sungai tadi.

"Lyz, dah sedar ye sayang. Lyz anak bonda!" bonda memelukku erat. Lebih erat dari tadi. "Sedar?" aku kehairanan...bila aku tidur sedangkan aku siap minum di sungai lagi tadi. Jatuh sungai dan diselamatkan papa. Aku ceritakan kisah kemalangan tadi, aku pitam dan pengsan. Kehausan yang teramat sangat hingga detik papa selamatkan aku. Bonda, Rizman dan bak masing-masing menangis lagi. Mereka mengucapkan syukur kepada Illahi, akhirnya aku sedar dari koma dan tidak hilang ingatan. 

"Awak, jangan tinggalkan saya lagi ye?" Rizman menggenggam erat tanganku. Aku hanya mampu tersenyum. Ternyata lelaki itu amat menyayangiku. Menyesal aku luahkan ingin mati dan pergi dari hidupnya waktu bergaduh tadi. Lagi seminggu pernikahan kami, ternyata pertengkaran tadi amat hebat hingga aku putus asa untuk terus hidup. Ternyata aku silap. Aku lupa tujuan aku hidup di dunia ini bukan untuk diriku saja. aku ada tanggungjawab terhadap Allah, keluarga dan banyak lagi. Ya Allah, maafkan aku. Aku silap dalam percaturan hidupku yang dulu. Terima kasih kerana memberi aku peluang untuk hidup kali kedua.



3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Nasib baik happy ending. Lega kakak hihi...

Hafizin Jamil said...

kat mana rizman sekarang ni kak..?haha

Fiza Rahman said...

Bley buat novel nih ☺☺