Friday 14 December 2012

Kistot : Tukang masak Master

Waktu pagi. Sebelum enchik suami keluar mencari rezeki.

Hubby : uummmmmmm... Dapnyee nasi goreng awk ni yayang.

Wife : elee. Ye ke sedap. Nak amek ati la tu.

Hubby : mana ada. betul sedap. Walau rupa dia tak cantik, tapi rasa dia sedap. Sangat sedap.

Wife : ye lahh. Ye lah. *muka tak puas hati, dengan soalan di hati "does he mean what he said to me just now?"

Hubby : Tahniah. Anda telah diterima masuk Masterchef.

Wife : n awak ke jadi juri nya?

Hubby : tak boleh n tak mahu lah.

Wife : kenapa plak?

Hubby : kalau sy jadi chef mesti awak nangis nanti.

Wife : nak buli la tu. grrrrr

Hubby : tak lah. Kalau saya jadi chef. Cepat la habis cerita tu sebab hari pertama saya dah pilih pemenang. *muka selamba


Psst : Food is love. everytime you are chewing it, U feel it, taste it. The best food will always remembered as ur favourite. Same as love. U remember every moment spend together and treasure every moment u are with LoVE. ;) not forgotten, the best food always come with LoVE in it. Cook with LoVE. Piece! ;)

Thursday 13 December 2012

Selipar Jepun


Izham buat muka sepuluh sen saja bila aku mengomel pasal gaya santai dia. Terasa nak gigit-gigit lengan jejaka di hadapan mata aku tu. Boleh pula dia pakai selipar jepun tanpa rasa bersalah nak dating malam ni. Kalau dengan aku saja takpa lah, ni keluar ramai-ramai pula tu. Aku pula bersungguh melaram bagai nak rak. Hasilnya aku bagaikan nak ke pejabat sedangkan dia bagaikan tukang kebun sekolah...huhu. Memang aku angin.

"Sayang marah saya ke?" dia bertanya lagi. Takda perasaan ke apa. Geram sungguh dengan sikapnya.
"Bukan marah, saya cuma geram. Awak sepatutnya jagalah penampilan sikit. Kalau nak ke pasar pakai gini ok lagi. Ini awak nak makan dengan kawan-kawan, nak makan pula di restoran besar. Awak kenalah peka sikit pasal benda macam ni. Tak mahu lah nanti orang kata saya tak pandai urus suami." aku lepaskan segala yang terbuku. Walau dah sebulan nikah aku masih kurang faham dengan sikap suami aku ni.

Izham mula buat muka, aku dah muncung sedepa. Memang sweet kan kami? arghh aku rasa geram yang teramat. Nak patah balik tak sempat dah. Kalau boleh tutup aku dah tutup kaki suami kesayangan aku tu.

"Sayang....jangan la marah. Saya ada bawa kasut la. Kat belakang seat sayang tu." Izham tersengeh-sengeh bagai kerang busuk.
"Hah, ada bawa ke?. Dah tu kenapa tak pakai kasut tu." aku rasa macam nak kunyah saja Izham. Tak pernah serius dalam segala hal.

"Saja nak sakat sayang, tau dah sayang saya ni bukan suka jalan dengan orang selekeh. Nak tengok sayang bawa abang ke tak makan ngan kawan sayang kalau saya selekeh." Izham menarik hidungku. Huh, mujur sedang memandu. Kalau tidak dah lama aku balas semula.

Bukan suruh melaram, cuma aku sentiasa memastikan diri aku kemas. Begitu juga insan kesayangan aku tak kira suami atau bonda juga. Aku selalu pesan pada bonda, penampilan kita ni dinilai. Pakai selekeh kadang-kadang buat orang tak hormat kita. Itu dah jadi lumrah hidup. Tak melampau kalau aku sendiri minta bonda pakai sutera semata-mata nak pergi ambik repord card adik. Bonda okey saja, tapi si suami ni...alahai, sebulan dah kami nikah tapi tak berjaya lagi aku bentuk untuk dia  berpakaian  selesa dan sesuai ikut tempat. 

Cerewet ke aku? hurm...tak kisah la, janji dengan berpakaian kemas kita ada keyakinan diri. Tu saja yang aku pentingkan.



Kistot : Attracted

Attracted
Wife : dear, orang tua tua kata kan, klu kita mengandung baby perempuan, baby laki mesti suka kat kita. Dia berlawanan

Hubby : ehh ya ka? but inside there kan twins ? Then cmna plak ?

Wife : entah.

Hubby : so that means , we need to find a baby girl and do some experiment. If that baby gurl is attracted to you, means, kita memang ada twins la dalam tu kan? *sambil senyum penuh makna

Wife : grrrrr *geram hubby x pernah serius

Hubby : i hv just discover something la. baby laki attracted to baby perempuan.

Wife : so? Ok tacing dgn awk. U want to tell me dat u might attracted to other girls kan?

Hubby tersenyum* kemudian sambung

Hubby : everything got pair. But why hearts dont? Cause there is another part of it in others. In our case my another one is in u. Dats why u r wit me.

Nw i understand why im attracted to u?


Psst : love is about attraction. Doesn't mean that u need to be handsome, cute, rich or anything to get that , u just hv to be urself. Because u r special in ur own way. ;))

Tuesday 11 December 2012

Kistot : 10 11 12

Wife : Awak, cer list kan SEPULUH penarik yang buat awk fall in love dengan saya . Maksudnya tarikan la.

Hubby : 10? Awak nak saya list kan SATU satu ke ni?

Wife : ye la. Saya nak tahu satu per SATU.

Hubby : saya tak mampu la.

Wife : Kenapa? Awak mesti tak sayang saya kan? #merajuk dan berlalu

Lalu encik suami mengikut dari belakang lalu merangkul isterinya.

Hubby : kalau saya perlu hanya satu untuk saya kisahkan tentang awak tentulah saya tak mampu, kerana awak adalah SATU - satunya. Dan pastilah bila ada satu, semuanya adalah yang terbaik. Dan saya pasti awk juga sedang usahakan utk jadi lebih baik bukan?

Wife : (sambil senyum) ya saya. Saya pasti berusaha untuk kekalkan senyuman dibibir awk wahai suami.

Hubby : pasti. Tu yang DUA kat dalam tu. dok senyum senyum ja tengok ummi majuk ng abi. Eeuuuu maluuu maluuu...

*cubit

Hubby : wehhh sakit lahh.. Apa ni main cubit cubit?

Wife : sapa suruh mula? Padan muka.


Psst : tak perlu SEPULUh sebab untuk cinta, tak perlu SATU SATU kata untuk bersayang, cukuplah SATU dihati dan yang pasti DUA hati dah pun bersemi. Bahagia dah hadir. Moga kekal hingga akhir nanti. Dengan izinNYA membawa ke Syurga abadi ;)

Thursday 6 December 2012

Hidup


Panas terik membakar kulit. Terasa perit dipanah mentari tengah hari. Selaju mungkin aku melangkah berharap cepat sampai ke pejabat. Fail aku kepit di pelangan kanan dan handbag aku letakkan di lengan kiri seperti kebiasaan. 

Sreeettttttttttttt
"Cik, ok tak?" seorang lelaki memapah aku bangun. Ramai lagi yang datang mengelilingi aku. Pandangan aku makin kabur. Mungkin kerana sakit atau aku mula pitam selepas melihat darah membasahi kemeja putihku. "Arghh" akhirnya aku terjerit juga. Sakit dan mual. Segera aku alihkan fikiran agar aku tak muntah di situ.

"Cik, minum air ni." seorang wanita suakan aku air. aku sempat membuka mata dan melihat seorang gadis bertudung labuh sedang mengadap aku. Aku beranikan diri meminum air yang diberi. Aku yakin kan diri dia orang baik-baik dari segi keterampilan luarannya. 

"Tolong sapukan mukanya dengan air." suara lelaki tadi mengarahkan gadis tadi menyapukan air ke wajahku. "Tangan saya sakit sangat." aku mengadu. Kepala ku berdenyut kuat. Bintang kejora dah berlegar-legar di atas  kepalaku. Tangan dan kaki terasa bagai berada di puncak gunung. Dadaku terasa sempit, mata dah tak mampu aku buka. Ku cuba merapatkan mata dan ia amat menenangkan.

"Cik, buka mata cik. Jangan tidur. Kuat ye..saya bawa pergi hospital. Maafkan saya sebab tak sempat break tadi." suara lelaki tadi. Aku hanya mengangguk lemah. Cuba membuka mata, namun gagal. Kesakitan tak terbendung.

"Cik, saya risau cik pengsan. Cuba lawan, jangan tutup mata ye. Marikita ke hospital sekarang." Terasa diriku di cempung oleh tangan sasa lelaki itu. Mudah saja dia merangkul tubuh genitku. 

*****
Sah...aku di hospital. Ku renung kipas yang ligat berpusing. Jururawat yang busy ke sana sini, rengekan halus jiran di sebelah katil. Situasi yang membosankan. "Bonda.." aku memanggil bonda. Tiada kelibat bonda. Terasa tekak kehausan. Siapa nak belikan aku air?

"Bonda..." aku memanggil lagi. Walau hatiku kuat mengatakan bonda tiada namun aku masih berharap bonda berlari memelukku dan menghulurkan air.

Semua orang sibuk, tiada kelibat bonda. Tiada sesiapa yang mempedulikan aku. Jururawat yang lalu beberapa orang kulambai. Tiada respon. Mengapa mereka tak mempedulikan aku? Bonda tak tahu aku kemalangan? Mereka tak hubungi bonda?Aku cuba bangun, mencari seseorang untuk membantuku. Kaku...kaki tak mampu bergerak.

"Jangan menangis, nanti dia sedar lah tu." suara bak menenangkan bonda. Bak datang, aku senyum pada bak. Muka bak rungsing. Bonda masih menangis, mata bonda bengkak. Kesian bonda.

"Bonda, jangan la menangis. Lyz takda apa-apa. Lyz sakit sikit je. Bak, pujuk la bonda." aku  memaut lengan bonda. Tiada respon. Bonda terus menangis dan memeluk tubuhku. Bak juga tak menoleh ke arah ku. Sibuk mengusap rambutku sejak tadi.

"Bak, Lyz haus. Boleh bagi Lyz minum?" aku baru teringat tekak ni sangat dahaga. Harap bak suakan air untukku. Tiada respon juga dari bak. Hairan...mengapa bonda dan bak sedih begini sampai tak sedar panggilan dariku?

"Doktor, bagaimana dengan anak kami?" bonda menerpa ke arah doktor yang datang melawatku. Lega, mungkin aku boleh memohon pulang esok dari doktor. Cedera sikit di lengan dan kaki tak memungkinkan aku ditahan lama di sini mungkin.

"Anak encik dan puan masih tidak sedarkan diri. Gegeran yang berlaku buat dia koma setakat ini. Menurut lelaki yang membawanya ke sini tadi, dia sedar selepas kemalangan malangnya dia terus tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan." doktor menerangkan kepada bonda dan bak. Koma? aku sedar. Mengapa doktor kata aku koma. Hairan...aku letih memanggil tiada siapa yang peduli. Aku kehausan, amat haus. Akhirnya aku berusaha bangun dan meninggalkan bonda dan bak yang tak habis-habis menangis tanpa mempedulikan panggilan aku. Aku gagahi diri dan menuju ke luar. Mana tahu andai sesiapa boleh membantu aku mendapatkan seteguk minuman.

Ku hayun kaki menyusuri taman yang indah. Makin jauh makin santin taman ini. Ada sebatang sungai yang airnya sungguh jernih. Bunga tulip tumbuh meliar. Tulip? tak sangka di sini boleh ada tulip. Redup dan nyaman udara di sini. Aliran perlahan anak sungai itu membuatkan aku terfikir untuk melegakan tekak. Aku membongkok ke sungai dan menadah air di telapak tangan. Menghirup perlahan, alhamdulillah...melegakan. Aku cuba mencedok lagi air....

Bush!!!
Aku terjatuh ke dalam sungai. "Bonda!!!!!!" aku menjerit. Pastinya tiada sesiapa yang datang membantu aku. Tiada kelibat sesiapa. Aku panik."Lyz, capai tangan papa ni. Cepat, berenang ke tepi sini." papa menanti aku di tepi tebing. Papa? syukurlah papa datang selamatkan aku.

"Papa, terima kasih selamatkan Lyz,macam mana papa boleh ada di sini?" aku hairan. Dah bertahun wajah itu aku rindu.
"Ini tempat papa, Lyz buat apa di sini. Balik la, bonda dan bak tunggu Lyz." papa memujukku. "Lyz haus, cari air tak jumpa.Lyz tumpang minum di sini tadi. Papa jom balik dengan Lyz. Rindu sangat." aku peluk erat tubuh papa. Papa nampak segak berbaju putih, berseluar putih juga. Ceria wajah papa amat menenangkan jiwa.

"Lyz pergi balik ikut jalan tu. Ingat Rizman tunang Lyz? dia tunggu Lyz. Dia dah sampai nak melawat Lyz. Jangan merajuk lama-lama. Minggu depan dah nak nikah. Salah faham tu cepat-cepatlah berdamai ye sayang." papa memelukku erat, di belai rambutku mesra lalu terus memicit hidungku kuat. Sejak dulu begitulah cara papa memujukku bila aku merajuk.

"Lyz tak mau balik, bonda tak pedulikan Lyz. Lyz tak mau jumpa Rizman. Lyz dah cakap dekat Rizman biar Lyz mati saja. Biar hidup dia aman tanpa Lyz." aku mengadu kepada papa. Benar, pergaduhan tengah hari tadi dengan Rizman buat aku marah yang teramat sangat. Tergesa-gesa melintas jalan akibat terlewat masuk ke pejabat telah membuatkan aku terlibat dalam kemalangan tadi.

"Pergilah pulang, selesaikan semuanya. Lyz perlu hadapi dugaan ni dengan tabah. Fikir bonda, bak dan perjanjian Lyz dengan Rizman. Jadi bakal isteri orang kena elok perangai. Bijak selesaikan masalah. Anak papa baik kan?" papa memujuk. Aku mengagguk lemah. Ku cium tangan papa dan terus melangkah pulang. Ku toleh ke belakang, "Papa tak ikut Lyz pulang?" aku sedikit menjerit. "Tak mengapa, papa perlu di sini. Lyz pulang ye sayang...nanti papa lawat Lyz lagi." ku dengar janji papa dengan gembira. Ku susun langkah satu persatu menyusuri sungai sambil melihat cantiknya tulip sepanjang sungai ini. Akhirnya sampai juga aku ke wad tadi. Bonda masih di sini. Aku tekat memanggil bonda. Sungguh hairan bonda tak hiraukan aku yang kehausan, bak juga tak hiraukan panggilanku. Rizman dah ada juga. Menangiskah lelaki ini? masih ada sisa sayangnya buat aku?

"Bonda..." aku memanggil bonda. Tersekat suaraku mungkin kerana banyak terminum air ketika jatuh ke sungai tadi.

"Lyz, dah sedar ye sayang. Lyz anak bonda!" bonda memelukku erat. Lebih erat dari tadi. "Sedar?" aku kehairanan...bila aku tidur sedangkan aku siap minum di sungai lagi tadi. Jatuh sungai dan diselamatkan papa. Aku ceritakan kisah kemalangan tadi, aku pitam dan pengsan. Kehausan yang teramat sangat hingga detik papa selamatkan aku. Bonda, Rizman dan bak masing-masing menangis lagi. Mereka mengucapkan syukur kepada Illahi, akhirnya aku sedar dari koma dan tidak hilang ingatan. 

"Awak, jangan tinggalkan saya lagi ye?" Rizman menggenggam erat tanganku. Aku hanya mampu tersenyum. Ternyata lelaki itu amat menyayangiku. Menyesal aku luahkan ingin mati dan pergi dari hidupnya waktu bergaduh tadi. Lagi seminggu pernikahan kami, ternyata pertengkaran tadi amat hebat hingga aku putus asa untuk terus hidup. Ternyata aku silap. Aku lupa tujuan aku hidup di dunia ini bukan untuk diriku saja. aku ada tanggungjawab terhadap Allah, keluarga dan banyak lagi. Ya Allah, maafkan aku. Aku silap dalam percaturan hidupku yang dulu. Terima kasih kerana memberi aku peluang untuk hidup kali kedua.



Wednesday 5 December 2012

Cerpen: Cinta Ibarat Kopi


Mata aku tak lepas dari memandang gadis bertudung kuning yang sedang riang bermain layang-layang di hujung sana. Entah mengapa dalam ramai-ramai yang bermain layang-layang aku  ralit memerhatikannya. Berkulit cerah, mengenakan blouse putih dan berskirt labuh berwarna kuning sedondon dengan tudung yang dipakai. Seperti ada chemistry antara aku dan dia. Wajahnya mirip gadis yang selalu hadir dalam mimpiku sejak akhir-akhir ini. Mimpi yang menimbulkan tanda tanya setiap kali aku sedar dari tidur.

"Hai.." sapa ku separa berani. Risau andai sapaanku tidak diendahkan. Malu pasti menerjah diri.

"Hai.." jawabnya sambil tersenyum. Tangannya sibuk menggulung tali layang-layang. Mungkin sudah sedia menghentikan permainannya. 

"Seorang saja? " aku memulakan perbualan, terasa kekok berdiri hanya memerhati tiap tindak tanduknya. Bermata redup, anak matanya hazel dan mempunyai bibir mungil. Comel! hatiku bersuara.

"Ya, sendirian. Bercuti sendirian dan bermain layang-layang juga sendirian. Tak aneh kan kalau sendirian?" dia mengajukan soalan. Bibir terkunci. Entah apa ayat yang bagus untuk aku luahkan kepada gadis ini. Nampak tegas dan berprinsip. Mungkin dia tak suka caraku yang teragak-agak menegur dan berbual dengannya.

Aku hanya tersenyum. "Tak salah, cuma sekadar bertanya. Awak selalu ke sini? saya Izhar. Tadi nampak awak bermain layang-layang dengan gembira. Itu yang menarik minat saya memerhati dari jauh."terangku jujur.

"Maafkan saya jika agak kasar. Nama saya Diya. Saya dah dua hari bercuti di sini. Saja, lari dari kemelut jiwa mencari ketenangan. Tapi tak boleh lari juga nampaknya." dia akhirnya tersenyum sendiri tanpa menoleh ke arahku. Terpamer lesung pipit manis di pipi kananya. Menambah manisnya tahi lalat di dagu kirinya yang  dari tadi mencuri perhatianku. Dia melabuhkan punggung di tunggul kayu. Mungkin tak berniat melarikan diri dariku. Mungkin selesa setelah aku memperkenalkan diri. 

"Boleh kita berbual sama?"pintaku penuh berharap. Hati terlalu ingin mengenali gadis manis di hadapanku ini. Wajah yang mendamaikan hati. Cukup bersederhana tanpa disolek tebal. Hanya bergincu nipis cukup membuatkan wajahnya begitu manis.

"Silakan, duduklah. Tak sedap pula rasa awak berdiri mengadap saya yang duduk ni. Dah lama di sini? "Diya mula bertanya.

"Saya baru saja sampai, ingat nak tenangkan fikiran tengok pantai, ombak. Ternampak awak yang riang bermain layang-layang terus hati terusik." aku melirik ke arahnya. Dia menguis pasir di depannya.

"Zahirnya nampak riang, dalam hati hanya Allah yang tahu. Saya tak kuat, tapi saya cuba jadi kuat. Saya tak istimewa, tapi saya cuba jadi insan yang luar biasa." air mata mula bergenang dia mata yang cantik itu.

"Maafkan saya, tak berniat nak buat Diya sedih." aku jadi panik. Mungkinkah dia sedang dihambat kesedihan yang teramat? 

"Takda apalah...awak tak salah. Awak suka minum kopi?" dia bertanya sambil mengesat air mata yang mula menitis. Terasa sungguh pilu melihat air mata menitis dari wajah gadis seayu dia. Siapakah yang mencalarkan hati gadis ini? Apa kaitan kopi dengan kisah sedih gadis ini? hati makin tertanya-tanya.




"Kopi...suka. Malah saya perlu cari kopi setiap hari. Ketagihan kot?" aku menjawab dengan nada bergurau. Kami sama-sama tergelak. Dia terus tergelak. Nampak ceria kembali walau matanya tidak bercahaya. Masih tersisa dan penuh kesedihan. 

"Saya juga penggemar kopi. Tau tak cinta dan kopi ada persamaan." katanya sambil tersenyum dan mengangkat kening. Mengajak aku berfikir dan memahami maksud yang tersirat.

"Kopi? pahit tu..." kataku laju. "Ya, pahit. Tapi membuat kita ketagihan. Angau, mencari-cari si dia yang kita cinta. Pada logiknya kpi hitam tak memikat pun, pahit pula tu. Tapi kopi mampu buat kita tenang. Kopi buat kita rasa ketagihan. Kopi buat kita rasa segar. Begitulah cinta. Ops, kopi juga pahit, sama macam cinta yang kadang kala pahit untuk ditelan." Diya petah berbicara. Berbicara tentang cinta dan kopinya. Aku hanya menjadi pendengar setia dan mengangguk setuju.

"Sedang putus cinta?" aku beranikan diri bertanya. "Ye, putus kasih. Sedang belajar menikmati kopi tanpa gula. Menelan pahitnya kopi dengan penuh makna. Mengharap agar kopi pahit juga mampu memberi ketenangan dan kesegaran buat yang kalah seperti saya." Diya menjawab lemah. 

"Hey, awak bukan kalah. Awak tak lemah. Awak cuma tak berjaya untuk hari ini dalam apa yang awak harapkan. Mungkin itu dugaan sementara,sebelum awak dapat sesuatu yang lebih bermakna esok hari." aku hadiahkan kata-kata semangat buat Diya. Aneh, entah dari mana aku kait kata-kata semangat itu. Sedangkan aku sendiri selalu tersungkur dalam pencarian yang tak berpenghujung.

Kisah cinta dan kopi yang Diya ungkapkan tadi ada benarnya. Ada menariknya. Apa yang lebih menarik, aku berjaya menyelami hati gadis ayu ini. Diya...manis orangnya semanis namanya. Nampak sedih dalam kata-katanya namun dari kisah kopi dan cinta yang diungkapkan aku tahu dia tabah lalui dugaan kecil dalam misi mencari imamnya mungkin. Adakah aku layak menjadi imam Diya suatu hari nanti? Berangan tak salah, siapa tahu mungkin aku mr right cik Diya suatu hari nanti...hehehe..aku tersenyum sendiri.



Monday 3 December 2012

Lebam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku makin lemau...tau lemau? hurm, lemau macam biskut marie yang dah masuk angin tu. Tangan pun aku makin tak larat nak angkat dah. Apa puncanya aku sendiri kurang pasti. Apa yang aku perasan ada banyak lebam terutama peha dan lengan aku ni.

Kalau aku buat aktiviti lasak boleh la kata aku terlanggar apa-apa ke, ni bila aku elok sopan je lepas tu lebam sana sini aku mula rasa tak sedap hati. Nak angkat tangan pun macam tak larat...huhu.

Klinik? aku dah pergi semalam. Batuk  akibat makan rambutan haritu dah melarat, siap ada jangkitan kuman lagi tu. Benci betul bab ni. Bukan tak terima diri sakit, cuma aku malas nak telan ubat. Badan aku ni mana boleh makan amoxy ke ampicilin ke..mesti kena ngap antibiotik jenis ceporex. Bau dia, mau nanges ooo...buang air rasa macam pergi kilang ubat!

A'an kata aku zalimi diri sebab takmo makan ubat. Aku ni tak niat langsung nak aniaya diri sendiri. Aku ni memang jenis dari kecik susah bebenor nak makan ubat. Asal masuk je ubat mesti aku muntah. Aku siap suruh bonda ikat tangan aku untuk suap ubat. Kalau tak ikat memang aku meronta-ronta. Bonda punya lah seksa nak hidupkan aku ni dulu. Asal demam je melepek macam kain buruk. Makan ubat sampai setengah botol sebab muntah sampai 3 kali. Lepas muntah makan lagi ubat. Siyes aku fobia.

Dah la..tangan aku makin lenguh, ops..ada kaitan ke lebam dengan demam aku ni? aku tak cerita kat doktor badan aku demam. Doktor malam tadi tu lelaki, malas aku nak selak bagi dia tengok lebam aku tu...huhuhu