Thursday 13 December 2012

Selipar Jepun


Izham buat muka sepuluh sen saja bila aku mengomel pasal gaya santai dia. Terasa nak gigit-gigit lengan jejaka di hadapan mata aku tu. Boleh pula dia pakai selipar jepun tanpa rasa bersalah nak dating malam ni. Kalau dengan aku saja takpa lah, ni keluar ramai-ramai pula tu. Aku pula bersungguh melaram bagai nak rak. Hasilnya aku bagaikan nak ke pejabat sedangkan dia bagaikan tukang kebun sekolah...huhu. Memang aku angin.

"Sayang marah saya ke?" dia bertanya lagi. Takda perasaan ke apa. Geram sungguh dengan sikapnya.
"Bukan marah, saya cuma geram. Awak sepatutnya jagalah penampilan sikit. Kalau nak ke pasar pakai gini ok lagi. Ini awak nak makan dengan kawan-kawan, nak makan pula di restoran besar. Awak kenalah peka sikit pasal benda macam ni. Tak mahu lah nanti orang kata saya tak pandai urus suami." aku lepaskan segala yang terbuku. Walau dah sebulan nikah aku masih kurang faham dengan sikap suami aku ni.

Izham mula buat muka, aku dah muncung sedepa. Memang sweet kan kami? arghh aku rasa geram yang teramat. Nak patah balik tak sempat dah. Kalau boleh tutup aku dah tutup kaki suami kesayangan aku tu.

"Sayang....jangan la marah. Saya ada bawa kasut la. Kat belakang seat sayang tu." Izham tersengeh-sengeh bagai kerang busuk.
"Hah, ada bawa ke?. Dah tu kenapa tak pakai kasut tu." aku rasa macam nak kunyah saja Izham. Tak pernah serius dalam segala hal.

"Saja nak sakat sayang, tau dah sayang saya ni bukan suka jalan dengan orang selekeh. Nak tengok sayang bawa abang ke tak makan ngan kawan sayang kalau saya selekeh." Izham menarik hidungku. Huh, mujur sedang memandu. Kalau tidak dah lama aku balas semula.

Bukan suruh melaram, cuma aku sentiasa memastikan diri aku kemas. Begitu juga insan kesayangan aku tak kira suami atau bonda juga. Aku selalu pesan pada bonda, penampilan kita ni dinilai. Pakai selekeh kadang-kadang buat orang tak hormat kita. Itu dah jadi lumrah hidup. Tak melampau kalau aku sendiri minta bonda pakai sutera semata-mata nak pergi ambik repord card adik. Bonda okey saja, tapi si suami ni...alahai, sebulan dah kami nikah tapi tak berjaya lagi aku bentuk untuk dia  berpakaian  selesa dan sesuai ikut tempat. 

Cerewet ke aku? hurm...tak kisah la, janji dengan berpakaian kemas kita ada keyakinan diri. Tu saja yang aku pentingkan.



4 comments:

Pakcu Sofi said...

peminat J-Pop la ni...

محمد رازيق said...

hehe. setuju. first impression adalah dari luaran. cara berpakaian.

Unknown said...

hehe,nice story..sama mcm adik kaklong,tak bagi pakai selipa kalau kelua,hehe..

محمد رازيق said...

tunggu crpen baru. hehe